Bab 31

8.4K 304 14
                                    

[ MEDIA: Rafael ]

Yana memegang kepalanya yang tak habis habis berdenyut. Tekak dia pon rasa loya. Agaknya dia terkena morning sickness kot.

Dia membetulkan blazer yang dipakainya. Dalam masa 3 minggu ni jugak lah dia jadi CEO dekat syarikat miliknya. Tiba tiba naik pangkat, kelam kabut jugalah dia uruskan,nasib baiklah Rafael ada tolong dia.

"Yana.. Are you okay? Kenapa pucat je ni? Dah breakfast? "Rafael menegur. Risau juga dia kalau tiba tiba Yana sakit. Nak cakap apa dekat Tengku Hisyam nanti. Mampus aku karang kena kerjakan dengan boss besar.

"nothing Raf.. Saya ok je. Tak payah risaulah. "

"betul ni? Kalau macam tu,get ready kejap lagi meeting nak mula. "Rafael mengingatkan yana.

"ye. Kejap lagi saya datang. "Kata yana sebelum mengurut kembali pelipisnya.

---
Hakimi merenung langit.Cantik je. Biru dengan awan awan.cuaca pun tak panas sangat.

Dia mengeluh. Dia rasa sebersalah pula tertengking daddy dia semalam. Agaknya daddy dia terasa tak? Nak jumpa tapi daddy dengan mommy dia pergi UK. Semalam lepas majlis 'tak jadi' dia tu, Tengku Syed terkena pula serangan jantung. Haish.. Diana punya pasal lah.Sekarang ni paklong dia ada dekat UK,berkali jugalah dia mintak maaf dekat aku.

Hakimi duduk bertemankan gambar perkhawinan dia dengan Yana. Dia rindukan Yana. Sangat sangat.

----

Rafael mengetuk pintu pejabat yana.Lepas habis je meeting tadi,Yana terus masuk kedalam pejabatnya. Muka pon pucat je. Mungkin sebab dia tak biasa dengan cuaca dekat sini agaknya. Yelah Malaysia kan so hot. Kat sini lain.

"Rafael,boleh tolong saya tak? "kata yana yang masih berbaring diatas sofa sambil memegang kepalanya. Nak bangun tak larat pulak.Biar lah nampak kurang sopan sikit.

"yes? Anything? "

"Hantar saya balik boleh? Saya pening sangat ni. "

"of course. Nak singgah klinik tak? Mana tahu ada sakit lagi ke?"soal Rafael.Yana yang hendak bangun hanya mengeleng.

Yana perlahan lahan bangun dari sofa. Dia jalan perlahan menuju ke pintu keluar.

"Errr... Yana? Are you okay? Nak saya tolong? "

"no thanks. "Kata yana sebelum tiba tiba pengsan di depan pintu.

Rafael gelabah. Sudah. Macam mana ni?

"Hey! Help me! Call the ambulance! She fainted. now!"Kata Rafael kepada pekerja disitu.

---

Rafael mundar mandir dari tadi. Nak bagitahu Tengku Hisyam tak? Tak kot. Tak pasal pasal dia dapat sepakkan percuma dari Yana. Huish..

"ehem.. Mr? "Seorang doktor perempuan menegur dia.

"ahh yes? How about her? She okay? "

"ouh yes. Your wife is okay. She just get a little tired and stressed. Please take good care of your wife. Her pregnancy is still weak. "

"ouh ok.. Eh? Wait? What do you saying? Pregnancy?weak?"

"oh you don't know? Congratulations you will be a father soon. Your wife is 7 weeks pregnant."

Rafael tergamam. Seriously? Kenapa dia tak tahu. Ehh kenapa aku kena tahu? Aku bukan suami dia. Eh tapi dia bawah tanggungjawab aku sekarang. Nanti jadi apa apa dekat baby tak pasal pasal aku kena pancung dengan Tengku Hisyam. God! Kena korek rahsia dengan Yana ni.

---

Yana memandang Rafael yang duduk dihadapannya. Dia masih ada dalam hospital. Mungkin besok baru boleh keluar. Kata doktor dia mungkin banyak fikir dan stres.Dan sekarang ni dia kena tenung macam nak kena telan. Seram semacam je Rafael aku tengok.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now