Bab 19

7.6K 322 15
                                    

Yana melangkah masuk rumah dengan perlahan lahan memastikan hakimi tidak  menyedarinya. Jam sudah pon menunjukkan angka 10 malam.Boleh dia terleka sehingga menyedari dia keluar terlalu lama bersama Aidil.

Selepas menyedari ketiadaan Hakimi yana cepat cepat masuk ke biliknya yang semestinya di bawah.Sempat dia melihat tingkat atas yang masih bercahaya menandakan hakimi belum tidur.

Yana membatukan diri dihadapan pintu biliknya. Runsing memikirkan jalan untuk membuka hati Hakimi menerimanya. Terulang alik dia berjalan dihadapan biliknya.

"nak pergi mintak maaf ke tak? Ehh tapi dia yang salah.Alahh salah sorang mesti beralah nak harap kan dia memang tak lah."Yana mengigit bibirnya.Pening memikirkannya. Nak pergi takut kene sembur tak pergi nanti cop derhaka.

10 minit selepas itu yana membuat keputusan untuk masuk sahaja ke dalam bilik setelah ternampak bilik hakimi sudah tiada cahaya yang menerangi menandakan hakimi sudah pon tidur.Selepas mandi dan solat Isyak Yana menyiapkan beberapa tugasan pejabatnya sebelum masuk tidur.

-----

Yana membetulkan tudung dia dihadapan cermin sebelum menyiapkan sarapan. Walaupun dia hanya lah isteri di atas kertas dia masih perlu menjalankan tanggungjawabnya terhadap suaminya.

Selesai menyiapkan sarapan yang tak seberapa.Hanya mi goreng dan air teh sahaja untuk dihidangkan kepada hakimi.Dia?Pandai pandai lah nak makan nanti lagipun dia masih terasa hati dengan hakimi semalam.

Usai memakai heelnya,Yana mula bergerak ke basement.Selesai meletakkan barang dan beg tangannya di dalam kereta  miliknya yana mula bergerak ke Syarikat bapanya.Walaupun sudah berkhawin dengan hakimi,hakimi masih tidak tahu dia bekerja  sebagai COO.Yelah isteri atas kertaskan mana lah tahu isteri dia kerja apa.Lagipun dia pernah memberitahu hakimi dia bekerja sebagai PA sebelum ni.

Sempat dia teringat kembali kejadian semalam sebelum dia memulakan perjalanannya.

-----

Hakimi sempat melihat sarapan yang ditinggalkan yana di atas meja.Sebenarnya dia sedar yana sudah pulang malam tadi tapi dia sengaja tak mahu berjumpa yana. Walaupun masih ada rasa keegoaan dia tetap rasa bersalah melihat yana yang menangis semalam.

Bagi menghargai yana yang bersusah payah membuatkannya makanan akhirnya dia menghabiskan jua makanan tersebut sebelum meninggalkan rumah.

Usai memakai kasut hakimi mula menuju ke lif.Hakimi meletakkan brief casenya lalu memulakan perjalanan.

----
*ingat tak ada bab yg yana kata dia PA je? Tu yana kata just nak tunjukkan kimi dia dapat kerja biasa2 je.

Yana memasuki bangunan yang gah di hadapannya. Hys Holding.Syarikat bapanya sendiri Tengku Hisyam.Sebuah syarikat yang dibina oleh bapanya sendiri walaupun mempunyai syarikat keluarga sendiri.

Yana masuk ke dalam pejabatnya.Memulakan kerjanya seperti hari hari sebelum ini.Ada juga tengku hisyam menawarkan dia menjadi CEO syarikat namun ditolak olehnya kerana dia beranggapkan dia terlalu awal untuk mendapat jawatan yang tinggi ketika baru memulakan kerja (tak macam kimi)

Walaupun jawatan yang dia pegang agak tinggi.ni pun sebab Tengku hisyam yang memujuk supaya menjadi COO syarikat.

Yana membelek fail ditangannya hari ini merupakan hari menemu duga untuk menjadi PAnya.Sebelum ni dia tiada PA yang memudahkan kerjanya atas jasa papanya dia dapat mempunyai seorang pembantu.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now