Bab 29

6.9K 262 29
                                    

Hakimi mengeluh.Sudah banyak kali dia cuba menelefon Yana. Tak dapat. Asyik asyik suara operator sahaja yang keluar. Malam tadi sebaik sahaja dia bertekak dengan Diana,dia terus balik ke rumah bapa mertuanya.

Tapi hampa,rumah Tengku Hisyam tiada orang. Dia cuba menelefon Tengku Hisyam, tapi tak dapat. Sengaja atau tidak? Sampaikan dia buat keputusan menunggu mereka pulang. Akhirnya dia yang tertidur dekat luar rumah menunggu sampai pagi. Kemana juga diaorang pergi agaknya?

Bangun bangun sahaja dia terus balik ke penthouse miliknya. Agaknya,yana balik ke sana ditemani Tengku Hisyam.

Sekali lagi dia hampa,Yana tiada di situ.Dan paling dia risaukan,tiada satu pun baju dan barang milik Yana. Yana lari ke? Tinggalkan dia? Kenapa nak kena lari tanpa penjelasan dulu. Hakimi meraupkan mukanya. Rambutnya diserabaikan. Mana perginya isteri dia?

"sayang!!! "

"where are you?!! Janganlah tinggalkan abang sorang sorang! Abang tak curang lah."Jerit hakimi sekuat hati.Dia stress. Sesekali dia menangis kemudian kembali menjerit. Seperti orang gila.

Hakimi membaling telefonnya ke dinding. Biarlah berkecai sekali pon. Macam tu juga hati dia. Dia tak kira,dia mesti cari yana sampai juga,walaupun dah bertahun tahun,asalkan dia kembali dengan isterinya.

----

Diana tersenyum sinis. Sekarang ni dia tengah ada dekat rumah Tengku Mikael. Dia tak kisahlah,asalkan dia dapat jadikan hakimi milik dia.

Sekarang ni pon, mesti berita ni dah tersebar dekat parents dia. Macam lah dia kisah. Pandai pandailah aku putar belit. Macam semalam. Well. Papa dengan Mama dia mesti hundred percent percayakan anak dia. Lagi pulak anak kesayangan.

Teringat pulak dia semalam. Macam mimpi je. Dia tak sangka akhirnya dia berjaya dapatkan hakimi. Mesti orang kata. Kerja kotor boleh lah. Do I care? Lepas ni boleh lah dia plan nak wedding of the year. Besar besaran. Kalau masa hakimi kahwin dengan yana setakat simple simple je. Cis tahu lah kampung tak payahlah nak buat pun cara kampung.

Dia menjulingkan matanya. Sempat dia melayari beberapa laman sosial,nak cari dress wedding katanya. Tak sedar diri betul. Sejak bila pulak dia dengan hakimi akan berkhawin.Perasan.

Kalau betul?

----

Tengku Mikael,Tengku Marissa memandang Diana yang sedap sedap menjamu selera dihadapan mereka. Macam tak ada apa apa terjadi pula. Tak sedih pula,gembira je tengok.

Diana yang rasa diperhatikan mengangkat muka. Hilang selera nak makan,tengok tengok, menyemak je.

"ehem.. Diana, uncle dah bagitahu parents Diana pasal semalam. Nanti diorang balik sini. Kita bincang elok elok. "kata Tengku Mikael mendatar. Malas nak cakap pasal semalam lagi. Ni pon dia dah risau.Hakimi tak balik balik sini lagi lepas keluar malam tadi. Dia tahu yana dah tak ada dekat Malaysia. Mesti anak dia sedang cari. Kasihan pula dia.

Tapi Tengku Hisyam dah warn pulak,tak bagi bagitahu hakimi,biarlah Yana tenang dulu dekat sana katanya. Kejap lagi pon Tengku Hisyam akan datang sini,berbincang dengan keluarga Diana sekali. Kalau boleh dia tak nak orang luar masuk campur hal ini. Lagi lagi pihak media.

Tengku Mikael memandang kembali Diana, pelik rasanya tiada pula muka terkejut atau sedih dan kecewa tentang kejadian semalam.

---

Hakimi sudah penat mencari keberadaan yana. Hampir satu bandar ni dia cari yana. Nak tak nak memang terpaksa dia tanya kawan kawan dia dengan kawan yana.

Nasib tak menyebelahi dia, semua orang tak tahu yana kat mana. Lagi teruk dia kena marah dengan kawan kawan yana.Katanya dia tak pandai jaga isteri. Haih nak cakap macam mana lagi. Dia tak nak lah cerita pasal kejadian memalukan tu,tak pasal pasal dia kena lagi teruk.

Tengku Hakimi Mikael [ C ] Where stories live. Discover now