"Hey perempuan! Barang aku mana?. Lama betul kau pergi. Aku suruh kau beli senjata je. Kau pergi bercuti sekali ke?" Ujar lelaki itu dengan senyuman sinisnya. Gadis yang berada di hadapannya sekarang hanya memandang lelaki itu dengan pandangan yang kosong. Serius. Tiada secalit senyuman di bibirnya.
"Kau fikir Thailand tu kecil je ke? Aku kena sorok-sorok jalan tahu tak?! Kau nak aku kena tangkap ke?!" Ujar perempuan itu. Senyuman lelaki itu mangkin melebar.
"Chill lah..aku suka dengan kerja kau! apa yang kau nak, mesti kau akan dapatkan. Good my sweetheart, prinsip kita sama." Ujar lelaki itu. Perlahan-lahan bibir perempuan itu menguntumkan senyuman sinis. Selama beberapa minggu berada di Thailand, dia ada belajar serba sedikit tentang ilmu pertahankan diri. Beberapa senjata api juga telah dibelinya atas arahan daripada lelaki itu.
"Heh, jadi lepas ni apa rancangan kau?" Ujar perempuan itu dengan serius. Sejak balik daripada Thailand, penampilannya berubah 100%. Perempuan itu menjadi seorang yang misteri. Tetapi, muslihatnya tetap akan dijalankan.
Itulah dia. Dania Izara. Apa sahaja yang dia inginkan, pasti dia akan dapatkan. Demi lelaki yang bernama Danish, dia sanggup.
'Keperitan harus digantikan dengan kepuasan'. Itulah Adam Rizqi. Kehilangan orang yang dia sayang, semuanya dia anggap berpunca daripada lelaki itu. Lelaki yang rampas semua kebahagiaannya. Lelaki itu rampas hartanya. Lelaki itu rampas pangkatnya. Lelaki itu rampas gadis kesayangannya, Tengku Mia Aurelia. Tetapi, walaubagaimanapun halangannya, Mia Aurelia tetap miliknya.
Lelaki itu tersenyum sinis mendengar soalan daripada perempuan itu.
"Kau nak lelaki tu, and aku nak perempuan tu right ?. So, let's discuss for the first step."
***
Langit pada malam itu, dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan. Mata hazel berwarna biru pudar itu menikmati keindahan pada malam itu. Tanpa dia sedari, seseorang telah memerhatikan dia daripada tadi.
"Bintang-bintang tu cantik macam kau." Ujar Danish dengen perlahan.
"Awak, berapa kali saya nak cakap?. Saya tak cantik." Balas Mia semula.
"Kenapa kau nak rendah diri? Aku memang betul-betul cakap kau cantik. Kau ingat senang ke aku nak puji orang ni? Aku puji kau, terima kasih pun tiada." Ujar Danish lagi.
"Saya tak minta awak puji saya pun. Saya bukan nak merendahkan diri saya. Tapi saya sedar diri. Setakat perempuan macam saya ni, banyak lagi berlambak kat luar sana." Ujar Mia.
"Apa-apa kau jelah. Tapi aku puji memang ikhlas. Kau memang cantik." Ujar Danish lagi dengan serius. Muka Mia memerah. Malu!
"Kenapa awak boleh pilih saya eh? Sedangkan saya ni biasa-biasa je. Dahlah saya ni selalu ubah-ubah mood. Awak tahan ke dengan perangai saya?" Mia memberanikan dirinya untuk bertanya walaupun dia tahu soalan itu akan membuatkan dirinya malu sendiri. Tapi dia sudah lama ingin mengetahui jawapan tersebut. Mungkin ini adalah saat yang sesuai untuk dia bertanya.
Danish tahan senyum. Danish membetulkan sedikit suaranya sebelum menjawab pertanyaan daripada Mia.
"Because, I love all about you. Aku tak kesahlah kau nak ubah-ubah mood ke, tapi aku tetap pilih kau. Kalau aku tak tahan dengan perangai kau, kenapa aku masih stay dengan kau sampai sekarang? Aku suka semua tentang kau Mia. Aku tak tahu kenapa, tapi itulah hati aku. Hati aku degil. Hati aku nak kau sorang je. Kalau orang faham aku, aku pun akan faham orang tu macam mana. Aku dah lama kenal kau Mia. Aku tak dapat gambarkan perasaan aku dekat kau macam mana. Sebab aku sayangkan kau dengan ikhlas. Aku memang betul-betul niat nak halalkan kau. Aku nak jaga kau Mia." Ujar Danish dengan lembut.
Mia terkedu mendengar semua kata-kata yang keluar daripada mulut Danish. Danish seorang yang dingin, seorang yang tegas, seorang yang serius, bertukar menjadi seorang yang lembut apabila bersama Mia Aurelia.
'Aku memang betul-betul niat nak halalkan kau. Aku nak jaga kau Mia.' Ayat itu terngiang-ngiang di dalam kepala Mia.
'HATI AKU !! KENAPA DENGAN HATI AKU. DANISH, KAU BUAT AKU TAK TENTU ARAH. YaAllah, jika memang benar dia tercipta untukku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku. YaAllah, jika benar dia jodohku, kau permudahkanlah. Jika bukan, jauhkanlah dia dariku.' Getus hati Mia. Tanpa Mia sedari, bibirnya menguntumkan senyuman manis. Danish terpaku melihat senyuman manis Mia.
'DAMN! YOUR SMILE ARGH!' Getus hati Danish pula.
"Kalau awak betul-betul nak jaga saya, buktikan." Ujar Mia dengan senyumannya. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia senyum. Hatinya bagai berbunga-bunga pada saat itu. Danish tersenyum nipis.
"Aku tak tahu nak buktikan macam mana. Tapi aku nak kau tahu, nama kau selalu ada dalam doa aku Mia." Ujar Danish lagi.
Mia menghela nafas perlahan.
"Baiklah. Jika awak betul-betul ikhlas dengan saya, saya setuju untuk khawin dengan awak. Tapi dengan 3 syarat." Ujar Mia dengan tenang. Danish mengerutkan dahi. Syarat apa?
"Apa syaratnya?" Soal Danish.
"Yang pertama, bila dah lepas khawin nanti , setiap malam saya nak awak ucapkan goodnight untuk saya. Yang kedua, saya nak awak bertahan dengan perangai saya. Yang ketiga, saya taknak awak tinggalkan saya lagi. Boleh?" Jawab Mia dengan tenang.
"Anything for you sayang. Aku dah masak dengan perangai kau. Aku kenal kau dari kecil lagi right?. Baik buruknya kau, aku terima dengan ikhlas Mia. Aku takkan tinggalkan kau lagi. Aku dah menyesal apa yang aku buat dekat kau dulu. Aku nak tebus balik semua kesalahan aku dekat kau." Ujar Danish.
Mia mengangguk lembut lalu tersenyum lembut.
Mia sendiri tidak sangka. Orang yang maki hamun, hina dirinya, tuduh dirinya yang bukan-bukan, akhirnya akan menjadi imamnya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Mia redha dengan ketentuan-Nya. Jika ini yang terbaik untuk dirinya, dia terima dengan hati yang terbuka.
Danish bersyukur kerana Mia memaafkan dirinya semula. Dia tahu, Mia Aurelia memang seorang yang pemaaf. Mia seorang yang mulut cakap lain, hati cakap lain. Mulut Mia mengatakan bahawa dia benci dengan insan yang bernama Danish. Tapi hatinya tak boleh menafikan semua benda tu. Kenyataan memang betul-betul membuktikan yang dia masih sayangkan Danish.
'Fi Hifzillah Tengku Mia Aurelia. Uhibbuki Fillah sayang. Aku janji, aku akan halalkan kau. Aku mencintaimu kerana Allah.' Getus hati Danish.
- To be continued ♡︎ -
YOU ARE READING
Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]
Action🏅 RANKING NO 1 BADBOY • [31/01/2021] 🏅 RANKING NO 2 KILLER • [21/07/2021] 🏅 RANKING NO 2 ACTION • [5/ 02/ 2022] 🏅 RANKING NO 3 COMEDY • [23/02/2022] 🏅 RANKING NO 2 LOVE • [19/08/2022] 🏅 RANKING NO 1 KILLER • [29/12/2022] 🏅 RANKING NO 3 ROMANC...