TAS || 22

1.5K 78 5
                                    

Danish berdehem perlahan bagi menghilangkan sedikit gementarnya. Terasa bahunya dicuit sedikit dari belakang. Muka papanya dipandang dengan kening yang ternaik sedikit.

"Kamu dah sedia nak pimpin tanggungjawab ni?" Tanya papanya dengan perlahan. Danish hanya mengangguk lembut. Wajah Mia dipandang sekilas.

Mereka berdua sangat sepadan mengenakan busana pengantin berwarna putih. Simple, tapi cantik!

Mia banyak-banyak berdoa dalam hati daripada tadi. Gementarnya, usah dikata. Nak terkeluar jantung.

Tak sangka, orang yang pernah membuat hatinya sakit, akan menjadi suaminya sebentar sahaja lagi. Mamanya disebelah kanan dipandang. Puan Sher melemparkan senyuman yang manis untuk anak perempuannya. Satu-satu anak perempuannya akan menjadi isteri orang. Mia memandang kawan baiknya disebelah kirinya. Kawan yang ada saat dia susah dan senang.

Liya memegang tangan Mia bagi mengurangkan gementar kawan baiknya itu.

"Baiklah, semua dah sedia?" Tanya tok kadi tersebut kepada semua orang. Semua orang mengangguk perlahan tanda sudah bersedia.

Tuan Derryl menghulurkan tangannya kepada Danish. Dengan lafaz bismillah, Danish menyambut huluran tersebut.

"Muhammad Danish Hafizh,"

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Tengku Mia Aurelia binti Derryl Kharel dengan mas khawinnya RM5000 ringgit dan senaskah Al-Quran tunai."

Danish menghembuskan nafasnya dengan perlahan.

"Aku terima nikahnya Tengku Mia Aurelia binti Derryl Kharel dengan mas khawinnya RM5000 ringgit dan senaskah Al-Quran tunai."

"Sah?"

"Sah." Jawab semuanya dengan serentak.

"Alhamdullilah." Dengan sekali lafaz, kini Danish dan Mia sah menjadi suami isteri.

Selepas sahaja selesai membaca lafaz taklik kini tiba masanya upacara pembatalan air sembahyang. Danish terus bangun dan menuju ke arah Mia.

'Gadis yang dia paling sayang selepas mama dan adik perempuannya. Tengku Mia Aurelia kini sudah menjadi miliknya.'

Danish memandang tangan Mia dengan lama. Mia yang memahami maksud itu, terus menghulurkan tangannya dengan perlahan-lahan. Fuh berdebar! Mia menarik semula tangannya. Mamanya disebelah memandang Mia dengan pelik.

"Kenapa sayang?" Tanya Puan Sher.

"Mia.. takut. Tak haram ke ma?" Tanya Mia. Danish mengawal riak wajahnya. Tahan! Jangan ketawa. Puan Sher ketawa kecil.

"Haih kamu ni, kamu kan dah halal. Takde haram dah." Ujar Puan Sher lagi. Mia menghulurkan tangannya semula. Wajahnya di tundukkan kebawah. Danish menyambut huluran tangan tersebut. Digenggamnya dengan lembut. Cincin permata itu terus di sarungkan ke dalam jari manis pengantin perempuan. Kini tiba giliran Mia untuk menyarungkan cincin ke tangan Danish. Danish tertawa kecil melihat gelagat Mia yang perlahan-lahan menyarungkan cincin ke tangannya.

"Mia, salam suami kamu sayang." Ujar Puan Sher.

Mia mengambil semula tangan Danish dengan perlahan. Tangan Danish dan dahinya bersatu. Danish tersenyum kecil. Danish mendekatkan bibirnya ke telinga Mia.

"Sayang, salam tu cium lah tangan suami. Ni nak buat apa ni hm sayang? Nak suruh saya cek sayang demam atau tak ke?" Ujar Danish dengan perlahan. Mia terkedu. Mukanya terus berona merah. Wajahnya ditundukkan.

Dia terus kembali salam Danish. Diciumnya tangan Danish dengan penuh kasih sayang. Walaupun lelaki ini pernah menyakitkan dirinya, tetapi dalam masa yang sama, lelaki ini jugalah akan membahagiakan dirinya.

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now