TAS || 17

1.6K 99 6
                                    

Setelah beberapa minit memandu, akhirnya Mia tiba di rumah banglo milik mama dan papanya.

FLASHBACK

Deringan telefon miliknya itu, membatalkan niatnya untuk membersihkan diri. Selepas balik daripada tasik tadi, Mia terus menceritakan semuanya kepada Liya. Alhamdulillah, Liya pun bersyukur Mia dah lembut hati. Melihat sahaja nama pemanggil, senyuman Mia melebar.

"Assalamualaikum mama!" Ujar Mia dengan ceria. Lama betul rasanya tak dengar suara mamanya. Nak call, tapi takut ganggu pula.

"Waalaikumsalam anak mama." Ujar Puan Sher dengan lembut.

"Hehe, mama bila balik? rindulah nak peluk-peluk mama!" Ujar Mia.

"Mama balik lama lagi sayang... maybe dalam beberapa minggu lagi. Banyak lagi kerja yang tak selesai kat sini. Mama mintamaaf eh? mama pun rindukan Mia. Takpe... nanti mama balik, peluk puas-puas okey?" Ujar Puan Sher dengan lembut.

"Hm yelah... mama jaga diri kat sana tau! jangan lupa makan." Balas Mia.

"Ye sayang. Hurm... mama ada banyak kerja lagi nak dibuat. Tak boleh call lama-lama, mama busy lah sayang. Nanti ada masa kita berborak eh? Oh ya! sebelum mama terlupa, mama call ni sebab, mama nak suruh Mia balik rumah kejap boleh tak? Tolong mama gambarkan dokumen yang ada dalam fail warna putih. Fail putih tu ada kat dalam bilik bacaan. Mama tertinggal haritu fail warna putih. Jadi Mia tolong gambarkan eh? penting sangat maklumat dalam tu." Terang Puan Sher dengan lancar.

"Hm yelah. Besok Mia balik rumah kejap." Ujar Mia.

"Okey sayang. Hah mama nak letak dah ni. Mia jaga diri bagus-bagus. Assalamualaikum." Ujar Puan Sher dengan lembut.

"Waalaikumsalam."

END FLASHBACK

Tanpa berfikir apa-apa lagi, Mia terus turun daripada kereta. Kakinya terus mengatur langkah ke depan rumah banglo itu. Dia terus menyeluk tangannya ke dalam purse miliknya. Kunci rumah diambil lalu dia terus membuka pintu rumah itu.

Mia terus masuk ke dalam rumah itu dengan perlahan-lahan.

"Assalamualaikum" Ujarnya dengan perlahan. Mestilah bagi salam,nanti ada orang lain ikut masuk pula. Dahlah sekarang ni dah nak malam.

Selepas Mia tutup semula pintu itu, dia terus memalingkan badannya ke belakang. Mia terkejut apabila melihat orang di hadapannya sekarang. Agak-agak siapa?

***

Mia mencebik.

"Mama! sampai hati tipu Mia!" Ujar Mia kepada mamanya.

"Tak lah, mama tak tipu. Mama nak bagi kejutan je, mama nak Mia gembira. Mama pergi luar negara tu bukan saja-saja tau!" Ujar Puan Sher dengan lembut.

Mia terdiam.

"Bukan saja-saja?Mama pergi luar negara bukan sebab atas urusan kerja ke?" Ujar Mia sambil memandang ke arah mamanya.

Puan Sher tersenyum. Puan Sher mengambil tangan Mia lalu memegangnya dengan lembut. Kepala Mia di usap dengan penuh kasih sayang. Satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Puan Sher menahan air matanya yang hendak gugur.

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now