TAS || 23

1.5K 77 6
                                    

hai semua! assalamualaikum! thankyouu for 5K! i really appreciate it! thankyou selalu support dari bawah sampai sekarang, tanpa korang semua, siapalah saya. thankyou verymuch especially starly- yang selalu ada saat sy jatuh bangun.

terimakasih, tanpa anda, bunga mawar takkan mekar smpai macam ni. thankyou jadi duri bunga mawar yang selalu melindungi bunga mawar daripada sesiapa menyentuhnya dengan kasar. grateful have you. oh ya! buat pengetahuan semua, dia ada buat story juga! kalau tak keberatan, dngn besar hati, saya menjemput anda ii semua untuk tekan username dekat atas, dan mari ramai ii support cerita dia ♡︎

thankyouu sekali lagi untuk semua yang tngh baca ni, tanpa kamu juga, takkan ada semua ni  ♡︎

yaa! so, happy readingggg!  ♡︎♡︎

***

"JAHANAM ARGH!" Ujar lelaki itu dengan marah. Api dalam hatinya membara hebat.

BANG! BANG!

Dua das tembakan tepat mengenai kepala anak buahnya yang menyampaikan maklumat itu. Yang lain semuanya hanya diam memerhati.

"Woi betina, kau duduk diam-diam boleh tak? serabut sial aku tengok kau mundar-mandir," Ujar lelaki itu dengan kuat.

"Eh jantan, semua plan kau tak jadi lah bodoh! diorang dah kahwin, nak buat apa lagi? heh menyesal aku berkerjasama dengan kau," Ujar perempuan itu.

Lelaki itu berdecit dan terus menarik rambut perempuan itu dengan kasar. Perempuan itu terus mengerang kesakitan.

"Sakit, lepaslah!" Ujar perempuan itu.

"Heh Dania, Dania.. kau ni, tempat pemuas nafsu aku je. Perempuan murah macam kau, boleh pergi mampus!" Ujar Adam Rizqi dengan kuat dan terus melepaskan rambut Damia dengan kasar. Dania merengus kasar.

Tanpa menunggu apa-apa lagi, dia terus memusingkan tubuhnya untuk keluar daripada bilik tersebut. Tapi, belum sempat dia ingin keluar daripada bilik itu, tangannya di tarik daripada belakang dengan kasar, sekaligus membuatkan tubuhnya berpusing.

"Jangan berani-berani kau nak lari daripada aku. Kau ikut plan aku yang seterusnya." Bisik Adam Rizqi di telinga Dania.

"Buat apa aku ikut plan bodoh kau tu? satu apa pun tak berhasil," Ujar Dania dengan sinis.

"Kau nak aku bagitahu papa kau ke yang kau dah kotor? jangan ingat aku tak kenal siapa Dato Khalid. Orang tua tu lah yang memohon nak berkongsi syarikat dengan aku. Kau nak ke aku buang nama orang tua tu daripada perkongsian syarikat aku? lepas tu korang sekeluarga hidup merempat di tepi jalan!" Ujarnya dengan kuat. Matanya merah menahan marah. Dendam dalam dirinya tak pernah terpadam. Genggamannya semakin kuat.

Dania tergamam. Dia sedaya upaya menarik tangannya daripada genggaman lelaki itu.

"Ikut plan aku, atau.."

"Satu keluarga kau hilang segalanya."

***

Setitik demi setitik air matanya jatuh. Sekarang dia jauh daripada semua orang kerana ingin mengambil ketenangan.

"Aa-aku minta maaf. Kalaulah aku terus lari dan tak cuba nak padamkan api tu, mesti sekarang tak jadi macam ni. Aku minta maaf," Ujarnya dengan perlahan.

"Kau berkorban nyawa untuk aku, kau selamatkan aku. Aku bodoh masa tu, dah tahu api besar, tapi aku cuba nak padamkan, sebab tu tempat kegemaran kau. Aku taknak tempat tu hancur." Ujarnya, sayu.

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now