TAS || 26

1.5K 82 2
                                    

Dia memandang muka isterinya dengan sayu. Sudah dua minggu berlalu, isterinya masih bersikap dingin.

Wajah lena isterinya diusap perlahan.

"Aku harap kau dapat jadi macam dulu. Aku rindu dengar gelak tawa kau. Kau janganlah sedih macam ni, anak kita nanti mesti ikut sedih juga sebab tengok mummy dia sedih macam ni. Bukan kau sorang je rasa kehilangan, aku pun rasa benda tu," ujar Danish dengan perlahan, tidak mahu menganggu isterinya yang sedang tidur.

Danish menghela nafas perlahan.

"Kau rehat lah sayang, aku nak pergi hospital kejap jemput Darwish. Dia dah boleh keluar harini," ujarnya lagi. Dia sempat mengucup seketika dahi isterinya sebelum dia berangkat keluar.

Mia membuka matanya dengan perlahan. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Urgh! sungguh dia penat dengan ujian kali ini.

"Kau kena kuat Mia. Kau nak nangis macam mana sekalipun, dia dah tiada. Sayang, tunggu mama dekat syurga ya sayang..." Ujarnya bersendirian. Sungguh dia terkejut dengan berita kegugurannya.

"HELLO DUNIA TIPU-HELAH!" terhenjut sedikit bahu Mia apabila seseorang tiba-tiba muncul di hadapan pintu biliknya. Eh? beruk ni, bila sampai? macam mana boleh masuk ni?

"Kau buat apa dekat sini ni? macam mana kau boleh masuk?," tanya Mia dengan pelik. Liya terus duduk berhadapan dengan Mia. Tiba-tiba dia tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu!," nyanyinya dengan tiba-tiba. Mia tercengang.

"Kau kenapa ni Liya?," tanya Mia lagi.

"Alah kau ni, suami kau yang suruh aku temankan kau dekat rumah. Maklumlah! suami sayang isteri kan, takut nanti isteri dia kena culik lagi," ujar Liya sambil memuncungkan bibirnya. Mia hanya tersenyum nipis.

"Kau dah okay ke ni?," tanya Liya dengan lembut. Mia hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara.

"Haih kau ni, tak boleh sedih tau! aku kan ada, suami kau ada, family kau ada! kau kena doakan arwah anak kau, dia mesti dah main-main dekat syurga. Haa! dia dah happy, tapi mummy dia dekat sini sedih-sedih!," Mia hanya tersenyum nipis mendengar nasihat Liya.

"Ya, aku kena kuat. Lagipun aku nampak mama aku macam sakit semenjak kebelakangan ni. Semalam dia call aku pun, suara dia berbeza. Aku banyak ignore mama aku beberapa hari ni Liya. Dia nak ajak aku bercakap pun, aku buat tak tahu je. Tahu tak? diri aku rasa, aku ni tak hargai mama aku dah. Apa nak jadi dengan aku ni Liya?" ujar Mia dengan sayu. Liya terkedu.

"Aku tak tahu lah, kenapa aku rasa macam ni. Aku rasa macam, tak sedap hati." Tambahnya lagi.

"Alah takpe, mama kau mesti faham kenapa kau ignore dia. Kau kan masih dalam keadaan tak baik lagi. Tipulah kalau mama kau tak kecil hati, nanti kau minta maaf dengan mama kau okay?

Deringan telefon pintar Liya itu terus mematikan suasana yang amat sendu menyendu dalam bilik itu. Lagu 'baby shark' menjadi ringtone.

Tanpa membuang masa lagi, Liya terus mengangkat panggilan itu.

"Hello?," sesaat dua saat, tiba-tiba telefon miliknya terlepas daripada tangannya. Terasa hatinya bagai dihempap dengan batu yang besar.

"Kau kenapa ni?," tanya Mia dengan cemas. Mia terus memegang muka Liya dengan lembut.

"Kenapa kau menangis ni?," tanya Mia lagi. Tangannya lembut mengesat air mata Liya. Liya terus memeluk Mia dengan erat.

"Kau kuat Mia. Kau kena kuat," ujar Liya bersama tangisannya.

"Kenapa ni? ya aku janji, aku kuat. Dah kau janganlah nangis! kau nangis sebab aku lemah ke Liya? tak lah! aku kuat ni Liya, aduh! janganlah nangis," pujuk Mia dengan lembut. Liya mengesat air matanya dengan kasar.

"Dah jom kita keluar nak? kau pergi bersiap cepat," ujar Liya dengan lembut.

"Nak pergi mana pula? aku malas lah," jawab Mia.

"Alah jom lah!," ujar Liya lagi. Malas mahu berdebat lagi, Mia terus masuk ke bilik pakaian untuk menukar pakaiannya.

***

"Kenapa kau bawa aku pergi hospital ni?," tanya Mia dengan pelik. Liya hanya tersenyum tawar dan terus menarik tangan Mia untuk masuk ke hospital itu.

Mia menarik tangannya dengan kasar.

"Kau kenapa ni?! kenapa kita pergi sini?! kalau nak jumpa dengan suami aku, aku boleh je tunggu dia sampai balik rumah. Tak perlulah sampai nak bawa aku ke hospital. Suami aku nak bawa balik Darwish je pun!," entah kenapa tiba-tiba dirinya merasa tak sedap hati ketika itu.

Liya mengesat air matanya dengan pantas. 'Kuatnya jadi kau Mia. Kalau aku dekat tempat kau, mungkin dah lama aku bunuh diri sebab aku tak mampu tanggung sakit yang kau rasa.' Getus hatinya.

"Jom lah Mia, suami kau rindu dengan kau. Sebab tu dia suruh bawa kau pergi sini," ujar Liya dengan lembut. Mia menggeleng pantas.

"Alasan bodoh apa kau bagi ni?!," bentak Mia lagi. Liya memegang tangan Mia dengan lembut.

"Mia, jom lah kita masuk dulu," ujar Liya lagi dengan lembut, seakan-akan memujuk. Tanpa balas apa-apa lagi, Mia terus menarik tangannya semula dengan kasar. Kakinya terus laju melangkah masuk ke dalam hospital itu.

"Mia, sini." Panggil Liya dengan ringkas. Tangannya menunjuk kesebuah bilik yang private. Tanpa menunggu apa-apa lagi, Mia terus membuka pintu itu dengan kasar.

Dia terkedu. Terasa dunianya seakan-akan berhenti berputar. Hatinya menjadi sakit melihat suasana ketika ini. Hatinya bagai dihempap dengan batu yang besar.

Macam mana adiknya boleh ada kat sini? Kenapa adiknya menangis? ada dua tubuh kaku terbaring atas katil dengan selimut yang bertutup. Siapa mereka?

"Kakak," panggil Dien dengan esakkannya. Mia memandang wajah adiknya yang sembab. Kenapa ni? apa jadi?

Entah kenapa tubir matanya berasa panas.

"Mama, papa...," ujar Dien dengan sayu. Tangisannya makin lebat. Mia menggelengkan kepalanya dengan pantas.

"Mama? papa?," tanyanya dengan pelik. Dien memandang kakaknya dengan sayu.

"Mama, papa dah tiada," ujarnya sambil memandang kebawah. Air matanya daripada tadi tidak berhenti mengalir. Sungguh sakit kehilangan orang tuanya. Terasa semuanya seperti mimpi.

"KAU MEREPEK APA NI?!," tengkingnya dengan kuat. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Dien menggeleng lemah.

Danish hanya mengeluh perlahan.

"Sayang, tak elok macam ni. Ingat arwah mama dengan papa suka ke sayang macam ni?," ujarnya sambil memegang bahu Mia dengan lembut. Darwish hanya mendiamkan diri disamping Danish.

Mia menggeleng dengan laju. Tak mungkin! mustahil!

Semakin deras air matanya mengalir. Tiba-tiba kepalanya berdenyut sakit, sebelum semuanya menjadi gelap.

- to be continued -

p/s: tngh sedaya upaya nak habiskan crita ni cepat. mohon brsabar ya semua <3 jangan lupa vote!

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now