TAS || 16

1.6K 111 8
                                    

Sudah seminggu lebih berlalu Mia mengelak daripada Danish. Sampaikan Danish call pun dia tak angkat.

Deringan telefon milik Mia itu mematikan niatnya untuk membersihkan diri. Melihat sahaja nama si pemanggil, Mia mengeluh. 'Haih apa lah masalah mamat ni. Tak habis-habis.' gumamnya bersendirian. Mia menolak panggilan tersebut dan terus mematikan handphone miliknya.

Mia mula melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Hari ini dia mahu keluar berjalan-jalan di Tasik kegemarannya.

Setelah selesai membersihkan diri, Mia terus menuju ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Liya.

Sampai sahaja di ruang tamu, kelihatan Liya sedang menonton tv sambil makan keropok.

'Makcik ni, makan je tahu'

"Liya, aku nak keluar ni pergi tasik. Kau taknak ikut ke?" Soal Mia kepada Liya.

"Taknak lah! Filem kegemaran aku ada main lah." Balas Liya semula.

"Hm yelah. Aku pergi dulu eh?" Ujar Mia.

Liya hanya menganggukkan kepalanya.

Pada petang itu, Mia hanya menggunakan seluar palazo berwarna hitam serta baju blouse berwarna soft pink. Tudung pula Mia hanya mengenakan tudung bawal berwarna soft pink juga.

***

Setelah beberapa minit memandu, akhirnya Mia tiba juga di Tasik Melati. Mia berdiri di tepi Tasik itu sambil melihat orang-orang yang berkunjung ke Tasik itu. Secara tidak sengaja, matanya terlihat seorang budak lelaki dan perempuan sedang makan aiskrim bersama-sama. Mia mengeluh perlahan.

"I still love you Nish..  but, why you hurt me."

FLASHBACK

"Eh Elia makan comot lah!" Ujar budak lelaki itu.

Budak perempuan itu hanya memakan aiskrimnya tanpa mempedulikan kata-kata daripada budak lelaki itu. Budak lelaki itu hanya tersenyum dengan perlakuan budak perempuan itu. Budak lelaki itu mengambil sapu tangan yang berada di dalam poket seluarnya, kemudian mengelapkan sisa-sisa aiskrim yang terkena di pipi budak perempuan itu.

Budak perempuan itu menoleh ke arah budak lelaki itu.

"Hehe, terima kasih abang Nish!" ujar budak perempuan itu sambil menampakkan barisan giginya yang cantik.

Budak lelaki itu pula hanya tersenyum.

" Abang Nish nak tanya boleh tak?" Ujar budak lelaki itu sambil memandang pemandangan Tasik di hadapannya. Ibubapa mereka pula tetap mengawasi anak-anak mereka dari belakang sambil berbual.

Budak perempuan itu hanya mengangguk sambil memakan aiskirmnya.

"Kenapa Elia suka makan coklat?" Tanya budak lelaki itu.

"Elia suka makan coklat sebab, coklat manis! Tapi tak semuanya lah. Kalau abang Nish nak tahu, coklat adalah peneman Elia tau! Hurm.. Elia pun tak berapa pastilah kenapa Elia suka sangat makan coklat hehe.." Jawab budak perempuan itu.

Budak lelaki itu hanya melemparkan senyuman yang manis.

END FLASHBACK

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now