TAS || 09

2.3K 158 3
                                    

Tiga orang lelaki yang berpakaian kemas itu masuk ke dalam Syarikat D.B.C untuk berjumpa dengan Danish.

Haufan Hazza hanya mengenakan seluar chinos berwarna hitam serta mengenakan baju kemeja berwarna putih.

Tengku Faiq Iskandar pula hanya mengenakan seluar corduroy berwarna hitam serta mengenakan kemeja berwarna hitam.

Manakala Iqmal Harith hanya mengenakan seluar Drawstring Trousers berwarna hitam dan juga hoodie berwarna hitam.

Faiq dan Iqmal telah pergi ke Italy selama 2 minggu untuk menguruskan masalah syarikat di sana. Setelah selesai masalah syarikat di sana, barulah mereka terus balik ke Malaysia pagi tadi.

Haufan pula ada je kat Malaysia, cuma dia sibuk menguruskan hal-hal yang lain.

Sampai sahaja di depan meja P.A Danish, Faiq bersuara.

"Hai pakcik Mark. Kami nak jumpa Danish ea?"

Mark tercengang.

PAKCIK? KHAWIN PUN BELUM!

Mark hanya menganggukkan kepalanya. Dia juga sudah sememangnya sedia maklum, kalau tiga orang kawan Danish itu mahu masuk ke dalam pejabat Danish, biarkan je. Tak perlu halang.

Mereka bertiga terus masuk ke pejabat milik Danish tanpa banyak bunyi lagi.

"Assalamualaikum bang jago!" Ujar Haufan.

Danish juga hanya mengenakan seluar slack berwarna hitam dan juga kemeja berwarna hitam. Di sertakan juga dengan kot blazernya berwarna hitam.

Danish tetap sama.

Penuh dengan aura dinginnya.

Danish yang membuat kerjanya di atas meja itu, terus mendongakkan kepala untuk melihat siapakah gerangan yang masuk ke pejabatnya tanpa ketuk pintu.

Main terjah je. Nasib salam ada.

'Hm dah agak dah. Mesti tiga ekor monyet ni' gumam Danish dalam hati.

"Fuiyoooooo, apa khabar kawanku yang tercinta? Lama sungguh kita tak bersua muka. Makin segak bergaya kawanku ini." Ujar Faiq.

WHAT THE?

CHICKEN?

EH.

FISH!!!!

Danish hanya diam sahaja. Sudah muak sangat dengan perangai setan kawannya itu. Nak marah? tak guna juga. Nanti mangkin menjadi-jadi perangai tiga setan tu.

"Hai abang handsome! Tak rindu kami bertiga ke? Kami datang nak melawat abang ni. Abang ni makin handsome lah. Auch tergugat iman kite" Tambah Iqmal pula.

Hah sudah.

"Bagus korang diam sebelum aku halau. Merosakkan mood aku je." Balas Danish dengan suara yang dinaikkan seoktaf.

"Bila balik?" Tambah Danish lagi. Matanya memandang Faiq dan Iqmal Bersilih ganti.

"Pagi tadi!" Jawab mereka berdua dengan serentak.

"Hm" Itu sahaja balasan daripada Danish.

"Kau ni asyik nak dingin dengan marah je kerja. Cubalah senyum sikit! Aku tengok kau ni hidup dengan penuh kegelapan je. Cubalah ubah sikit hidup tu jadi warna-warni. Nampaklah macam kehidupan lolipop sikit. Ni tak, asyik dengan kehidupan kopi je." Ujar Faiq.

"Rambut warna-warni, bagai gulali. Imut lucu walau tak terlalu tinggi......" Nyanyi Haufan.

"Salah lah bodoh! Rambut Danish mana ada warna warni! Camni hah! hidup warna-warni, bagai gula-gula. Senyumlah Danish, senyumlah senyum... " Tambah Iqmal pula.

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now