TAS || 05

2.5K 165 1
                                    


Selepas sahaja usai makan malam, mereka semua bergumpul di ruangtamu. Hati Mia berdebar-debar menantikan apa yang ingin di katakan oleh Papanya.

"Mia nak tahu tak kenapa kami panggil Mia untuk balik ke Malaysia?" ujar papanya yang membuka kata.

Mia sudah tidak senang duduk apabila soalan itu dilontarkan ke atasnya.

Atas soalan itu, hatinya benar-benar kuat menyatakan ada benda tidak diingini akan berlaku.

"Taktahu papa. Kenapa semua panggil Mia untuk balik Malaysia ?" jawab Mia .

Sudah 3 minit berlalu, suasana di rumah itu seakan-akan sunyi.

Tiada balasan atau jawapan atas soalan Mia tadi.

"Adam Rizqi ada di France Mia."

Hanya seringkas jawapan yang terlontar dari dalam mulut ibunya. Tapi walaupun hanya seringkas begitu, sudah mampu buat mia,

Terkedu.

Tergamam.

Terkelu.

Terdiam.

Hatinya mula diselebungi ketakutan apabila mendengar nama,

ADAM RIZQI.

"Aa..dam? Dia buat apa kat France?" Terketar-ketar suaranya menahan ketakutan.

Trauma dalam dirinya datang semula apabila mendengar nama lelaki tersebut.

"He wants you back. He is looking for you Mia." balas papanya.

BAMM!!

Terasa hatinya bagai di himpit dengan batu yang sangat besar.

Dia terdiam. Dia tidak tahu mahu balas apa. Mulutnya bagai di kunci.

"Sebab tu lah kami suruh kamu balik Mia. Kami taknak dia terjumpa kamu kat France. Kami takut benda yang dulu berulang lagi."

Mia terdiam.

Perasaan marah dan takut mula menyelubungi dirinya .

Lelaki yang membuatkan dia trauma.

Lelaki yang membuatkan orang yang dia sayang menghina dirinya.

Lelaki yang membuatkan orang yang dia sayang tidak percaya kepada dirinya.

Lelaki yang membuatkan orang yang dia sayang benci terhadap dirinya.

Lelaki yang membuatkan dirinya pergi ke Perancis untuk menenangkan fikiran.

Lelaki yang membuatkan dia duduk di Perancis selama 3 tahun.

Tanpa sebarang kata, Mia terus naik ke biliknya.

Panggilan daripada kedua orangtua nya, tidak diendahkan.

***

D.B.C HOLDING'S

Danish mengemaskan lagi Kot Blazer hitam di tubuhnya. Jam di tangannya ditilik sebelum dia mula masuk ke dalam syarikat itu.

Hari isnin hingga Jumaat sahaja Danish akan pergi ke syarikatnya. Manakala hari Sabtu atau Ahad dia akan berehat di rumahnya.

Syarikat D.B.C itu adalah syarikat miliknya. Pada mulanya, Syarikat yang tinggi itu bernama C.A HOLDING'S.

Tetapi apabila papanya menyerahkan syarikat itu kepadanya, papanya terus menukar nama itu kepada D.B.C HOLDING'S.

Danish tidak membantah dan dia hanya mengikut kehendak papanya.

Tak ke naya kalau orang lain cakap dia anak nggak ada akhlak. Jadi dia haruslah mengikut sahaja keinginan papanya. Dia nak jadi anak yang ada akhlak yer.

Danish masuk ke dalam syarikat itu tanpa secalit senyuman.

Aura dinginnya sentiasa menemani dirinya. Pekerja-pekerja yang lain turut tunduk hormat apabila melintasinya.

Sampai sahaja di depan meja P.A nya dia terus menanyakan kepada lelaki itu.

"Mark, aku ada meeting Harini?" Tanyanya dengan dingin.

Mark merupakan P.A dan juga orang kanannya yang paling dipercayai.

"Ada Boss. Boss ada 4 meeting, semuanya meeting yang mahu membeli geran tanah daripada D.B.C HOLDING'S." Jawab mark.

"Cancelkan semua meeting aku harini." ringkas sahaja yang keluar daripada mulutnya.

"Baik boss" jawab Mark.

Danish masuk ke pejabatnya dan mula membuat kerjanya.

Setelah waktu makan tengahari tiba, Danish turun dari pejabatnya dan ingin pergi ke cafe untuk mengisi perutnya yang sedang membuat konsert.

Mia P.O.V

Harini aku keluar jalan-jalan sebab nak tenangkan sikit fikiran aku yang kusut. Sekarang ni aku berada di sebuah restoran mewah Brcy cafe.

Sedang syok aku makan-makan, tiba-tiba ada mamat tapir terlanggar meja aku dan menyebabkan Air di atas meja aku tertumpah dan terkena di baju aku.

"Ya Allah baju aku" Kataku dengan perlahan.

Aku mendongak ke atas untuk melihat mamat tapir tersebut.

Aku terpaku melihatnya. Tetapi aku tak tahu lah kenapa aku macam rasa sesuatu. Sesuatu yang ada dalam diri aku dulu, mula datang balik. Tapi aku tak pasti apa.

Kenapa aku rasa macam hati aku ni terlalu dekat dengan dia?

Tanpa sebarang kata aku terus berlalu keluar dari cafe tersebut.

End Mia P.O.V

Danish memandang gadis yang berlalu pergi itu. Sejujurnya dia terpesona dengan kecantikan gadis itu.

Tetapi kenapa bila dia lihat gadis itu, dia dapat rasakan sesuatu? Sesuatu apa? dia pun tak pasti.

Tanpa memikirkan apa-apa lagi, Danish terus mengambil tempat duduk dan memesan makanan.

Setelah selesai makan, Danish balik semula ke pejabatnya untuk menyambung kerjanya.

Setelah selesai makan, Danish balik semula ke pejabatnya untuk menyambung kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- To be continued ♡︎ -

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now