Pada petang itu, Mia hanya berkurung dalam bilik sahaja.
Dari pagi, tengahari, sampailah ke petang, perutnya langsung tidak di isi.
Haih! Mia dah la ada gastrik!
Tuan Derryl dan Puan Sher sangat merisaukan keadaan Mia.
Apalagi Tengku Nadien, mahu saja dia hempuk kepala kakaknya itu. Makan tak pandai makan!
Tadi pagi sebelum Dien keluar rumah, ada juga Dien ajak Mia makan. Dah banyak kali! Tapi jawapan Mia tetap sama.
Tak lapar.
Nasib harini Dien keluar awal dengan kawan-kawannya. Kalau tak, memang dia lah yang memekak suruh Mia keluar dari bilik.
Pernah haritu, Mia pengsan disebabkan gastrik. Habis huru-hara rumah.
"Abang, macam mana ni. Mia dari tadi tak keluar bilik. Macam mana ni abang?" Ujar Puan Sher kepada Tuan Derryl dengan risau.
"Haih manalah saya tahu anak awak tu. Saya pun risau juga. Kalau saya tak waras, dah lama saya bagi roboh je pintu bilik Mia tu. Tapi nasib baiklah saya masih waras." Ujar Tuan Derryl.
Puan Sher mengecilkan matanya. Orang tua ni, terajang kang!
"Abang ni! Saya cakap betul-betul lah! Janganlah main-main! Saya risau ni ish" Bentak Puan Sher.
Tuan Derryl hanya menggelengkan kepalanya.
"Cuba awak tengok muka saya?" Ujar Tuan Derryl kepada isterinya.
Puan Sher mendongakkan kepalanya untuk memandang suaminya.
"Hah kenapa?" Tanya Puan Sher dengan bingung.
"Muka saya ni ada nampak macam main-main ke?" Ujar Tuan Derryl sambil menjongketkan keningnya .
"Jsh abang ni! malaslah nak layan abang! buang masa je! " Ujar Sher.
Puan Sher terus menuju kehadapan bilik anak sulungnya. Tuan Derryl juga mengikuti langkah isterinya. Tangan Puan Sher memulas tombol pintu itu.
Kunci!
Puan Sher memandang sekilas kepada suaminya.
Tuan Derryl yang memahami maksud isterinya itu, hanya menganggukkan kepala.
Tok! Tok! Tok!
Puan Sher mengetuk perlahan pintu bilik anaknya.
"Mia? Mia okey ke sayang? Jomlah makan Mia. Dari tadi Mia tak makan kan. Mesti Mia lapar." Ujar Puan Sher dengan lembut.
"Mia jangan lah macam ni, nanti perut tu masuk angin." Tambah Puan Sher lagi.
"Mia keluar lah sayang. Kami semua risau pasal kamu ni. Mia okey tak kat dalam tu?" Ujar Puan Sher lagi
Diam.
Tiada sahutan.
"Mia?" Panggil Puan Sher.
Mia sudah menahan sebak. Dia sangat lemah bila suara mamanya begitu. Sungguh dia berasa bersalah kerana mengabaikan mamanya dari tadi.
Mia menarik nafasnya dalam-dalam.
"Ya ma! Mia okey je! Mama tak payah lah risau. Mia tak lapar lagi! nanti kalau Mia lapar, Mia makan okey!" Ujar Mia.
Tuan Derryl dan Puan Sher menghembuskan nafas lega. Sekurang-kurangnya mereka dapatlah mendengar suara Mia. Kalau tak, mesti dah fikir Mia lari rumah.
"Okey. Nanti Mia turun makan ya kalau lapar." Ujar Tuan Derryl pula.
"Okey pa!" Sahut Mia.
Tuan Derryl dan Puan Sher terus turun ke bawah dan menuju ke ruangtamu.
YOU ARE READING
Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]
Action🏅 RANKING NO 1 BADBOY • [31/01/2021] 🏅 RANKING NO 2 KILLER • [21/07/2021] 🏅 RANKING NO 2 ACTION • [5/ 02/ 2022] 🏅 RANKING NO 3 COMEDY • [23/02/2022] 🏅 RANKING NO 2 LOVE • [19/08/2022] 🏅 RANKING NO 1 KILLER • [29/12/2022] 🏅 RANKING NO 3 ROMANC...