TAS || 27

1.5K 72 3
                                    

2 bulan kemudian...

Semenjak perkara buruk itu berlaku, sikap Mia Aurelia berubah mendadak. Menjadi seorang yang sangat pendiam. Mungkin dirinya masih terkejut dengan apa yang jadi walaupun perkara itu sudah jadi 2 bulan yang lepas.

"Sayang?," Danish memanggil isterinya dengan nada yang lembut. Mia tersentak daripada lamunan panjangnya. Dia memandang wajah suaminya dengan kosong.

"Awak nak apa?," tanyanya dengan dingin. Danish tersentak. Sudah banyak kali dia terasa hati dengan layanan isterinya itu. Tapi dia hanya diam. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Sampai bila sayang nak macam ni?," tubir matanya berasa panas. Ditahan airmata lelakinya itu. Sungguh dia rindukan isterinya yang tersayang itu.

Mia tersentak.

"S..saya penat," ujarnya tanpa memandang muka suaminya.

"Keluarlah dulu, saya nak rehat. Saya penat." Tambahnya lagi. Hati Danish bagai disiat-siat. Sudah pelbagai cara dia gunakan untuk kembalikan isterinya yang dulu. Sungguh dia penat menjaga hati isteri sendiri, sedangkan isterinya? langsung tidak memikirkan tentang hatinya. Tapi dia takkan mengalah! dia tetap akan kembalikan Mia Aurelia yang dulu.

Danish menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Mungkin sudah sampai masanya untuk Mia tahu segalanya.

"Sayang nak tahu tak macam mana mama dengan papa boleh meninggal?," tanyanya dengan lembut. Hatinya cuba ditabahkan di depan sang isteri. Tidak sanggup melihat isterinya itu bersedih lagi. Tapi suatu hari nanti isterinya akan tahu juga kan? lebih baik dia bongkarkan sekarang.

Selama ini dia hanya rahsiakan sahaja kerana tidak mahu menambahkan kekusutan dikepala isterinya. Risau akan kesihatan isterinya akan terjejas.

Air mata Mia mengalir perlahan.

"Nak. Nak sangat," selama 2 bulan dia menanti semua orang untuk menjelaskan kenapa kedua ibu bapanya boleh meninggal. Tapi semua orang hanya mendiamkan diri sahaja.

Kesakitan yang dia dapat, masih memberi kesan dihatinya. Sungguh sukar dia percaya semua itu. Semuanya berlaku sekelip mata.

"Come," panggil Danish yang menyuruh isterinya duduk disebelahnya. Mia yang mengerti itu hanya menuruti. Badan kecil isterinya dipeluk daripada tepi ingin menyalurkan kekuatan yang ada. Mia hanya menanti penjelasan suaminya itu.

"Mama has stage 3 brain cancer. She too suffering terribly. Ingat tak dulu? mama dengan papa cakap nak ke oversea atas urusan kerja? ingat tak?" tanyanya dengan lembut. Mia yang tergamam itu hanya mendiamkan diri. Danish yang seakan-akan faham perasaan isterinya itu, hanya menyambung ceritanya.

"Nah nope, mama papa pergi berjumpa dengan doktor pakar yang ada di Australia. Diorang tipu Mia supaya Mia tak risau tentang kesihatan mama," jelas Danish dengan lembut. Mia menangis teresak-esak dalam pelukan suaminya. Danish mengusap lembut belakang isterinya dengan lembut.

"Selepas kau keguguran, sakit mama makin parah. Sampaikan diorang perlu ke oversea balik untuk buang pertumbuhan yang makin merebak. Tapi..." Danish teragak agak ingin menyambung ayatnya atau tidak. Mia memegang tangan suaminya dengan lembut. Dipandang suaminya itu dengan pandangan yang redup. Kepalanya mengangguk perlahan menyuruh sang suami sambung menjelaskan semuanya.

Danish menghembuskan nafasnya dengan perlahan.

"Tapi tak sempat. Sewaktu mama dengan papa nak pergi ke airport, they were accidents. Ada kereta yang sengaja langgar diorang. M...m-musuh aku yang langgar. Diorang salah target. Diorang ingat kau ada sekali dalam tu. Diorang nak culik kau sebab diorang tahu, itu semua kelemahan aku."

BAM!

Terasa hatinya dihimpit dengan batu yang besar. Kesakitan apakah ini Yaa Allah.

PANG!

Sebuah tamparan tepat mengenai pipi suaminya.

Danish terkedu.

"Disebabkan kau! mama dengan papa aku mati! musuh kau berdendam dengan kau, tapi mama papa yang menjadi mangsa! disebabkan kau, aku hilang mama dengan papa aku! disebabkan kau juga! aku kena culik dengan musuh kau! sampaikan..." suaranya berubah mendung.

"Anak kita gugur." Ujar Mia bersama tangisannya.

"Saya dah lama tahu awak kerja apa. Cuma saya berdiam diri dan tunggu sampai awak yang mengaku. Tapi sampaikan saya hilang orang yang saya sayang, awak tetap taknak mengaku,"

Danish tergamam.

"Aku ada sebab tersendiri kenapa aku taknak bagitahu kau dulu," ujarnya pula.

"Huh? sampaikan mak bapa aku mati sebab kau. Anak aku mati sebab kau," ujar Mia dengan sinisnya.

Danish terdiam. Hatinya bagai dirobek oleh isterinya sendiri. Perempuan yang dia sayang.

"How dare you Mia Aurelia? kau nak salahkan aku atas semuanya? kalau kau dah tahu apa kerja aku, kenapa kau masih nak mempersoalkan semua ni? kau sendiri tahu kerja aku berbahaya, risiko dia juga ikut berbahaya." Ujarnya dengan nada yang keras.

Air mata Mia mengalir dengan derasnya. Sungguh dia penat dengan semua ini.

Anaknya keguguran.

Ibubapanya meninggal.

Perit. Perit sangat.

"Awak tak faham apa saya rasa. Saya hilang tiga orang sekaligus dalam keadaan saya yang masih tak bersedia," ujarnya dengan lemah.

"Sebab tu kita kena bersedia setiap masa. Kalau dah memang ajal diorang, nak buat macam mana? takkan tetap nak mempersoalkan hidup dan mati diorang. Kalau kau menangis macam ni, layan aku macam patung, dingin je sepanjang masa, diorang semua tu akan hidup balik ke?," ujar Danish dengan sinis.

Mia terkedu.

"Awak memang tak faham perasaan saya," ujarnya Mia dengan sebaknya.

"Aku yang tak faham perasaan kau ke atau kau yang tak faham perasaan aku? kau layan suami kau ni nak taknak selama ni. Kau ada jaga tak makan minum suami kau ni selama dua bulan? isteri sendiri biarkan suami dia beli makanan dekat luar, sedangkan isterinya sendiri masak je, tapi hanya untuk dirinya sendiri. Mana perginya tanggungjawab kau sebagai seorang isteri? kau ingat kau sorang je ke terkesan dengan mama papa meninggal? anak gugur?," ujar Danish dengan lemah. Setitik demi setitik air mata lelakinya jatuh.

"Kenapa Mia? anak yang gugur tu bukan anak aku ke? yang mati tu bukan mertua aku ke? mama dengan papa kau, aku dah anggap macam mama papa kandung sendiri Mia," ujarnya lagi.

"Sekarang aku tanya kau, siapa yang tak memahami perasaan sekarang ni? kau ingat aku nak ke musuh aku langgar mama dengan papa macam tu? kau ingat aku nak ke kau kena culik waktu tu? kau ingat aku ni kejam sangat ke Mia sampaikan kau nak salahkan aku atas semua benda,"

"Sedarlah Mia, kau tu isteri aku, tanggungjawab aku. Selama dua bulan aku dah cuba buat macam macam untuk kau. Tapi kau balas dengan sampah heh,"

"Kau selfish Mia, selfish!," ujar Danish dengan suaranya naik seoktaf.

Mia terduduk. Dia menekup mulutnya untuk menahan esakkan yang makin menjadi jadi. Sungguh dia penat dengan semua ini.

"C...ceraikan saya,"

- to be continued - ♡︎

hollaaaaa wazzaappppp! hehe imsorry sebab lamaaa tak updateee, here ur new chap everyone! jangan lupaa vote ><

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now