TAS || 19

1.5K 87 8
                                    

Seorang lelaki masuk ke dalam pejabat abangnya dengan penuh bergaya. Setelah beberapa minggu berada di Italy untuk menguruskan hal syarikat di sana bersama Haufan, Faiq dan Iqmal, akhirnya mereka pulang semula ke Malaysia.

"Woi bang? Pe khabar lu? I miccu piu piu! Aku sibuk la bang, tak dapat nak jumpa kau en" Ujar Darwish dengan kuat. Danish sudah merengus geram. Haih budak ni lagi. Tapi lama tak muncul, dia pun rindu juga. Tapi tu lah, taknak menunjuk. Ego lah katakan.

"Macam mana kerja kau dekat sana?. Syarikat tu dah okey ke belum?. Beruk tiga ekor tu mana? tak nampak pun batang hidung. Selalunya kalau habis kerja, terus menyemak kat sini." Ujar Danish dengan dingin.

"Wuish, beruk eh setepek? sesedap Cap Adabi je mulut kau panggil beruk. Aku gigit otak kau kang." Ujar Haufan yang baru muncul di dalam pejabat itu. Danish hanya diam. Sudah biasa dengan kelaknatan mereka.

"Woi anak pungut! bawa sini balik lolipop aku!" Ujar seseorang kanak-kanak ribena yang sedang mengejar lagi seorang kanak-kanak riang.

Sesampai sahaja dalam pejabat Danish, semua orang dalam pejabat itu memerhatikan The Real Beruk sedang bertengkar mengenai gula-gula lolipop .

"Diamlah manusia tamak! aku nak satu je lolipop, tu pun kedekut ke. Aku tak kira, aku nak juga lolipop ni!" Ujar kanak-kanak riang itu.

"Tapi tu aku punya sial! faiq bagi la bodoh! lolipop tu aku beli kat Italy kau tahu tak! kau ingat senang ke kita nak shopping kat Italy lagi?!" Ujar Iqmal. Dehek! Faiq menekup mulut Iqmal sebelum banyak benda lagi keluar daripada mulutnya.

GlupSemua orang yang berada di pejabat Danish menelan air liur kecuali Danish. Semua memandang ke arah Danish. Habislah!

Danish memandang semua manusia-manusia di hadapannya sekarang. Memandang dengan pandangan yang tajam.

"Pstt..pstt.. kau lah ni bodoh! yang kau sebut shopping kenapa bodoh! kenapa kau tak sebut je semua apa yang kita buat kat Italy?!" Bisik Haufan kepada Iqmal. Darwish menepuk dahinya. Berbisik pun macam nak bagi dengar semua orang yang ada dalam pejabat Danish.

'Kenapa kau tak sebut je semua apa yang kita buat kat Italy?!'

THE FISH!

Danish masih lagi memerhati manusia-manusia di hadapannya sekarang.

"Biar aku explain. Macam ni, kami bosan do kat Italy. Kami shopping , shopping gak. Tapi kerja tetap jalan! Takkan kau nak kurung je kami dekat hotel tu. Yelah, tahulah hotel tu dah sediakan semua. Tapi kami nak juga jalan-jalan kat Italy. Angan la marah bang.." Ujar Darwish dengan muka mimik comel. Danish mengeluh perlahan.

"Keluar." Dingin. Tiada secalit senyuman yang menghiasi bibir lelaki itu. Semua orang dalam pejabatnya itu, terus keluar tanpa membantah. Danish tak marahkan mereka, dia cuma malas nak cakap. Mood terbang ke laut.

Sesampai sahaja mereka di Pantry, Haufan terus bersuara.

"Weh kau rasa abang kau marah kita tak?" Ujar Haufan. Darwish berdecit.

"Tak. Aku kenal abang aku. Benda kecil je kot, buat apa dia nak marah? kalau dia marah, nanti aku mengadu kat mak aku." Ujar Darwish. Haufan hanya mengangguk.

"LOLIPOPPPPPP!!!!!!!!!" Terhenjut sedikit bahu Darwish dan Haufan.

"Ala, aku nak lah bodoh! Bagi je lah aku.." Ujar Faiq dengan bosan.

"Kau telan la semua anak pungut! Kau makan! makan dengan batang-batang lolipop tu sekali! Kau telan! Dasar pencuri lolipop! Kau bawa la sekali lolipop tu mandi! bawa tidur! bawa jalan!. Kau nak sangatkan? hah ambik! Kau telanlah wahai durjana!" Ujar Iqmal dengan kuat. Meroyan!

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now