TAS || END

2.7K 87 6
                                    

Seorang wanita melangkah masuk kedalam syarikat gah itu dengan perasaan yang gembira. Hatinya usah dikata! Bagai ada renjatan elektrik yang disambar dalam tubuhnya.

'Tahniah puan. Puan disahkan mengandung selama 2 bulan.' Dia mengandung. Perasaannya bercampur baur.

Kakinya laju melangkah ke meja pembantu peribadi suaminya.

"Suami saya mana?" tanyanya dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir.

"Eh puan! Bos ada dalam bilik mensyuarat sekarang." Tanpa menunggu apa apa lagi, kakinya terus laju melangkah ke bilik mensyuarat. 

Pintu dibuka dengan sedikit kasar sekaligus menyentakkan semua orang yang berada dalam bilik itu. Berkerut dahinya apabila melihat isterinya tiba tiba berada disitu.

"What are you doing here dear?" Ujar Danish dengan pelik. Tanpa membalas apa-apa, Mia terus membuka kasutnya dan terus berdiri atas meja panjang itu. Terbeliak mata Danish melihat sikap isterinya itu. Isteri siapa ni?!

Semua mata mendongak memandangnya diatas meja panjang itu.

Mia mengeluarkan telefon miliknya, lalu..

Lagu baby shark dihidupkannya.

'Baby shark dodododo. baby shark dodododo, baby shark!' Lagilah terbuntang mata Danish melihat isterinya yang seperti kebudak-budakkan. Semua orang tergamam. Terkelu lidah ingin berkata apa. 

Danish mengambil air mineral didepannya lalu diteguk perlahan. Sedang memerhati perlakuan isterinya.

"IM PREGNANT 2 MONTH GUYS!!!" Ujarnya dengan kuat. 

PPPUFFFFF!

Habis tersembur semua air yang diminum olehnya. Danish memandang muka Mia dengan riak tidak percaya.

Tiba-tiba bilik itu dipenuni dengan tepukan orang ramai.

Mia terus turun daripada meja itu. Danish terus memeluk isterinya dengan erat.

"Thankyou sayang, thankyou." Bisiknya dengan perlahan. 

***

"Sayang lupa nak tanya abang."

"Apa dia?" Tanya Danish pula.

"Mana Damia pergi?" Danish tergamam. Dia berdehem seketika.

"Dia masuk hospital sakit jiwa lepas kejadian haritu. Tangan dia kena gari atas katil. Doktor dekat sana cakap, dia kerap nak cederakan diri sendiri." Mia mengangguk faham. Bibirnya mengukir senyuman kelat. Walaupun gadis itu sudah menyiksa dirinya, namun masih timbul rasa simpati terhadap gadis itu.

"Oh ya! abang dah bagitahu mama dengan papa yang sayang mengandung." Ujar suaminya dengan lembut. Sengaja ingin mengubah topik. Mia mengukirkan senyuman tawar.

"Kalau mama dengan papa sayang ada lagi, mesti seronok kan?" Ujar Mia sambil menunduk ke bawah.

"Janganlah cakap macam tu. Mama dengan papa mesti dah happy dekat sana." Ujar Danish sambil mengusap perlahan kepala isterinya.

"Yelah.. abang, sayang pun dah bagitahu Dien tadi." Ujar Mia dengan senyuman nipisnya.

"Alhamdulilah, dah sebulan lebih dia di Amerika, takde calon lagi ke?" Ujar Danish dengan tawanya.

"Ish apalah abang ni! Dien pergi sana untuk sambung belajar kan. Lagipun dia pergi dengan kawan-kawan abang. Liya pun ada! Ha Darwish pun ada sekali. Kalau Dien tu dah calon, maknanya dorang semua pun mesti adalah." Ujar Mia pula. Danish hanya menganggukkan percakapan isterinya.

Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now