0.1

40 5 0
                                    

Bagiku, aku hanya bebanan untuk orang tua ku, mereka selalu mencari duit lebih untuk ku, disebabkan itu mereka terpaksa pulang lewat ke rumah, sedangkan aku tidak pernah minta semua itu, yang aku inginkan hanya masa, masa yang mereka luangkan untuk ku

Mengapa mereka selalu membuli ku? Apa silap ku? Aku tau nasib ku tidak akan pernah terhenti, tapi aku juga telah bertahan untuk ini cukup lama, mengapa mereka semua tidak pernah memberi ruang untuk aku tenangkan fikiran?

Aku bingung, aku takut jikalau aku terhenti di sini, dan tidak mampu untuk bertahan lagi

Aku Dyra Gwen, berumur 17 tahun, aku tidak ramah dengan orang, aku lebih pendiam, disebabkan itu mereka ambil kesempatan membuli ku
•×•
Aku sedang mengulangkaji pelajaran ku, Eric duduk di sebelah ku lalu berkata

"Dyra, nanti aku nak jumpa kau tau, aku tunggu kat belakang sekolah"-Eric, dia berbisik di telinga kanan ku dengan suara nya yang manja

Aku tidak menoleh padanya, lalu dia terus pergi ke tempat duduknya semula
•×•
Apabila tamat waktu persekolahan, aku menuruni tangga dan ingin pulang terus ke rumah, tapi malangnya Elvin menarik tanganku, lalu membawa ku ke belakang sekolah

Dia melepaskan tanganku dengan kasar sehingga aku terjatuh di depan Eric

"Dyra, tadi kan aku dah pesan, aku nak jumpa kau, kau nak pergi mana? Nak lari?"-Eric, dia duduk lalu memandang wajah ku dengan suara yang manja itu

Ketika itu, aku ingin berdiri dan langsung pergi, tapi dia pantas menarik tanganku

"Kau degil, kan? Jangan cabar aku Dyra"-Eric, dia menendang kaki kiri ku hingga ku terjatuh, lalu dia bersama teman temannya mentertawakan ku

"Aku nak alasan"-Aku berkata pada Eric

"Apa?"-Eric, dia duduk semula dan bertanya, wajahnya mula series

"Alasan kenapa kau ganggu aku? Apa aku ada buat silap dengan kau?"-Aku bertanya lagi, dia hanya tertawa lalu dia menarik hujung rambut ku

Aku menjerit kesakitan, lalu dia berkata

"Dyra, mungkin kau tak tau banyak silap kau pada aku"-Eric, dia berkata, aku hanya diam

"Aku tau kau pelajar cemerlang dekat sekolah ni, tapi aku tak suka kau libatkan aku"-Eric, dia berkata lagi, aku ada silap dengannya? Tapi apa yang aku lakukan?

"Apa maksud kau? Aku tak faham"-aku memberitahu nya jelas

"Bila aku jumpa dengan Cikgu Thin, dia selalu cakap dengan aku, kau pelajar terbaik lah, pelajar itulah, pelajar inilah, nak bernanah telinga aku dengar, kau tau tak?"-Eric, dia marah padaku, lalu dia berkata lagi

"Aku tak kesah kalau dia nak puji kau apa pun, tapi dia libatkan aku, dia hina aku, perlekehkan aku, sedangkan kita sama, kau anak orang senang, aku pun anak orang senang, tapi disebabkan kau, dia anggap aku ni anak yang nakkan harta bapak dia je, tak nak berjaya atas usaha sendiri"-Eric, dia memperjelaskan padaku, memang kita sama tapi walaupun kau dipandang hina, keluarga kau sentiasa ada dengan kau, dan walaupun aku pelajar cemerlang, tiada siapa yang ada denganku Eric

"Kalau kau tak nak orang hina kau, perlekehkan kau, buang sifat kebudak budakan dalam diri kau, stop ganggu aku, aku boleh tolong kau, kita usaha sama sama"-aku mempelawanya, lalu dia hanya tertawa

"Kau nak kata aku ni budak budak? Eh aku tak nak lah kau tolong aku, aku jijik, aku benci dengan kau, kalau kau nak sangat aku stop ganggu kau, kau pindah sekolah, aman hidup aku"-Eric, dia tidak lagi menarik rambut ku, lalu dia terus pulang

Sebenci itu kau pada aku Eric, jikalau aku mampu untuk putar semula masa, aku tidak mahu bertemu dengan orang seperti kau
•×•
Aku pulang ke rumah dengan kaki ku yang sakit, aku membuka pintu rumah, lalu ketika aku ingin menaiki tangga, seorang bibik menuju ke arah ku

"Cik Dyra, kenapa dengan kaki cik? Ada apa apa boleh saya bantu?"-Bibik1, dia risau akan kaki ku ini, lalu aku hanya berkata

"Takpe takpe, sikit je ni, saya naik atas dulu ya"-lalu aku pun menaiki tangga itu
•×•
Ketika waktu malam, aku tidak turun untuk makan, aku hanya berbaring di atas katil ku, lalu seseorang mengetuk pintu bilik ku

"Dyra, kenapa kamu tak turun makan? Mama dengar kaki kamu sakit ya? Mama boleh urut kan kalau kamu mahu"-Puan Gwen, mama memasuki bilik ku, lalu pantas dia duduk di katil ku, aku bangun dari baringan ku lalu berkata

"Takpe, Dyra oke, mama pergilah makan"-aku tidak memandang wajah mama ku

"Mama dah makan dah, cuma sekarang ni mama nak berbual dengan anak mama, boleh, kan?"-Puan Gwen, dia senyum padaku, maaf mama tapi Dyra takkan termakan dengan itu

"Dyra ngantuk lah ma, Dyra tidur dulu eh?"-aku berbaring semula, lalu memusingkan badanku di sebelah kanan, tidak menghadap mama ku, lalu dia hanya bangun dan keluar dari bilik ku

Dyra mohon ma, jangan pujuk Dyra macam tu, sedangkan mama tau apa yang Dyra rasa selama ni

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now