4.8

3 2 0
                                    

"Eric, selama ni, saya tak pernah rasa sikit pun kasih sayang dari sesiapa, even my parents, tapi bila awak cakap awak sayangkan saya, saya just fikir, that's very nonsense, sebab saya percaya, dalam hidup saya takkan ada orang yang sanggup bersama dengan saya"-Dyra, fikiran nya sampai ke situ sekali, kalau lah aku boleh putarkan masa semula, pasti aku ialah orang yang pertama akan memegang tangannya dan bersama dengannya sampai ke hujung hayat ku

"And, apa yang awak cakap dekat saya dulu, semuanya betul, semuanya saya percaya, sebab tu saya perlukan masa, masa yang amat lama, supaya hati saya boleh maafkan awak dengan ikhlas"-Dyra, dia terus dan terus berkata kata, mungkin terlalu banyak sekali hal yang ingin beritahu ku, aku pula? Terus dan terus melarikan diri darinya

"Then bila hati saya dah boleh terima, saya tak faham kenapa awak start jauhkan diri dari saya, oke saya mengaku, saya ada janji dengan awak, tapi saya rasa awak pun tahu, yang saya dah pun mungkir janji tu, jadi perlu ke lagi untuk awak tunaikan janji tu, ataupun awak sendiri memang dah buat keputusan nak jauhkan diri dari saya?"-Dyra, aku bukan tidak mahu menjawab kesemua persoalan nya itu, tapi aku faham apa yang dia maksud kan, biarlah semua persoalan itu berlalu dengan tidak dijawab

"Dyra.."-aku memanggil namanya lembut, tetapi dia masih lagi ingin berkata kata, maaf Dyra

"Macam sekarang, sebelum awak pergi, awak langsung tak bagitahu saya, sekurang-kurangnya, awak boleh text saya, call saya, walaupun saya tahu, hati saya susah untuk terima dengan pemergian awak"-Dyra, aku hanya memandang wajahnya



































Air..




















































Di matanya..














































mengalir..





































dengan perlahan lahan..























































Dia pasti menahannya buat waktu yang lama, maaf Dyra, aku tak boleh berhubung dengan kau, aku percaya, kau akan dapat lelaki yang betul-betul boleh terima kau

"Saya minta maaf, sebab saya, awak terpaksa lepaskan company ADD dengan bukan kerelaan awak, sebab saya jugak, awak terpaksa pergi dan tinggalkan semuanya yang ada dekat sini, mungkin awak pun tak sanggup untuk terima dan bersama dengan saya"-Dyra, tak Dyra takk, ianya bukan disebabkan kau, aku tak pernah salahkan kau pun, kalau ada peluang, aku sememangnya nak bersama dengan kau

"Dyra"-aku benar benar ingin dia berhenti berkata kata sekarang, disebabkan dia menangis dengan teresak esak sekali, aku tidak sanggup melihatnya

"Saya faham Eric"-Dyra, dia mula mengalihkan pandangan nya ke bawah

"Saya takkan halang awak pergi"-Dyra, dia berpaling dari ku

Air mata ku secara tiba tiba, mengeluarkan sikit demi sikit, setelah ku sedari itu, pantas aku mengelap dengan lengan baju ku

Tiba tiba, aku terlihat Dyra jatuh ke bawah, dia pengsan! Aku berlari ke arahnya, lalu aku mengangkatnya untuk dibawa ke hospital, terasa badannya panas sekali

Kau memang degil Dyra, panas macam ni pun kau sanggup untuk jumpa aku, sedangkan aku sikit pun tak mengalu alukan kedatangan kau, maaf Dyra, maafkan aku, punca kau sakit ialah aku Dyra, kalau aku tak cakap macam tu dekat kau, mesti kau takkan jadi macam ni, aku takut kalau kau terus hilangkan memori aku dari ingatan kau
•×•
Dyra
Apa yang jadi? Aku tidak dapat mengingat apa apa, aku merasakan badan ku berat sekali untuk bangun dari tidurku itu, tapi aku harus

Perlahan lahan aku bukakan mataku, arhh, aku di hospital, apa aku pengsan? Tapi, macam mana aku boleh berada di sini? Apa Eric yang membawa ku?

Terlihat Nuria yang sedang menutupkan wajahnya dengan menggenggam tanganku erat, dan kelihatan keresahan di wajah Elvin, bukan kah aku cuma pengsan?

"Nuria"-panggil ku lembut sambil membetulkan posisi baring ku kepada duduk

"Dyra! Kau oke?"-Nuria, gelabah betul dia setelah melihat ku sedar, dia memeluk ku dengan kuat sekali, arhh, sakit tulang belakang ku, lalu aku hanya mengangguk

"Kau ingat aku kan?"-Elvin, dia pasti ingin mengenakan ku, ishhh

"Elvin, tak baik lah awak ni"-Nuria, HAHA kena marah dengan Nuria, kacau aku lagi, lalu dia hanya tertawa

"Kau jangan risau tau, aku dah bagitahu parents kau, kejap lagi diorang sampai"-Nuria, dia berkata sambil memegang tangan ku

Ketika itu, mataku mengalihkan alihkan pandangan, aku cuma ingin kepastian, apa dia benar benar telah pun pergi? Atau dia masih tetap di sini?

"Dyra, aku ada benda nak kena bagitahu kau"-Nuria, wajahnya mula berubah setelah perasan yang aku sedang mencari seseorang

"Apa dia?"-tanya ku

"Tadi doktor ada bagitahu aku, kau pengsan sebab badan kau panas and tak cukup air, so, aku cakap dekat doktor, aku nak kau stay sini sampai kau betul betul sihat"-Nuria, stay sini?

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now