2.3

8 3 0
                                    

"Apa?"-Eric, dia bertanya tanda nya dia kurang faham

"Itu kesilapan yang aku takkan pernah ulang lagi lepas ni, jadi kau lupakan jelah cinta bodoh kau tu"-aku berlalu pergi meninggalkan mereka

Aku tak faham, dah nak balik pun masih ada bala lagi yang menimpa, cukuplah hanya di zaman remaja ku, bukan sekarang
•×•
Aku duduk di sofa keseorangan, memikirkan hal tadi, ia amat merumitkan keadaan ku, daripada aku kerja bersamanya, lebih baik aku kerja di company papa saja, haihh

Dalam lamunan ku itu, Nuria tiba tiba menyapa ku, aku terus terbangun dari lamunan ku itu

"Jauh termenung, fikir apa?"-Nuria, dia duduk di sebelah ku, lalu menonton televisyen

"Takda apa lah"-jawab ku ringkas

"Dyra, kau oke ke? Macam mana kau kerja tadi, oke? Tuan Addison ada marah kau?"-Nuria, dia teruja ingin tahu jawapan ku, pelbagai soalan yang ditanya, sedangkan aku serabut memikirkan hal itu

"Aku malas lah nak fikir"-aku tidak memandang wajahnya

"Dyra, orang kalau first day kerja, dia happy tau, tapi kau macam takda mood je, kenapa?"-Nuria, dia bertanya lagi, tidak sempat sepatah aku katakan, ponsel nya berbunyi, lalu dia menjawab panggilan itu

Setelah beberapa minit dia berkata dalam talian dengan temannya, aku perdengarkan perkataan Nuria yang terakhir

"Oke Elvin"-Nuria, ia agak mengejutkan ku, kerana sepanjang percakapan mereka, mereka berbual terlalu rancak seperti hubungan kekasih, apa dia kenal Elvin? Tapi bagaimana?

Setelah tamat panggilan itu, aku pantas menanya pada Nuria

"Nuria, kau kenal Elvin?"-aku membuat wajah kerisauan ku terhadap nya

"Elvin? Yang bercakap dengan aku tadi? Mestilah aku kenal"-Nuria, wajahnya mula bertukar kemerah merahan

"Macam mana kau kenal dia?"

"Dulu dia satu universiti dengan aku, and dia yang recommend kan aku untuk kerja dekat company ADD"-Nuria, dia mula tersenyum sendiri, dah macam orang mental dah aku tengok, haih

Kenapa lah semuanya berkait? Bertambah serabut lah aku lepas ni, apa yang aku perlu buat? Melihat dari segi wajah nya, kelihatan dia amat menyukai Elvin, but why Elvin? Urghh

"Dyra, kenapa kau tanya?"-Nuria, dia mula berasa pelik dengan pertanyaan ku

"Tak, takda apa lah"-jawab ku ringkas

"Kalau kau ada perkara yang perlu di share, kau boleh share dengan aku, aku sentiasa ada untuk dengar, tapi kalau kau berat hati nak share dengan aku, takpe aku faham, yang penting kau jangan stress, oke?"-Nuria, kata katanya membuat ku tersentuh sekali, tidak pernah seorang pun yang berkata begitu pada ku, terima kasih Nuria

Lalu aku hanya memeluknya
•×•
Berapa lama lagi agaknya aku akan terus bekerja di sini? 2 minggu pun dah rasa macam 2 tahun, bila aku fikir balik tentang tu, sakit pula hati ni..

Hari ni aku terbangun lewat, Nuria berkata dia sudah mengejutkan ku tapi aku malah menyuruh nya pergi dahulu, haihh, pasti disebabkan dia lah bagi banyak sangat kerja, sampai aku tak boleh nak tidur semalam

Ketika aku tiba di company ADD, aku ingin masuk ke dalam bilik ku, lalu aku terdengar seseorang memanggil nama penuh ku

"Dyra Gwen, masuk bilik saya sekarang"-Eric, setelah itu, langkah ku terhenti, tanpa aku meletakkan barang ku, langsung ku masuk ke dalam biliknya

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now