5.7

4 1 0
                                    

Kerana kedudukan ku kan tidak setaraf dengannya, apa dia tidak kesah bersalaman dengan ku? Tapi dia seperti ingin aku berjabat dengannya

"Saya Danny"-aku pun berjabat tangan dengannya tanpa ragu ragu lagi dan memperkenalkan diriku, dia hanya tersenyum melihat tingkah laku ku yang agak lembab itu

Setelah beberapa hari aku tinggal dengan keluarga Addison, aku rasa hidup ku lebih baik dari sebelum ini, aku dapat pakaian baru, mainan yang baru, pelajaran baru dan paling penting, aku dapat seorang rakan yang sentiasa memberi ku sokongan apabila mendengar cerita tentang keluarga ku

"Awak jangan risau, sebab saya dan Hana akan ada dengan awak, kita kan kawan, kawan selamanya"-Eric, dia berkata dengan memperlihatkan senyuman nya itu dan lembut

"Hana?"-aku bertanya, lalu dia mengangguk

"Hana Lin, dia kawan saya dan dia jugak boleh jadi kawan awak"-Eric, aku tersenyum mendengar kata katanya itu

Mulai dari situ, aku, Eric dan Hana, ialah sahabat selamanya, ke mana saja kami pergi, sentiasa bersama

Sebenarnya, hanya dengan melihat wajah Eric itu, sudah terbukti bahawa dia ikhlas berkawan dengan ku, berbanding dengan rakan rakan ku yang berada di sekolah, sama sekali berbeza dengannya, aku bersyukur kerana dapat bertemu dengannya dan Hana
•×•
Pada suatu malam, Uncle Addison mengetuk pintu bilik ku saat ku sedang tidur, lalu aku membuka pintu itu dan dia berkata bahawa kita perlu ke hospital sekarang, pasti saja aku hairan setelah mendengar kan itu, untuk apa pergi ke hospital pada waktu malam begini? Lalu aku hanya ikut kan saja kata katanya itu

Setelah sampai di hospital, Uncle membawa ku ke suatu bilik dan terlihat dua orang terbaring di atas katil, apabila aku melihat orang orang itu dengan teliti, baru aku dapat mengecam siapa mereka sebenarnya

Apa itu… mummy dan papa?

Aku berlari lalu memeluk mummy dengan sekuat hati ku, aku melihat wajah papa dan mummy, kenapa wajah mereka tampak begitu pucat? Apa yang terjadi pada mereka? Apa mereka sakit?

Aku ingin bertanya pada Uncle Addison tapi wajahnya begitu sedih setelah ketemu dengan doctor sebentar tadi, untuk ku tahu apa yang jadi, aku perlu juga bertanya

"Uncle, kenapa dengan mummy dan papa? Mereka sakit?"-aku bertanya

"Danny, kamu dengar betul betul apa yang daddy nak cakap ni, mummy dan papa sayangkan kamu, mereka sangat sayangkan kamu, daddy harap kamu terus kuat dan tabah dengan semua ni, mereka akan tunggu kamu di sana nanti"-Tuan Addison, apa yang dia ingin katakan sebenarnya? Apa itu kata kata perpisahan?

"Apa maksud Uncle? Danny tak faham"-aku bertanya lagi

"Danny, kamu maafkan mummy, ya? Mummy terpaksa pergi.. tinggalkan kamu.. buat selamanya"-Puan Addison, apa benar yang ku dengar? Apa kata kata Aunty Marya itu benar?

"Tak, mummy takkan tinggalkan Danny, mummy dah janji, Uncle, mummy takkan tinggalkan Danny, kan?"-aku tidak percaya dengan kata katanya itu, langsung saja air mataku ini mengalir

"Danny, Uncle minta maaf, Uncle minta maaf sangat"-Tuan Addison, dia memeluk ku lalu meminta maaf, tangisan ku tadi masih lagi belum bisa berhenti, mustahil kedua orang tua ku itu meninggal saat umur ku masih 7 tahun
•×•
Setelah hari perkebumian mummy dan papa, aku hanya duduk berseorangan di dalam bilik ku dan mula fikir hal yang tidak sepatutnya

Mummy mungkir janji, mummy tipu, mummy tak kotakan janji mummy, kenapa mummy tinggalkan Mei sorang sorang? Mei takut, Mei takut dengan ketiadaan mummy di sisi Mei, Mei nak bersama mummy, Mei sunyi mummy

Ketika ku sedang mengelamun, seseorang mengetuk pintu bilik ku, lalu masuk tanpa mendengar izin ku dahulu, terlihat Eric yang sedang membawa sesuatu dan diletakkan di atas meja, apa itu makanan?

"Awak oke? Awak mesti tak makan lagi, kan? Saya ada bawakan makanan untuk awak, awak makanlah"-Eric, dia duduk di atas katil bersebelahan dengan ku

"Terima kasih, tapi saya takda selera nak makan"-aku menolak pelawaannya itu

"Danny, saya tahu awak mesti sedih, tapi, kan saya dah cakap, saya dan Hana akan sentiasa ada dengan awak bila awak perlukan kami, kita kan kawan"-Eric, lagi sekali, senyuman itu, thanks Eric, kau buat apa yang kau katakan, aku membalas senyuman itu
•×•
Setelah umurku mencecah 13 tahun, barulah Uncle dan Aunty memberitahu ku punca sebenar kematian mummy dan papa, rupanya mereka kemalangan ketika mahu pulang dari mahkamah, Uncle memberitahu ku bahawa papa ada mengambil dadah sebelum memandu pulang, ketika itu papa berkhayal, disebabkan itu jugak, papa secara tidak sengaja melanggar kereta mummy yang berada di hadapannya

Setelah ku mendengarkan itu, pasti saja aku amat marah dengan kelakuan papa ku, kerana dia, hidup ku berubah, dia selalu minta duit pada mummy, dia selalu pukul mummy, dia tidak berkelakuan seperti seorang suami pada mummy, itu saja sudah membuat ku benci pada papa, apatah lagi sekarang, dia lah puncanya kematian mummy

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now