0.8

15 4 0
                                    

Keesokannya tetap sama, mataku masih lagi memandang bilik itu, pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumah ini, papa ingin memberitahu ku bahawa itu lah bilik ku selama ini, tapi, mama kata itu cuma bilik tetamu, mama kata juga papa mungkin tidak mengingat bilik ku, apa itu benar? Lalu mengapa melarang ku untuk masuk ke bilik itu?

Ketika aku memulas tombol pintu bilik itu, aku tidak tahu bahawa pintu itu dikunci, haishhh, aku ingat aku ada peluang untuk masuk, tapi tidak, saat aku memulas mulas tombol pintu itu, seseorang menegurku

"Cik Dyra, tuan dan puan memanggil Cik Dyra untuk bersarapan, Cik Dyra buat apa tu?"-Bibik2, dia mula curiga, aku pula cemas

"Erm, takda apa, takpelah saya turun dulu"-lalu aku pun turun, hampir saja tadi
•×•
Puan Naura Gwen
Ketika aku dan suamiku pulang ke rumah, Dyra masih di sekolah, bibik datang ke arah ku

"Puan, saya ada perkara penting nak bagitahu puan"-Bibik2, dia berkata dengan begitu series

"Apa dia?"

"Pagi tadi, masa saya nak panggil Cik Dyra sarapan, saya nampak Cik Dyra sedang cuba untuk membuka pintu bilik lamanya itu"-Bibik2, dia memberitahu ku

"Betul ke? Dyra dapat masuk tak?"-aku ingin kepastian

"Tak, semalam kan puan suruh saya kunci bilik tu"-Bibik2, aku berasa lega, setelah dia berkata begitu

"Baguslah, saya nak awak sentiasa kunci bilik tu, dan jangan sesekali buka tanpa arahan saya, faham?"-aku memberitahu nya, lalu dia mengangguk

Maaf anak mama, mama bukannya tidak mahu kamu mengingat semula memori kamu, mama cuma risau, dan mama tahu, apabila kamu sedar, kamu pasti marah pada kami, dan kamu semestinya tidak akan terima layanan kami seperti sekarang

Mama minta maaf, kami cuai, kami abaikan kamu, kami lebih pentingkan pekerjaan dari anak kami sendiri, sampaikan kami tiada masa untuk luangkan bersama kamu, mama dan papa tidak beri kasih sayang yang sepenuhnya pada kamu Dyra, maafkan kami
•×•
Dyra
Aku berjalan berseorangan di taman, nyaman nya udara segar ni, lalu aku terlihat seorang anak perempuan terjatuh dari buaiannya, lalu dia menangis, aku ingin menolong anak itu, tapi sebaiknya aku melangkahkan kaki, ibunya datang untuk menyelamatkan nya

Tiba tiba aku merasakan kepala ku teramat sakit, aku memegang kepala ku, lalu aku terjatuh

aku bermain bersama sama papa dan mama..

kami bergelak tawa disebabkan tingkahlaku ku yang sememangnya seperti anak kecil..

aku rindu saat itu..

itu hanya sebuah kenangan lama dan tidak akan ada lagi suasana seperti itu..

Urghh! Kepala ku amat sakit, ibu dan anak itu datang ke arah ku setelah mendengar jeritan ku, lalu ibu itu bertanya

"Cik, cik tak apa apa ke?"-Ibu, aku merasakan sakit ku mula berkurangan, lalu aku hanya mengangguk

Ibu itu membantu ku bangun, lalu aku mengucapkan terima kasih padanya, dan dia juga anak itu, berjalan untuk pulang

Aku hairan, mengapa ia tiba tiba? Ingatan siapakah tadi? Apa itu ingatanku? Tapi, mengapa ingatan itu terlihat seperti menyedihkan? Haihh

Eric
Ketika aku berjalan dia taman, aku terlihat Dyra sedang duduk, lalu aku pergi ke arahnya, dan menyapa

"Dyra?"

"Eric, awak buat apa kat sini?"-Dyra, dia agak terkejut dengan kehadiran ku

"Aku saja ambil angin, tak sangka boleh jumpa kau"

"Ohh, Eric, jom kita jalan jalan"-Dyra, dia mengajak ku, aku hairan, mengapa tiba tiba?

"Jalan jalan? Pergi mana?"-aku bertanya, lalu dia hanya menarik tanganku, dan membawa ku pergi
•×•
Dyra membawa ku ke suatu tempat yang begitu tenang, sesuai dengan suasana ku sekarang, dia berkata padaku

"Eric, siapa saya di mata awak sebelum saya kemalangan?"-Dyra, dia memandang wajahku dengan penuh harapan, mengapa soalan kau, begitu susah untuk aku jawab? Bagiku dulu, aku hanya memandang kau dengan penuh rasa benci, rasa hasrat dengki, rasa jijik dengan kau, maaf Dyra, kau bukan sesiapa bagi ku ketika dulu

"Kenapa kau tanya macam tu?"-aku berkata padanya

"I just want to know, mungkin ia bantu saya untuk kembali kan memori saya"-Dyra, dia berkata

"Dyra, apa kau berharap, memori kau akan kembali?"-aku bertanya, lalu dia hanya keliru dengan soalan ku

"Apa maksud awak?"-Dyra, dia bertanya

"Aku rasa lebih baik kalau kau lupakan je memori kau tu, tak perlu lah ingat, tak penting pun"-aku memegang kedua dua tangannya, lalu dia melepaskan tangannya

"Eric, haritu awak kata awak akan tunggu dan awak cakap awak tetap akan ingatkan saya tentang segalanya walau apapun jadi, but now? Kenapa awak tiba tiba suruh saya lupakan? Awak tau tak, saya nak sangat ingat memori saya, sebab awak, saya nak tau siapa awak dalam hidup saya masa dulu"-Dyra, dia memarahi ku, apa dia ingin mengingat semuanya hanya kerana aku? Itu tidak berbaloi Dyra, kerana kau akan lebih membenci ku

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now