3.1

9 3 0
                                    

Dyra
Aku melangkahkan kaki perlahan menuju ke bilik penunggu untuk tetamu, aku ragu ragu untuk memberitahunya, tapi kalau aku tak beritahunya pasti Eric akan bertambah berang padaku

Aku membuka pintu itu, lalu berkata padanya, dimulai dengan permohonan maaf

"Saya minta maaf Encik Danny, tapi Tuan Addison tengah sibuk sekarang, harap Encik Danny faham"-aku menundukkan kepala ku kira kira dalam 45°

"Dia mesti tak nak jumpa saya, kan? Takpelah bukannya salah awak pun, saya faham"-Danny, dia bangun dari tempat duduknya, lalu aku mengangkat semula kepala ku

"Encik Danny, dah nak pergi?"-aku bertanya, lalu dia mengangguk

"Awak tak payah lah panggil saya Encik Danny, panggil Danny je oke?"-Danny, dia pula berkata dengan segannya

"Ohh oke"

"Sebelum tu, boleh saya tahu nama awak?"-Danny, dia bertanya

"Dyra Gwen"-aku memberikan senyuman padanya, lalu dia membalas dengan keseganan nya itu
•×•
Eric
Aku pulang ke rumah setelah kerja, aku terlihat Daddy sedang membaca surat khabar di tepi kolam, ketika aku kaki ku ingin memijak anak tangga, Daddy memanggil nama ku

"Eric, Daddy nak cakap sikit"-Tuan Addison, dia menutup surat khabar nya itu, lalu menoleh ke arah ku

"Eric penat lah, Eric naik atas dulu"-aku tidak menoleh padanya, langsung ingin naik ke atas

"Kamu ada jumpa Danny?"-Tuan Addison, pertanyaannya membuatkan langkah ku terhenti

"Dia tu baru balik dari London, dia belajar dekat sana 6 tahun dah"-Tuan Addison, dia berkata lagi

"Perlu ke untuk Eric tahu?"-aku menoleh ke arahnya

"Perlu, sebab Danny Mei akan bekerja di company kita"-Tuan Addison, dia berkata dengan selambanya lalu dia bangun dari tempat duduknya, apa disebabkan itu, dia mahu bertemu dengan ku?

"Tak payah nak buat lawak lah Daddy"-aku berjalan ke arahnya, lalu berdiri di hadapan kolam yang besar itu

"Kamu ingat Daddy ada masa ke nak buat lawak? Daddy series, Daddy nak kamu ambil dia kerja, dan Daddy akan letak kan dia sama taraf dengan kamu, jadi kesimpulannya, company tu akan ada dua bos"-Tuan Addison, dia berkata dengan tegasnya, lalu aku menoleh padanya

"Daddy, Kenapa Daddy tak bincang dulu dengan Eric?"-aku kecewa sangat dengan Daddy, dia tak pernah langsung kesah pasal perasaan aku

"Habistu ini apa? Bukan berbincang?"-Tuan Addison, dia bertanya padaku, bukan Daddy!

"Ini keputusan yang Daddy buat sendiri tanpa pengetahuan dan pendapat dari Eric, Daddy cuma bagitahu bukan berbincang"-aku menerangkan padanya dengan begitu jelas, dan nada suara ku, ku tinggi kan sedikit

"Kalau Daddy berbincang dengan kamu pun, kamu tetap tak setuju, kan?"-Tuan Addison, dia mula tanya pendapat yang dia sendiri tahu jawapannya apa

"Of course, dia tu bukan sapa sapa, dia cuma budak mentah, Daddy!"-disebabkan aku memendam rasa pada Danny, aku berkata kasar dengan Daddy

"Dia tu berpendidikan tinggi Eric! Kamu jangan sebarangan nak panggil dia 'budak mentah'"-Tuan Addison, dia mula marah padaku

"Ohh, jadi sebab tu Daddy ambil dia? Kalau macam tu, biar dia sorang je lah yang handle company Daddy, kenapa nak kena libatkan Eric? Lagi satu, Eric sebenarnya tak nak pun lah teruskan kerjaya orang yang langsung tak hargai jasa orang lain!"-kata kata yang ku ungkapkan, tidak semestinya sehala dengan hati ku, ego ku mengawal segalanya, sehingga kan aku mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya














Pak!






















Dia menampar ku..



























Hanya disebabkan..

































Budak mentah tu..

































"Abang!"-Puan Addison, Mummy muncul setelah mendengar kami berdua bertengkar, lalu dia cuba untuk menenangkan Daddy, disebabkan Daddy marah padaku, kerana kata kata yang ku ungkapkan tadi

"Kamu dari dulu sampai sekarang, sama je, tak pernah nak berubah! Masih lagi dengan perangai kamu yang biadap dan degil tu, kamu ingat apa? Kamu sorang je yang boleh handle masalah tu? Kalau Daddy suruh Danny, hasil kerjanya lebih bagus daripada kamu lah"-Tuan Addison, kata kata nya membuatkan ku benar benar makan hati dengannya

"Then, what are you waiting for? Just fired me"-perlahan suara ku ketika mengata kan itu

"Abang sabar abang!"-Puan Addison, dia cuba menenangkan lagi Daddy, kerana Daddy ingin menampar ku buat kali kedua

"Eric, kamu ni tak reti nak bersyukur ke? Mummy kamu ni sangat sangat manja kan kamu sampaikan dia lupa siapa Daddy dalam rumah ni, Daddy buat semua ni untuk kebaikan kamu dan company kita, jadi takda sebab untuk kamu tolak, Daddy akan bagi kamu masa sebulan untuk kamu fikirkan, sementara tu, Danny akan ambil alih jawatan kamu, kalau kamu tak munculkan diri setelah tamat tempoh sebulan, kamu anggap lah, kamu dibuang oleh Danny"-Tuan Addison, lalu Daddy dan Mummy pergi meninggalkan ku

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now