1.2

10 3 0
                                    

Aku tidak akan boleh lupa tentang sejarah hidupku, tapi aku akan ambil pengalaman juga pengajaran dari kisah ku itu, jadi ku mohon jangan memperbodohkan ku lagi

Berani kau katakan kau sayang pada ku, dengan apa yang kau telah lakukan, ia amat terseksa Eric, aku takkan jatuh cinta dengan orang yang telah musnahkan kehidupanku, kau sememangnya ingin aku bermain dengan kau, oke mari kita main, giliran aku untuk musnahkan hidup kau

Aku membuka perlahan lahan mata ku, terlihat aku seperti berada di hospital, ketika aku ingin duduk dari baring ku, Eric menolong ku, lalu dia berkata

"Dyra, kau nak apa apa? Aku boleh ambilkan"-Eric, terpapar wajah risau akan aku, aku akan buat kau termakan dengan lakonan ku, lalu aku hanya menggelengkan kepala

"Doktor kata apa?"-aku bertanya, lalu dia menjawab

"Doktor kata kena selalu bawa kau pergi ke tempat yang kau pernah pergi sebelum kemalangan sebab ingatan kau semakin pulih"-Eric, dia teragak agak untuk memberitahu ku, aku cuma tidak berkata apa apa

"Dyra, kau tak lupa janji tu kan?"-Eric, dia bertanya, lalu ku memperlihatkan wajah bingung ku

"Janji?"-aku sengaja berkata begitu, lalu wajahnya kelihatan cemas setelah mendengar kata kata ku

"Saya ingatlah"-aku senyum padanya, lalu dia membalas senyuman ku, aku juga berjanji, aku akan seksa kau macam mana kau seksa aku dulu, sampai masanya nanti, aku akan tunjukkan segalanya pada kau

"Dyra, aku tak bagitahu parents kau lagi yang kau ada kat sini, sebab aku tak ada number mereka, kau ada kan?"-Eric, dia bertanya padaku, mengapa kau perlu berpura pura, untuk simpati pada ku?

"Eric, saya rasa tak perlu lah bagitahu mereka, lagipun saya oke je, Bukan ke awak ajak saya keluar hari ni?"-aku berkata padanya

"Tapi kau–"-Eric, aku memotong kata katanya

"Takpe, awak cakap je dengan doktor yang saya dah oke, saya pasti doktor akan bagi jaminan untuk saya keluar, lagipun saya taklah teruk mana, kan?"-aku mengumpan nya lagi, lalu dia hanya mengangguk, boleh dikatakan kau ni lembab juga Eric
•×•
Eric menghantar ku pulang ke rumah kerna dia ingin aku beristirehat, baik sungguh kau pada aku, sehingga kau juga butakan mental dan fizikal hanya disebabkan perasaan cinta akan aku

Jikalau Dyra yang amnesia cintakan kau sedalam lautan sekalipun, dan mungkin perasaan itu terbawa kepada ku, aku tetap akan hancurkan ia, aku tidak boleh punya perasaan pada kau, kerna aku telah berjanji akan terus benci pada kau sampai bila bila

Mungkin juga, kau tidak menyeksa ku 100 peratus, tapi aku amat tertekan dengan tindakan kau Eric, kau menambah kan tekanan pada ku, maaf Eric

Aku bersumpah tidak akan menunjukkan diri ku lemah di hadapan kau, selama ini aku cukup berlembut pada kau, tiba masanya untuk aku luahkan apa yang terbuku di dalam hati ku selama ini

Aku mengambil ponsel ku, lalu memesej Eric

Eric

Eric maaf
sebb hal tadi kita tk dpt keluar
jadi kita keluar esok ya?

Saya janji saya takkan timbul
kan masalah lagi, oke?

Dyra, kau masih perlu berehat
Aku tak nak apa apa jadi pada kau

Kan saya dah cakap, saya oke
Awak jangan lah risau sangat

Lagipun, saya dah tunggu lama
dah untuk hari ni, jadi boleh eh?

Klau awak dah cakap macam tu
Oke, kita keluar esok.

Oke, jumpa esok.

Kali ni, aku benar benar akan hancurkan perasaan kau terhadap aku, dan kita tak akan bertemu lagi setelah itu
•×•
Eric
Setelah aku sampai ke rumah Dyra, pembantu rumahnya memberitahu ku bahawa Dyra sedang bersiap siap, dan aku duduk di sofa yang lembut

"Saya ada perkara yang nak bagitahu dekat Cik"-aku berkata dengan pembantu rumah itu

"Sebenarnya Dyra suruh saya rahsiakan tentang ni, tapi saya rasa saya perlu bagitahu jugak pada Tuan dan Puan Gwen, jadi boleh Cik sampai kan?"-

"Sampaikan apa tu?"-Bibik2, dia bertanya

"Sepatutnya saya keluar dengan Dyra semalam, tapi saya nampak Dyra pengsan dalam bilik dia, jadi saya bawa dia ke hospital"-aku memberitahu nya, lalu wajahnya amat bimbang dengan kata kata ku, dia berkata

"Dyra pengsan? Encik nampak tu, dekat bilik yang mana satu ya?"-Bibik2, dia bertanya, apa itu penting untuk ku beritahu nya?

"Bilik yang berdekatan dengan tangga"-aku berkata lagi

"Encik pasti?"-Bibik2, dia bertanya ku dengan wajahnya yang kelihatan agak cemas, aku hanya mengangguk

"Encik, saya minta agar lebih berhati hati dengan Dyra"-Bibik2, lalu dia terus berlalu pergi, apa yang dimaksudkan nya? Aku perlu berhati hati? Tapi mengapa?

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now