4.0

8 3 0
                                    

Danny
Ketika aku masuk ke dalam office ADD, aku menjadi sedikit hairan, dengan pekerja pekerja yang ada di situ, apa mereka sudah tahu kedatangan ku di sini? Apa Eric yang memberitahu mereka? Tak tak, tak mungkin Eric akan bicarakan soal ku pada orang lain, mungkin dari Uncle Addison? Itu boleh ku percaya

Aku masuk ke dalam bilik Eric, terlihat semuanya tersusun, tidak ada satu pun yang berselerak, dia memang begitu orangnya, berdisiplin
•×•
Dyra
Aku sedang membuat kerja ku, tiba tiba, Eric memanggil ku, aku perasan suara nya kedengaran agak lain, apa dia sakit? Lalu aku mengetuk pintu biliknya, apabila sudah masuk, aku terlihat Danny di tempat Eric

Aku sememangnya terkejut, mengapa Danny di sini? Di mana Eric? Apa Eric benar benar tidak sihat? Dan Danny hanya menggantikan nya? Tak tak, jika Eric sakit sekali pun, dia tidak akan  meminta sesiapa yang menggantikan nya, walaupun Elvin,dia sendiri yang akan datang ke office dalam keadaan sakit itu, tapi di mana dia? Apa suara yang memanggil ku tadi adalah Danny?

Patutkah aku bertanya padanya? Tapi, kalau ku tanya, pasti dia hairan dengan ku, kalau aku tak tanya, aku takkan tahu dimana Eric, lebih baik aku tanya, bukan?

"Danny, awak buat apa dekat sini? Mana Eric?"-aku berjalan berdiri di hadapannya

"Awak mesti tak tahu lagi, buat sementara waktu ni saya yang gantikan Eric"-Danny, dia tersenyum melihat ku, lalu berkata

"Ohh, boleh saya tahu sebab apa?"-aku bertanya lagi

"Dia.. dia kena pecat"-Danny, pada mulanya dia ragu ragu untuk menjawab pertanyaan ku, tapi dia berjaya menjawab dengan perlahan lahan

"Kena pecat?"-setelah mendengar jawapan Danny, aku pun terkejut buat kali kedua

"Dyra, saya bukan apa, tapi Eric kena pecat sebab dia guna duit company untuk kepentingan diri dia"-Danny, dia berkata lagi dengan riak wajahnya yang simpati terhadap Eric

"Ha? Eric buat macam tu? Awak tak main main, kan?  Sebab susah saya nak percaya, walaupun saya tahu dia seorang yang nakal, tak matang, tapi itu semua dulu, and kalau nak cakap pasal bab kerja, dia sangat serius dan tegas, tak mungkin Eric akan buat macam tu"-aku memberitahu Danny bahawa semua itu adalah mustahil buat ku

"Terpulang pada awak, sama ada awak nak percaya ataupun tak, oke?"-Danny, dia berkata

Peliknya, takkan Eric nak buat macam tu, memanglah pada mulanya aku cakap yang dia takkan berubah menjadi lebih baik, tapi aku juga takkan percaya kalau Eric berubah menjadi sebaliknya
•×•
Setelah beberapa hari aku tidak berjumpa dengan Eric, tidak tahu di mana dia berada, apa dia marah dengan kata kata yang ku tanyakan padanya haritu? Tapi, aku kan cuma bertanya, adakah ini maksud nya dengan "sampai di sini saja"? Dia mula menghilang dengan buat perkara terkutuk tu?

Saat tibanya waktu cuti, aku pulang ke rumah mama dan papa, aku sedang duduk di sofa yang berada di ruang tamu, mata ku langsung tidak dapat fokus pada cermin televisyen itu, kerana memikirkan hal yang bukan urusan ku

"Dyra, kamu oke tak?"-Puan Gwen, mama duduk di sebelah ku

"Hm? Oh, Dyra oke je ma"-aku memandang wajahnya

"Dari kamu balik tadi, mama tengok kamu nampak resah je, kamu ada masalah ke?"-Puan Gwen, dia bertanya sambil mengusap usap lengan kanan ku dengan perlahan

"Hm, masalah office je"-aku  menunjukkan senyuman palsu ku kerana tidak mahu dia risau akan ku

"Betul?"-Puan Gwen, aku hanya mengangguk

"Mama sebenarnya ada benda nak bagitahu kamu"-Puan Gwen, dengan ragu ragu dia berkata

"Apa dia?"-aku memusingkan tubuh ku menghadap nya

"Mama tetap nak tanya juga, walaupun mama dah tahu jawapannya, sebab ia melibatkan soal hati kamu"-Puan Gwen, mama membuatkan ku berdebar debar menunggu soalan nya

"Ma, jangan lah buat Dyra risau, apa dia?"

"Mama ingat nak nikah kan kamu dengan anak Puan Marya, itupun kalau kamu setuju lah"-Puan Gwen, dia berkata, nikah?

"Anak Puan Marya? Dyra kenal ke?"-aku bertanya dan mama hanya mengangguk

"Siapa?"

"Eric Addison"-Puan Gwen, dia berkata sambil tidak melihat wajahku dan aku juga mengalihkan pandangan ku setelah mendengar nama itu

"Tapi kalau kamu tak setuju takpe, mama hormat keputusan kamu, nanti mama akan cakap dengan Puan Marya, ya?"-Puan Gwen, seketika mama sedar bahawa aku tidak akan menjawab, mama cuba untuk memujuk ku

Persoalan yang ditanyakan oleh mama tidak ku jawab, terkejut dengan soalan yang tiba tiba menghentak ku, tidak bisa berkata apa apa

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now