1.0

8 3 0
                                    

Setelah mama dan papa pulang, mama berkata padaku

"Dyra, kami minta maaf sebab kami pulang lambat, dan tinggal kan kamu sendiri"-Puan Gwen, aku agak hairan, mengapa perlu meminta maaf? Bukankah itu hanya perkara kecil?

"Eh takpelah mama, lagipun Dyra bukan sendiri, Lina dan Raya kan ada"-aku memperjelaskan pada mama dan papa

"Dyra, kami ada perkara yang perlu dibincangkan dengan kamu"-Tuan Gwen, aku membawa mama dan papa duduk di sofa, lalu aku hanya mengangkat kening kanan ku

"Dyra, sebenarnya esok kami kena pergi outstation dalam dua tiga hari, dan kami minta maaf sebab tak dapat nak bawa kamu sekali, kamu oke ke?"-Puan Gwen, mama bertanya padaku, wajahnya kelihatan agak risau dengan jawapan ku

"Kenapa mama tanya macam tu? Klau mama dengan papa tak boleh nak bawa Dyra sekali, takpe Dyra faham, yang penting, dekat sana nanti, mama dan papa jaga diri, oke?"-aku berkata, lalu wajahnya kelihatan lega dengan jawapan ku itu

Mereka senyum padaku, lalu mengucapkan terima kasih padaku, beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi loceng rumah ku ditekan, lalu bibik berkata padaku

"Cik Dyra, ada orang nak jumpa dengan Cik Dyra, dia kata jangan bagitahu dia siapa, dia nak Cik Dyra sendiri pergi jumpa dia"-Bibik1, dia berkata padaku, lalu aku hanya pergi berjumpa dengan orang itu

Ketika aku melihat orang itu dari jauh, haihh, dia pasti tahu, kalau bibik beritahu ku siapa dia, aku semestinya tidak ingin berjumpa dengannya

Aku pergi ke arahnya, lalu dia berkata

"Dyra, kau oke ke? Aku call kau tak angkat, mesej pun kau tak reply"-Eric, dia berkata padaku, aku hanya mengangguk kan kepalaku

"Dyra kau marah aku ke?"-Eric, dia hairan dengan jawapan ku sebentar tadi

"Kenapa awak mainkan perasaan saya?"-aku berkata padanya

"Apa maksud kau? Aku tak faham"-Eric, dia tidak faham dengan kata kata ku

"Awak memang tak faham atau buat buat tak faham?"-aku berkata lagi

"Dyra aku sumpah tak faham, apa yang kau nak cakap sebenarnya?"-Eric, dia bertanya padaku, lalu aku memberitahu nya

"Kenapa awak rahsiakan perhubungan awak dengan Hanna daripada saya?"-aku bertanya padanya, dengan suara yang agak keras

"Perhubungan apa?"-Eric, dia masih keliru dengan kata kata ku

"Haritu masa saya rehat dengan Hanna, dia cakap dia ada hubungan dengan awak"-aku memberitahu nya

"Kau tipu aku? Maknanya kau rehat dengan Hanna waktu tu?"-Eric, dia bertanya

"Tak penting pun, the problem is kenapa awak rahsiakan?"-aku mengelak dari menjawab persoalan nya

"Dyra kau percaya ke?"-Eric, aku mula diam, lalu dia berkata

"Aku tau, kau sendiri tak nak percaya, tapi kau takut, apa yang Hanna cakap tu betul, kan?"-Eric, dia berkata lagi

"Dyra, aku jujur dengan kau, aku tak ada hubungan apa apa pun dengan Hanna, dan aku tak pernah sayangkan dia, aku tak pernah anggap dia lebih daripada kawan, sebab aku ada kau, Dyra aku sayangkan kau, aku nak kau selalu ada dengan aku"-Eric, dia berkata, aku agak terkejut apabila dia berkata begitu padaku, aku malah terus memandang wajahnya, apa benar dia punya rasa yang sama dengan ku?

"Eric"

"Kalau tiba masanya, untuk ingatan kau pulih, janji dengan aku, kau takkan tinggalkan aku, kau ada untuk bersama dengan aku"-Eric, dia berkata dengan penuh harapan, aku hanya mengangguk lalu memberinya senyuman

Aku tidak akan tahu dan takkan tahu apa yang akan berlaku setelah ingatan ku pulih, kerna aku bingung dengan memori memori yang muncul di fikiranku, ianya teramat kejam bagi ku, mustahil untuk aku lalui kehidupan seperti itu, jika dibandingkan dengan kehidupan ku yang sekarang, ianya amat berbeza, apa aku nanti masih sama dengan Dyra yang sekarang?
•×•
Setelah ku masuk ke dalam bilik ku, aku langsung lompat di atas katil lembut ku itu, apa ini mimpi? Susah untuk ku percaya, akan semua yang dikatakan tadi oleh dia

Aku merasakan hati ku ini seperti adanya taman permainan, yang dipenuhi oleh si dia, haihh, aku benar benar bahagia hari ini, tiba tiba seseorang memesej ku

Eric
Dyra, esok aku nak ajak kau keluar boleh?

Wahhh! Saat aku membuka ponsel ku, ketika melihat nama nya saja, aku sudah tersenyum, haihh, pasti aku katakan boleh, Eric Eric..
•×•
Ketika aku bersarapan di meja makan, aku bersama dengan keluarga ku, mereka berkata padaku

"Dyra, kami pulang ke rumah mungkin esok atau lusa, kalau kerja kami habis awal kami pulang awal ya?"-Puan Gwen, dia berkata, aku hanya mengangguk dan tersenyum

Aku sudah memberitahu mereka bahawa aku ingin keluar bersama Eric sebentar lagi, lalu mereka mengizinkan

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now