0.6

17 3 0
                                    

"Maafkan saya sekali lagi, tapi anak tuan puan, menghidap penyakit amnesia, disebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat"-Doktor, amnesia? Apa dia hilang ingatan?

Saat itu, Tuan dan Puan Gwen terlihat amat sedih, dan aku simpati pada mereka, apa seteruk itu kesannya? Mungkin juga dia tidak akan mengingat ku
•×•
Dyra
Doktor memberitahu ku segalanya siapa mereka, jadi benar, wanita itu ialah orang tua ku, juga dengan lelaki di sebelahnya

Doktor berkata lagi bahawa aku menghidap penyakit amnesia, itu bermakna aku tidak dapat mengingat apa apa
•×•
Eric
Aku sedang duduk tak jauh dari katil Dyra, dia sedang berbual bersama Puan Gwen

"Dyra, kamu nak apa apa, mama boleh ambil, kan?"-Puan Gwen, dia duduk di  kerusi yang berada di sebelah katil Dyra

Dyra hanya menggeleng

"Puan kata, puan mama saya, saya nak tahu, nama saya siapa?"-Dyra, dia bertanya pada mama nya, Puan Gwen mengusap rambutnya lalu berkata

"Nama anak mama ni, Dyra Gwen"-Puan Gwen, suasana ini amat menyentuh hatiku

"Dyra..Gwen? Sedap nama tu, Dyra"-Dyra, dia tersenyum, saat itu wajahnya benar benar bercahaya, aku tidak pernah melihat senyumannya, kerana sebelum ini, dia terlihat amat menyedihkan

"Dyra, beberapa hari lagi, kamu akan discharge, kamu ikut kami pulang ya? Papa dan mama akan jaga kamu sehingga kamu benar benar pulih"-Puan Gwen, dia memegang tangan kanan Dyra, dan dia mengalir kan air matanya, namun, Dyra hanya tersenyum

Tapi aku agak risau tentang diriku, mengapa aku berbelah-bagi padanya? Sedangkan ini yang aku mahu, apa selepas ini, aku tidak akan mengganggunya? Haihh
•×•
Dyra
Hari ni ialah hari pertama ku ke sekolah, setelah ku kemalangan, aku berasa gembira sangat, walaupun aku tidak yakin bahawa itu orang tua ku kerana aku tidak dapat mengingat apa apa, mereka tetap menjaga ku dengan penuh kasih sayang, aku amat berterima kasih

Papa dan mama ada memberitahu ku bahawa aku berada di kelas pertama, tapi aku tidak tahu aku berada di kelas yang mana satu, kerana papan tandanya bertulis seperti

2-1
2-2
2-3

Aku mula bingung, saat aku berjalan menuju salah satu dari kelas itu, aku perasan ramai orang melihat ku dengan aneh, tapi kenapa?

Tiba tiba, seseorang menarik tangan kanan ku dengan pantas, lalu membawa ku pergi dari situ

"Dyra, kenapa kau tak masuk kelas lagi?"-?, dia bertanya, sekejap, seperti nya aku pernah melihat wajah ini, tapi di mana?

"Saya tak tahu saya kelas yang mana satu"-aku menjawab persoalan nya

"Oh, takpe ikut aku"-?, dia menarik tangan ku semula, lalu membawa ku ke kelas

Setelah kami sampai ke kelas, hanya beberapa orang saja yang baru datang, lalu dia menunjukkan tempat duduk ku, dan aku bertanya

"Nama awak siapa?"-dia berdiri di sebelah ku

"Eric Addison"-Eric, dia berkata, lalu dia duduk di tempatnya, tapi mengapa aku merasa dia agak berhati hati dengan ku?

Setelah cikgu datang ke kelas, cikgu memanggil ku untuk ke hadapan, lalu aku hanya mengikut perintahnya

"Baiklah semua, saya tahu kamu semua sudah pun mengenal Dyra, but as we know, dia ditimpa kemalangan dan dia menghidap penyakit amnesia, dia tak dapat ingat sesiapa pun, jadi saya minta tolong pada kamu semua, beri tunjuk ajar pada Dyra, boleh?"-Cikgu Tara, dia berkata pada teman sekelas ku, lalu mereka berkata 'boleh'

Aku gembira apabila mereka semua berteman dengan ku dan selalu membantu ku, orang kata, aku pelajar cemerlang, nama ku sentiasa naik setelah ujian, aku ingin jadi seperti diriku yang dahulu, aku ingin kenal siapa diri ku, Dyra Gwen
•×•
Setelah beberapa hari aku bersekolah di situ, aku merasakan prestasi ku juga tidak lah seteruk mana, tapi, aku masih tertanya tanya dengan kata kata Hanna pada hari itu

Ketika ku sedang mengulangkaji, Hanna menoleh ke arah ku, lalu dia berkata

"Dyra, aku nak pesan sesuatu dekat kau"-Hanna, dia berkata

"Apa dia?"

"Aku harap kau tak letak harapan yang tinggi untuk berteman dengan Eric, the reason is bila kau dah pulih, kau pasti akan menyesal"-Hanna, dia berkata lagi, apa yang dimaksudkan nya? Aku tak faham, aku akan menyesal? But why?

Kata kata nya itu masih lagi bermain di fikiran ku, aku benar benar tidak faham, apa yang dimaksudkan oleh nya, bagiku Eric seorang lelaki yang baik, dia banyak membantu ku, tapi kadang kadang dia cuba untuk mengelak dariku, aku tidak tahu apa sebab nya

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now