1.9

10 3 0
                                    

Puan Naura Gwen
Ping!

Secara tidak sengaja aku telah menjatuhkan gelas minuman ku, lalu gelas itu pecah, terkejut Lina dibuatnya, aku tidak tahu mengapa, tapi aku merasa gelisah, ada yang tidak kena, aku harap sangat semuanya dalam keadaan yang baik baik, janganlah terjadi apa apa
•×•
Dyra
Seseorang menarik badan ku dengan kuat, lalu aku dan dia terjatuh ke bawah, nyaris nyaris saja, kalau lah dia tidak menyelamatkan, mungkin ia akan terjadi buat kali kedua, saat itu dia bertanya

"Cik, awak tak apa apa?"-?, aku tidak memandang wajahnya, tetapi suaranya kedengaran seperti suara seorang lelaki

"Saya tak apa apa, terima kas-"-kata kata ku terhenti apabila melihat wajahnya, kenapa aku perlu bertemu dengan dia sekali lagi dalam keadaan yang seperti ini?!

Aku bangun dari jatuh ku, begitu juga dengan dia, lalu dia bertanya buat kali kedua

"Dyra, kau oke? Nak aku bawak kan ke klinik tak?"-Eric, aku tidak pandang wajahnya, cukup lah sekali saja

"Aku oke"-aku menjawab dengan biasa

"Tapi aku tengok, kau macam tak oke je, takpelah, aku boleh bawak kan kau ke klinik"-Eric, kenapa lah dia ni baik sangat? Dia tau aku tetap akan kata TIDAK padanya

"Aku cakap aku oke, aku oke lah! Kau tak payah sibuk boleh tak?!"-aku meninggi kan suara ku, lalu dia terdiam, dan aku terus pergi dari situ

Ketika aku berjalan menuju kereta ku, sepanjang itulah aku membebel tentangnya

"Aku tak faham betul lah, ramai lagi orang yang aku boleh jumpa dekat Malaysia ni, tapi kenapa mesti lelaki tu? Tak boleh ke kalau aku tak jumpa dia langsung, semak betul lah, dah lah dekat kawasan company ADD pula tu, nasib baik tak jadi apa apa"

"Tapi kan, kenapa mesti dia? Aku tak suka lah, buat orang takda mood je, ishhh"-aku terus dan terus membebel, lalu aku terdengar seorang wanita memanggil nama ku, lalu aku secara tidak sengaja tertinggi kan suara ku padanya

"Apa!"-setelah aku memandang wajah wanita itu, pantas aku meminta maaf padanya

"Nuria, maaf, saya tak bermaksud nak-"-kata kata ku belum ku habiskan, lalu dia berkata

"No it's oke, saya faham, tak sangka kita boleh jumpa dekat sini"-Nuria, saat aku pandang wajahnya, mengapa lah sikap nya terlalu bersopan santun?

"Hm tu lah"-jawabku ringkas, lalu dia hairan melihat ku

"Dyra, awak oke ke? Muka awak nampak pucat"-Nuria, dia bertanya

"Saya oke, cuma saya serabut sikit, banyak benda yang saya fikir"-aku menggaru garu kepala ku yang tidak gatal itu

"Awak tak nak share dengan saya, mana tau saya boleh tolong?"-Nuria, hatinya begitu baik, haish

"Sebenarnya saya dah mohon untuk bekerja di company ADD, jadi disebabkan rumah saya agak jauh dengan company ni, saya terpaksa cari rumah sewa yang berdekatan dengan area ni, awak tau tak dekat mana saya boleh cari rumah yang disewa?"-aku bertanya dengan penuh harapan sekali

"Ohh, awak mohon kerja dekat company ADD? Kalau macam tu senanglah, awak boleh ikut saya pergi kerja sekali"-Nuria, aku tidak faham dengan kata kata nya

"Apa maksud awak?"

"Saya pun bekerja di company ADD, so kalau awak ada benda nak tanya, awak boleh tanya dekat saya, and tentang rumah sewa tu, awak jangan risau, awak ikut je saya"-Nuria, tidak ku sangka takdir kita sememangnya panjang, aku dan kau Nuria, ini sudah kali kedua aku bertemu dengan nya, jikalau aku dapat kerja ni, aku masih bertemu dengannya
•×•
Nuria membawa ku ke sebuah rumah yang kelihatan di duduki oleh seseorang, lalu dia mengajak ku masuk ke dalam, dan membawa semua beg baju ku, ketika aku masuk ke dalam, kelihatan rumah itu amat kemas dan cantik, agak agak nya siapa pemilik rumah ini?

"Dyra, awak boleh naik atas, ada satu bilik kosong, awak masuklah, and awak boleh berehat"-Nuria, dia berkata amat selamba, adakah dia tidak perasan bahawa wajah ku amat berkerut kerut menunggu jawapan nya?

"Nuria, tapi ni rumah siapa? Saya tak nak lah main masuk je, kalau boleh saya nak jumpa dengan tuan rumah dulu, saya nak minta izin"-aku berkata dengan lemah lembut

"Dyra, awak tinggal lah selama mana pun awak nak, oke?"-Nuria, dia memberi ku senyuman

"Nuria, terima kasih banyak banyak"-lalu aku memeluknya, dan dia menerima pelukkan ku itu

"Small master lah, kita kan dah macam teman rapat, betul tak?"-Nuria, aku hanya tersenyum, kita baru saja bertemu, sudah serapat ini, seperti yang ku katakan, ini takdir yang manis buatku

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now