4.4

7 3 0
                                    

Ketika aku ingin pergi kerja, Eric berkata pada ku bahawa dia ingin mengikut ku sekali, hairan, kan? Kenapa dia tiba tiba menjadi begitu passive? Apa dia ingin melihat Dyra? Dia masih lagi mempunyai perasaan tu

Aku tahu pasti kau juga risau akan Dyra, lagi lagi bila sudah lama kau tidak ketemu nya, tapi Eric, selama 3 minggu lebih ni, dia hanya diam, tidak langsung bertanyakan tentang kau, tidak mencari di mana keberadaan kau, jikalau ada pun, hanya sekali, tidak berkali kali, dia hanya bersuka ria dengan Tuan barunya itu, apa dengan semua itu, kau tetap akan mencintainya sedalam ini?

Aku percaya Eric, sayang nya kau pada dia, tidak kurang malah lebih lagi, tapi aku takut, jika Dyra tetap tidak menghiraukan perasaan itu, ia akan memakan diri kau sendiri Eric, aku cuma risau akan kau mencintai wanita yang dulunya kau buli

Arh sudahlah, walau macam mana sekalipun, keputusan nya kau yang akan tetapkan, bukan aku, aku hanya boleh berikan sokongan pada kau sebagai seorang kawan, aku harap sangkaan ku untuk kau kembali ke sana adalah tidak salah

Setelah kami sampai ke sana, aku dan Eric terdengar suara suara yang sedang membahaskan sesuatu, lalu langkah Eric terhenti setelah melihat Dyra dan Hana sedang berkata kata, aku juga ikut langkahnya itu

Sedang aku dan Eric berhenti, kami terdengar sesuatu yang kurang menyenangkan

"Mulut aku ni sentiasa cakap benda yang betul, sebab tu Eric percaya kata kata aku"

"See? Kau ada nampak dia dekat sini, takda kan?"

Apa yang kau nak cakap sebenarnya Hana?

"Kau ni bijak tau Hana, kau boleh tahu perasaan aku dekat Eric macam mana"

"Yes aku mengaku, aku memang bencikan dia, aku tak suka dia, aku jijik dengan dia, tapi itu dulu"

Dyra, kata kata yang kau ungkapkan..

"Macam mana kalau aku cakap, sekarang ni, aku dah start sayangkan dia?"

Memberikan Eric menaruh harapan

"Anytime, aku boleh cari dia, aku boleh pujuk dia, and dia akan balik dekat aku, dia akan tetap sayangkan aku sampai bila bila"

Lebih baik kau hentikan..

"Cuma aku tak buat je, sebab aku bagi peluang dekat kau, kau pergilah cari dia, pergi pujuk dia, aku nak tengok jugak, dia datang tak dekat kau?"

Sebab dia pasti akan salah faham..

Pasti di fikiran nya sekarang, dia menganggap kau betul betul sedang meremehkan, mempermainkan dan mengecewakan perasaannya

Lalu setelah mendengar semua itu, Eric pantas sekali keluar dari office ADD, dan menyuruhku hantarnya pulang

Eric juga ada hadnya untuk dipermainkan Dyra, aku cuma takut jikalau dia kembali pada dirinya semula

Kalau lah kau tak cakap semua tu, haihh, sejujurnya, kali ini aku betul betul tak boleh tolong kau, kalau Eric sendiri dah sedar kebenaran nya
•×•
Eric
Aku masuk ke dalam bilik lalu duduk di atas katil ku, aku tidak tahu sama ada aku patut fikirkan kejadian tadi ataupun tidak, ia cukup membuat ku bingung sekarang, hentikan nya Eric

Sampai di sini saja, aku boleh bertahan..

Sedang ku mengelamun kan sesuatu, ponsel ku tiba tiba berbunyi, aku melihat nama si pemanggil

"Mummy.."

On call

Hello Eric? Kamu ke tu? Eric, kamu dekat mana sayang? Kamu oke ke? Kenapa kamu tak angkat call
mummy? Say something Eric

Sorry mum

Eric, mummy rindu sangat dengan kamu, kamu balik lah sini ya?

Mummy, bagi Eric masa eh?

-

Masa? Berapa lama lagi masa yang kamu nak? Dah hampir sebulan Eric, hanya tinggal 10 hari lagi untuk kamu buat keputusan, kalau tak, Company ADD akan jadi milik Danny buat selamanya, faham?!

*-*

Panggilan itu terhenti serta merta setelah mendengar suara daddy yang begitu marah padaku, aku masih lagi tidak faham sebenarnya, jikalau dia sememangnya ingin berikan company itu pada Danny, berikan sajalah, perlu ke buat sampai macam ni sekali? Kenapa libatkan aku?

Haihh, mendengar suara mummy yang sayu itu, hampir saja aku ingin mengeluarkan air mata ku ini, kerna hanya mummy yang akan datang padaku, ketika aku dalam keadaan yang seperti ini, aku amat kesal dengan tindakan ku yang melulu itu, tapi, aku hanya ikut kehendak daddy,
mummy pasti amat risau akan aku sekarang ni, tapi apa yang aku boleh buat? Sorry mummy..
•×•
Dyra
Ketika aku sedang menonton televisyen di ruang tamu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran ku

Sudah 2 hari berlalu sejak kejadian tu, banyak sekali persoalan yang ingin aku tanyakan padanya, tetapi pasti juga dia tidak mahu bicara dengan ku 

Aku mencuba untuk menghubungi nya, pasti saja tekaan ku itu betul, dia tidak akan mengangkat, walaupun seribu kali aku menghubungi nya, dia tetap tidak akan mengangkat panggilan ku

Tetapi itu juga tidak bermakna yang aku tidak boleh berhubung dengan nya, kan?

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now