4.5

7 3 0
                                    

Eric
Tuan, saya tahu Tuan marah dekat saya, dengan apa yang saya cakap dekat Tuan waktu tu ✓

Tapi sumpah saya cakap, saya langsung takda niat nak mainkan perasaan tuan, Saya cuma boleh berharap apa yang saya cakap hari tu, akan jadi kenyataan suatu hari nanti✓

Saya minta maaf tuan ✓
*-*
Dia marah akan aku sehinggakan dia hanya membaca mesej ku ini, tapi apa yang aku boleh buat? Selain daripada memesejnya? Aku tidak tahu keberadaannya di mana sekarang, apa khabarnya, mungkin juga aku tidak akan tahu tentang itu

Tiba-tiba, aku terdengar seseorang menekan loceng rumah ku, aku keluar lalu terlihat Elvin di luar pagar, oh iya lah, Nuria ada bagitahu yang dia ingin keluar dengan Elvin sebentar lagi, tapi sementara itu, boleh kah aku mengambil peluang ini?

Aku pergi ke arahnya, lalu berkata

"Elvin, aku merayu dekat kau, bawak aku jumpa Eric? Aku nak jelaskan semuanya dekat dia"-aku berkata dengan lembut sekali

"Dyra, aku rasa lebih baik kau lupakan niat kau tu, Eric tak perlukan penjelasan daripada kau, mungkin takkan sempat pun"-Elvin, dia berkata dengan nada suaranya yang perlahan

"Apa maksud kau?"

"Aku sebenarnya tak tahu sama ada aku patut bagitahu kau ataupun tak, tapi.."-Elvin, dia selalu macam ni, pasti teragak agak ingin memberitahuku sesuatu

"Apa yang kau nak cakap sebenarnya Elvin?"-aku pula mendesaknya

"Sebenarnya.."-Elvin, dia menceritakan padaku satu persatu dan aku juga cuba untuk memahami itu

Apa yang diberitahu oleh Elvin, tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh Danny, aku berasa hairan, jikalau ingin dibandingkan dengan kata kata Elvin, bezanya amat jauh, dan pasti aku akan lebih percayakan Elvin, kerana aku sama sekali tidak percaya akan sikap Eric yang seperti Danny katakan

Tapi jikalau apa yang dikatakan oleh Elvin itu benar, ia bermaksud Danny menipuku? Tapi kenapa? Aku percayakan Danny lebih dari Eric, setiap kali Eric berkata tentang Danny, pasti aku katakan..

"Danny telah pun berubah"

Tapi sekarang aku betul-betul tidak tahu, kenapa dia sanggup menipu ku tentang Eric?

"Maksud kau, cuma tinggal 5 hari je?"-aku berkata dengan nada yang menyesal

"Sorry Dyra aku tak bagitahu kau awal awal"-Elvin, dia tidak memarahiku, malah datangnya rasa bersalah kerana tidak memberitahu ku tentang itu dengan awalnya, sedangkan dia tahu, terang-terang aku yang bersalah, tetapi dia tidak langsung berkata kan tentang itu, mungkin dia tahu, juga faham, bahawa aku sememangnya tidak kenal siapa Danny

"Tak, takpe, bukan salah kau, aku yang salah, salah menilai orang"-mereka telah pun memberikan ku amaran pada awalnya, tapi aku yang tidak mendengar nya, sampaikan aku sendiri yang merosakkan masa depan Eric, betul sungguh apa yang dikatakan orang, bahawa hanya Eric lelaki yang ikhlas mencintaiku, dan aku sendiri tidak dapat menafikannya

"Elvin, boleh tak kau bawak aku jumpa dia sekarang? Aku betul betul nak cakap dengan dia"-setelah aku sedar dari buaian ku, aku langsung merayu pada Elvin untuk bawa ku bertemu dengan Eric

"Aku harapkan kau Dyra"-Elvin, dia berkata, lalu memberikan senyumannya
•×•
Rumah itu tampak besar, apa rumah ini ialah rumah perancangan Elvin untuk hidup dengan Nuria nanti? HIHI, itupun kalau dapat, ehek!

Aku melangkah kaki masuk ke dalam kawasan rumah itu, Elvin dan Nuria hanya ingin tunggu di luar, dan biarkan aku masuk sendiri, aku agak gemuruh ingin ketemu dengan nya, tapi aku perlu memberitahu tentang segalanya

Aku mengetuk pintu rumah beberapa kali, kemudian pintu itu terbuka dan aku tidak percaya bahawa aku sedang melihat Eric yang berdiri di hadapan ku

Pandangannya itu terlihat jelas, pandangan yang terkejut, hairan dan marah akan kedatangan ku, setelah dia melihat ku buat masa yang agak lama, aku mula berkata

"Eric, saya ada benda nak cakap dengan awak"-dia mula mengalihkan pandangannya, lalu hanya masuk ke dalam, tanpa berkata apa-apa

"Eric"-aku memegang lengannya untuk menahan nya dari pergi, tapi dia menarik tangannya setelah aku memegang nya

Dia seolah-olah ingin jauhkan dirinya

"Saya minta maaf, saya tahu apa yang saya buat tu salah, tapi Eric, percayalah, saya memang takda niat langsung nak mainkan perasaan awak, saya cuma–"-aku tidak sempat untuk menghabiskan kata kata ku itu, dia telah pun berkata kata

"Walaupun awak rasa awak tak mainkan perasaan saya, tapi awak tetap gunakan saya untuk pertahankan diri awak, kan?"-Eric, itu ialah anggapan Eric padaku

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now