5.1

2 1 0
                                    

"Setuju? Ya Eric, Dyra setuju nak bernikah dengan kamu, dia sendiri datang jumpa mummy, bagitahu mummy, yang dia ikhlas nak jadi isteri kamu"-Puan Addison, meremang bulu roma ku ini, sungguh tidak percaya, mana mungkin Dyra akan setuju tanpa sebab

"Tapi, kenapa dia tak berterus terang je dengan Eric?"-aku bertanya lagi

"Mungkin dia segan? Kita mana nak tahu"-Puan Addison, dia tersenyum lagi

Apa dia betul betul memaksudkan nya? Tapi terasa pelik, dia tiba tiba saja setuju ingin bernikah dengan ku, sedangkan sebelum ini, dia menolak ku sekeras kerasnya, dan apa yang dia katakan di airport tempoh hari, itu juga lebih menyakinkan ku bahawa cinta ku itu tidak lagi bertepuk sebelah tangan

Tapi itu tidak bermakna yang aku boleh hidup bersamanya, kerana selagi adanya rasa cinta Danny pada Dyra, selagi tu lah aku akan tetap mengundurkan diri, aku tidak mahu lagi, diperlakukan seperti anak yatim oleh daddy, hanya disebabkan aku berkata kata tentang anak kesayangan nya itu
•×•
Dyra
Hari demi hari, aku cuba untuk lupakan dia, tapi kenapa susah sangat untuk dia hilang dari ingatan ku? Sampai hatinya dia tinggalkan aku sendiri di sini, tau tak, betapa bosan nya kehidupan seharian ku tanpa nya dekat dengan ku?

Aku baru je nak sayang dia, tapi dia buat aku macam ni, aku tak boleh lupakan kau hanya dalam masa yang singkat Eric
•×•
Eric
Aku datang lagi hari ni, tapi seperti biasa, aku tetap tak berani untuk ketemu dengannya, aku tahu, dalam keadaan sekarang, hatinya pasti sedih, kalau lah aku tak suruh Elvin sampaikan dekat dia, mungkin aku takkan rasa seperti ini

Ketika aku berada di hospital, aku sememangnya ada niat untuk ketemu dengan Dyra, tapi, aku telah pun menyakiti hatinya dan pergi begitu saja, aku biarkan dia keseorangan dalam tangisan pemergian ku itu, apa yang akan dia fikir agaknya, jikalau aku ketemu dengannya sekarang?

Tak tak, aku sepatutnya biarkan dia tenang dahulu, aku tidak mahu fikiran nya terganggu dengan kedatangan ku

Tiba tiba aku terlihat seseorang baru keluar dari bilik Dyra itu, dan dia ialah


Danny


Danny


Danny


Ketika aku sedang memikirkan sesuatu, aku tidak sedar yang Danny perasaan akan kehadiran ku lalu pantas dia datang menegur ku, terkejut aku dibuatnya

"Eric? Dh lama aku tak jumpa kau, kau pergi mana? Kau sihat?"-Danny, dia berkata sambil memberikan senyuman, lalu aku hanya ingin meninggalkan nya

"Eric kejap"-Danny, tetapi dia menahan lenganku, lalu aku melepaskan tanganku dengan kasar tanpa berkata apa apa

"Aku tahu kau still marahkan aku dengan apa yang aku dah buat dekat kau, tambah lagi dengan apa yang jadi baru baru ni, tapi sumpah aku betul betul menyesal dengan apa yang aku buat Eric, aku faham kalau kau tak boleh nak maafkan aku, tapi aku minta satu je, tolong jangan seksa Dyra"-Danny, dia mula berkata kata

"Apa maksud kau?"-aku memandang wajahnya lalu bertanya

"Jangan disebabkan marahnya kau pada aku, Dyra yang kena telan semuanya, kau tak kesah pasal dia, kau jauhkan diri kau, kau nak tinggalkan dia, hanya disebabkan rasa iri hati, dengan aku?"-Danny, iri hati? Tolonglah

"Aku takda masa lah, nak iri hati dengan orang macam kau?"-aku berkata lagi

"Then? Kenapa kau layan dia macam tu? Bukan sebab kau jealous dengan aku?"-Danny, again? Aku hany diam dan dia teruskan percakapan nya itu

"Aku mengaku, aku pernah berterus terang dengan dia tentang perasaan aku, tapi dia cuma anggap aku kawan, tak pernah lebih dari tu, and aku kena hormat keputusan dia, aku tak boleh paksa dia untuk sukakan aku, sebab aku tahu, kenapa dia tolak cinta aku, dia dah pun buat keputusan Eric, dia pilih kau, bukan aku"-Danny, mengapa kata katanya itu membuatkan ku lebih yakin akan Dyra, kerana sebelum ini, aku agak risau, macam mana kalau, Dyra hanya ingin mempermainkan ku lagi?

"Betul? Kau tak main main, kan?"-aku bertanya dengan memandang wajahnya sekilas saja, dan kecil kecil suara ku itu

"Kau ingat ada pulak masa aku nak main-main?"-Danny, dia berkata dengan jelas, lalu aku hanya diam

"Kau buat apa lagi dekat sini? Pergilah pujuk dia"-Danny, aku terkejut kerana suaranya yang agak kuat itu sampai ke telinga ku

"S-sekarang?"-aku bertanya dengan tergagap gagap

"Dah tu kau nak tunggu sampai besok?"-Danny, dengan pantasnya aku pergi setelah dengarkan kata kata nya itu

Kejap, tapi kenapa aku nak kena ikut cakap dia pulak? Haihh, Eric Eric, kenapa dengan kau ni?

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now