5.9

4 2 0
                                    

Kenapa kau begitu baik dengan ku, sedangkan aku sanggup merampas impian orang yang banyak sekali membantu ku sejak kecil?

Setelah itu, aku betul betul tidak berani untuk memandang wajah mereka, apa agaknya pandangan yang akan diberikan oleh mereka padaku? Tapi, selayaknya aku, untuk menerima semua itu, aku cuma mampu mengeluarkan kata kata 'MAAF' dari mulut ku ini disebabkan rasa bersalah pada anak mereka

"Danny minta maa-"-ketika aku ingin berkata kata, Uncle telah memotong kata kata ku

"Keluar"-Tuan Addison, itu yang dia katakan, dia tidak memandang wajahku sekilas pun, setelah apa yang ku ceritakan padanya, tetapi Aunty Marya menangis setelah mendengar semua itu, maaf, maaf kan Danny Aunty

Aku bangun lalu ingin meninggalkan mereka, tetapi Uncle Addison menghalang ku dengan kata kata nya

"Kamu percaya, itu yang akan Daddy cakap lepas dengar semua tu?"-Tuan Addison, langkah ku terhenti, dan berkata sekeras kerasnya

"Sepatutnya lebih dari tu Uncle, Uncle boleh marah, benci, pukul Danny sepuas hati Uncle, sebab anak yang bernama Suria Mei, dah khianat anak Uncle sendiri"-aku berkata, aku memalingkan badan ku menghadapnya

"Kamu berharap, yang Uncle akan buat semua tu?"-Tuan Addison, dia bertanya, aku agak terkejut dengan soalan nya, pasti saja aku tidak menginginkan semua itu, tapi, aku tidak mahu sampai Uncle tahu tentang Hana

"Demi Eric, Danny sanggup"-aku berkata

"Tipulah kalau Daddy cakap, Daddy tak marah dengan apa yang kamu buat dekat Eric, Eric tu satu satu nya anak Daddy, Daddy betul betul berharap dekat dia, sanggup Danny buat macam tu, untuk kepentingan Danny sendiri?"-Tuan Addison, ahh air matanya mula mengalir

"Maa-"-pasti saja dia sudah agak yang aku akan katakan itu

"Maaf maaf maaf, itu je yang Daddy dengar dari tadi, jujur Daddy tak percaya yang kamu sanggup buat macam tu, pasti ada sebab lain, kan?"-Tuan Addison, aku diam buat seketika

"Danny, jawab, kenapa kamu diam? Betul apa yang Daddy cakap? Bukan kamu yang buat, kan?"-Tuan Addison, dia mendesak ku dengan kata katanya, maaf Uncle, Danny tak boleh

"Tak, Uncle salah, Danny mengaku Danny yang buat, and sekarang Danny menyesal, Danny minta maaf"

Uncle?
•×•
Eric
You’re such a fool, perlu ke jelaskan pada mereka dengan begitu detail? Sanggup dia memperjelaskan semuanya itu dengan sendiri?

Apabila mendengar kata katanya itu, ingin saja aku katakan bahawa aku membencinya, tidak ingin melihat wajahnya, tidak lagi ingin ketemu dengannya hingga u, tapi malangnya, aku tidak bisa berbuat demikian, aku tidak punya keberanian, dan mustahil untuk aku lupakan dia dengan begitu mudah

Daddy amat berharap yang Danny Mei bukanlah pelakunya, kerana tidak mungkin Danny anak Aunty Suria akan melakukan perkara sebegitu, tapi perlu ke dia memberikan jawapan yang sebegitu pada Daddy?

Jawapan yang tidak dijangka oleh Daddy dan mungkin kata katanya itu akan mengecewakan Daddy, kenapa dia tidak jujur dan mengatakan Hana yang memperlakukan itu?

Pasti dia tidak mahu Daddy fikir, yang dia ingin lari dari kesilapan nya dan menuduh orang lain, apa masih ada sesuatu yang Danny rahsiakan?

Aku mencuri dengar perbualan mereka dari luar pintu rumah, lalu aku masuk tanpa mengetuk pintu dan terlihat Daddy…











menamparnya…













Apa disebabkan kata kata Danny tadi, yang telah menyakiti Daddy? Kerana dia mengatakan dengan begitu tenang, seperti dia sendiri menafikan kata katanya itu, tiada belas kasihan mahupun penyesalan darinya

Tapi aku tetap hairan, tak mungkin hanya disebabkan itu Daddy menamparnya? Kerana Daddy takkan sanggup memukulnya, walaupun perkara itu sebesar gunung, janji Daddy dengan Aunty Suria itu..

"Abang janji dengan Suria, kalau Suria dah takda, abang akan jaga Mei macam anak abang sendiri? Walaupun, abang sedar yang dia dah melampaui batasnya"-Puan Mei, dia berkata sambil memandang wajah Daddy

"Suria"-Tuan Addison, daddy tidak berminat untuk mendengar janji karut yang dikatakan oleh Aunty, kerana biarlah adanya Suria bersama dengan nya hingga nafas yang terakhir

"Janji dengan Suria abang, please?"-Puan Mei, tampak wajahnya risau akan jawapan Daddy

"Boleh tak, jangan cakap macam ni?"-Tuan Addison, Daddy masih lagi ingin Aunty berhenti katakan begitu

"Abang, Suria cuma takut kalau Ilen akan tuntut semula hak penjagaan Mei lepas Suria dah takda nanti, Suria tak nak apa apa jadi dekat Mei, Suria takda sesiapa melainkan Mei, Suria cuma boleh minta tolong abang je, this time, tolong jagakan Mei sebaik mungkin untuk Suria?"-Puan Mei, dia merayu sangat pada Daddy

"Suria, abang sayangkan kamu, abang takkan benarkan dia ambik Danny, oke? Abang akan jaga Danny, akan jaga kamu, abang janji"-Tuan Addison, Daddy berkata, lalu Aunty Suria hanya tersenyum setelah mendengar kata kata abangnya itu

Aku tidak sengaja mendengar perbualan dua beradik itu, mereka membuat satu ikatan, dan tidak sangka ikatan itu tidak pernah terlerai

Sampai lah ke hari ini, ianya mula untuk melepaskan antara satu sama lain, hanya disebabkan ku, janji yang dibuat oleh Daddy dan Aunty Suria akan dimungkiri

To be continued~

Takdir Yang Tak SempurnaWhere stories live. Discover now