Bab 1

829 33 0
                                    

BEG Anello berwarna hitam disandang. Baju pengawas pss diperbetulkan di hadapan cermin. Setelah berpuas hati, Aisyah melangkah keluar daripada bilik. Jam tangan dilirik meskipun rumahnya terdapat jam dinding yang dibeli Mamanya. Pukul 6.45 pagi. Waktu standard pelajar sekolah menengah seperti Aisyah perlu bertolak ke sekolah. Dia menuju ke dapur. Mamanya sedang menggoreng nasi untuk sarapan Aisyah dan keluarganya. Aisyah memeluk pinggang Mamanya.

" Assalamualaikum Mama. Sarapan Ecah dah siap?"

Mama ketawa kecil. Anak daranya ini sudah menginjak umur 16 tahun. Sekejap saja anak-anaknya membesar. Rasa seperti semalam Fattah dan Aisyah dilahirkan. Pejam celik, Fattah sudah 22 tahun, Aisyah 16 tahun. Anak terunanya itu tidak bekerja disebabkan Abahnya, Encik Yahya tidak membenarkan anak lelakinya bekerja. Encik Yahya berpendapat Fattah akan tertekan sehingga menyebabkan darah tinggi jika dia bekerja.

Fakta apa lah suaminya itu guna?. Tak logik!. Banyak punca lain menyebabkan darah tinggi mencanak naik. Encik Yahya bukan sihat lagi. Kaki kanan kena potong sebab kencing manis. Itu kedegilannya sendiri. Tak nak jumpa doktor. Tengok apa dah jadi?. Suaminya tak percaya kakinya dah tak ada. Sekarang, asyik menyusahkan anak-anak aku saja!. Anak-anak aku berbicara, suami aku akan membalas siapa suruh potong kakinya?.

Aisyah melihat Mamanya termenung memegang sudip, dia menggoncang tubuh Mamanya.

" Mama?"

" Eh, maaf. Mama berangan tadi. Hahah. Mama nanti masukkan nasi goreng ni dalam bekal"

" Okey" Aisyah senyum nipis. Selepas Mamanya menyenduk nasi goreng ke dalam bekal makanan Aisyah, Aisyah meminta diri untuk ke sekolah. Tangan Puan Sarimah disalam, dicium penuh kasih sayang. Sekolah hanya terletak 1 km saja dari rumah Aisyah. Dulu, Encik Yahya selalu hantar Aisyah naik kereta. Semenjak Encik Yahya dah sakit, bukan saja persekolahan Aisyah terjejas. Malah, kewangan ekonomi keluarganya turut terjejas. Kadang-kadang, Encik Yahya tidak membenarkan Aisyah pergi sekolah dengan berjalan kaki. Encik Yahya berkata, dia mahu Aisyah menjaganya di rumah saja. Dia tidak mengambil peduli tentang pembelajaran Aisyah. Apa Encik Yahya suruh, itu lah mereka perlu ikut. Meskipun suruhan Encik Yahya itu hukumnya berdosa.

Encik Yahya mendengar pintu ditutup, memutarkan kerusi rodanya ke dapur.

" Ecah dah pergi sekolah?"

" Dah. Dia jalan kaki"

" Kenapa tak suruh cuti saja?. Sekolah bukan perlu sangat. Kita dah tak ada duit tau" Sebenarnya Encik Yahya memiliki simpanan Amanah Saham Bumiputera yang banyak tanpa pengetahuan Puan Sarimah, Fattah dan Aisyah. Duitnya itu dia gunakan membeli makanan melebihi keperluan. Makanan dibelinya yang terlalu banyak akhirnya membazir lalu dibuang. Bila ditanya, Encik Yahya tak ada selera katanya.

" Abang tahu Ecah tahun depan SPM?. Dia kena sekolah lah. Jangan asyik suruh dia cuti. SPM banyak ambil subjek dari tingkatan 4"

" Ala. Bukan dia pandai sangat. Budak tu dah tak ada harapan. Buat apa nak belajar bersungguh-sungguh?. Jaga aku lagi bagus!" Kerusi roda diputar. Ruang tamu dituju Encik Yahya. Ecah pergi sekolah?. Mengarut. Tak ada faedah pun budak tu pergi belajar entah apa-apa. Jaga aku yang dah tak ada kaki ni lagi berfaedah!.

Cakap dengan suami aku ni, Ya Allah!. Tak boleh menang!. Ada saja nak lawan balik!.

*********

Cikgu Uminiroh meminta para pelajarnya mencari ahli kumpulan menyempurnakan tugasan Sejarah yang akan diberinya nanti. Cikgu Uminiroh memesan setiap kumpulan hanya 10 orang saja. Tidak boleh melebihi 10 ahli kumpulan. Pelajar lelaki boleh bersama kumpulan pelajar perempuan untuk mencukupkan ahli. Aku melihat kawan-kawan kelas aku sudah sibuk mencari ahli mereka. Kumpulan pelajar lelaki sudah penuh. Lebihan ahli akan dimasukkan ke dalam kumpulan pelajar perempuan. Begitu juga lebihan ahli pelajar perempuan. Peraturannya seperti tadi. Ullya bersama Shree Sangkaree, Nabilah, Suhana, Meygresia, Farah Izuani, Syafiqah Sobri, Rosita, Alief dan Qudzir.

Kumpulan 1

Ketua kumpulan : Nurul Ullya

Ahli

1. Rosita
2. Meygresia
3. Farah Izuani
4. Ullya
5. Syafiqah Sobri
6. Suhana
7. Shree Sangkaree
8. Nabilah
9. Alief Akmal
10. Qudzir


Tinggal Aisyah aje belum ada kumpulan. Dia pergi ke kumpulan Ullya jika ada kekosongan. Ullya tersenyum sinis. Budak ni nak masuk kumpulan kita, guys!.

" Ullya, group awak ada kosong?" Aisyah dilihat atas bawah oleh Ullya. Rosita ketawa apabila Aisyah seperti merayu masuk kumpulan mereka. Dah tak ada orang nak ambil, dia cari kita juga.

" Ah tak ada tak ada!. Kau cari lah group lain!" Ullya bukan saja menengking Aisyah, malah dia menghalaunya pergi mencari kumpulan lain yang boleh menerima dirinya. Aisyah hanya ikut cakap Ullya. Dalam hati, berbakul-bakul marahkan Ullya sebab kena halau. Nasibnya sama Aisyah bertanya pada kumpulan lain.

" Dah penuh. Cuba tanya Khairunas" Daniel Durrany menyoal kawan baiknya merangkap ketua kumpulan.

Khairunas menggeleng tanda tidak terima Aisyah masuk dalam kumpulan mereka. Aisyah berpusing-pusing mencari kumpulan yang belum cukup ahlinya. Namun nasib tidak menyebelahi. Aisyah keseorangan. Cikgu Uminiroh menegur Aisyah mengapa belum ada kumpulan lagi.

" Kamu dah ada kumpulan?"

Lambat-lambat Aisyah mengangguk. Aku kedengaran kawan-kawan aku tertawakan aku. Pastinya mereka sedang mengejekku. Mereka berharap aku dimarahi Cikgu Uminiroh.

" Saya... tak jumpa kumpulan" Aku harap Cikgu faham aku tak ada sesiapa.

" Aisyah boleh buat sorang?" Cikgu Uminiroh tersenyum memandang aku. Cikgu tahu kebolehan aku menyiapkan apa-apa tugasan dengan baik. Dia yakin aku boleh buat tanpa bantuan kawan-kawan aku lain.

" Boleh... cikgu" Marker pen berwarna-warni diberikan kepada aku dari Cikgu. Cikgu meminjamnya dari kumpulan Ganapathi, pelajar lelaki berbangsa India. Ganapathi boleh dikatakan baik pada pandangan aku. Sebab dia sorang saja layan aku dalam kelas ni.







Gadis kesunyianWhere stories live. Discover now