Bab 16

273 18 0
                                    

6.00 PAGI

ISKANDAR mengucup ubun-ubun Aisyah. Dia belum lagi berwuduk, maka, mengambil peluang mencari pahala. Subuh wajib ditunaikan awal sebelum melakukan kewajipan dunia malah membuka pintu rezeki. Bangun awal pagi menyihatkan badan, minda dan meningkatkan rohani. Telapak tangan ditekap dahi Aisyah. Suhunya mula menurun. Alhamdulillah. Badan Aisyah digoyang perlahan-lahan. Mengelak isterinya mengingau, pecut masuk bilik mandi.

"Sayang.... bangun. Dah subuh. Lepas solat, sayang sambung tidur okey?"

Aisyah masih menutup mata. Iskandar menghela nafas panjang, tersenyum. Dia mengejutkan Aisyah sekali lagi.

" Aisyah..."

" Hurm?"

Lega. Aisyah dah bangun. Masih dalam keadaan lemah. Aisyah perlahan-lahan bangun dibantu Iskandar.

"Aisyah mandi dulu, ambil wuduk. Kita solat berjemaah" Kepala Aisyah diusap seperti kanak-kanak kecil.

Aisyah mengangguk. Selimut diselak, bilik mandi dituju. Opss, lupa ambil baju.

" Lupa baju?" Iskandar tersengih. Baju kurung ungu lembut dicapai Iskandar. Baju itu diberikan kepada Aisyah yang sudah berkemban dalam bilik mandi. Mukanya blushing. Adus, baju pun lupa ambil. Aisyah tersengih.

" Heheh. Lupa lah.... Is jangan masuk tau"

"Kenapa pulak? Kita suami isteri. Tak salah mandi berdua" Iskandar senyum sampai ke telinga. Aisyah geleng laju-laju. Tak nak, tak nak!. Keras ditentang, Iskandar makin gamit ingin mandi berdua dalam tu. Tangan Aisyah ditarik masuk sekali dengan Iskandar. Pagi-pagi dah riuh suara diorang. Mak Siti ditingkat bawah menggeleng mendengar suami isteri itu bergurau di pagi hari. Kalau lah aku dah bersuami.

Iskandar tak jadi masuk. Keluar balik. Isterinya asyik terjerit-jerit dia hendak membuka baju. Badan aku seksi sangat?. Haha. Mukanya merah udang terbakar!. Cute!.

Ding!

Rashidi

Aisyah... .. awak masih sukakan saya lagi kan?. Saya baru sedar saya pun dah sukakan awak

Iskandar yang membaca mesej dalam handphone Aisyah, terpanar. Aisyah masih berhubung dengan lelaki ni, malah tidak membuang nombornya dalam senarai kenalan. Aku hanya gantian semata-mata menutup kesunyian dia saja?. Iskandar mengambil tindakan membalas mesej itu menggunakan nama Aisyah.

Aisyah

Kau jangan kacau isteri aku. Dia dah tak nak dekat kau!. Aku tak tahu apa kau dah buat sampai dia macam tu!. Dia tak layak untuk kau!

Rashidi

Apa hak kau guna nombor Aisyah?. Setakat suami, aku tak takut!. Hoi, Megat Iskandar. Aisyah tu perempuan pisau cukur tau. Dia gunakan kau sebab nak duit je. Dengan aku, siap bermanja-manja 😏. Dalam hati dia, dia nak aku balik. Rugilah Megat Iskandar.

Tahu siapa aku?. Bagus lah. Popular macam aku, berjuta-juta orang kenal. Tak mustahil orang tak kenal aku. Status aku lagi tinggi dari budak sekolah!. Kau takkan menang, Rashidi!. Iskandar terpanar Rashidi menghantarnya gambar diedit. Iskandar tak tahu sebenarnya gambar itu telah diedit. Kepercayaannya diputar belit.

Rashidi

Rashidi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Gadis kesunyianWhere stories live. Discover now