AISYAH menemui crushnya di kelas 4 UM, dua selang dari kelas 4 USM. Korang mesti nak tahu kan kenapa kelas aku bernama USM, UM. Sebenarnya, ada banyak lagi tau kelas lain. Pengetua sekolah aku memberitahu kitorang , pada tahun 2016, kesemua sekolah menengah ( sekolah rendah tak tahu ditukar nama ke tak) telah menukar nama-nama kelas asal 1 KE 1 ( merujuk KE = Kemahiran) , kepada nama Universiti. Bermula nama UM sampai UTHM. UTHM kelas terakhir dalam tingkatan 1 - 5 . Semua tingkatan telah diubah namanya menjadi UM- UTHM. Ni urutan kelas mengikut gred kepandaian. Kelas terakhir tak semestinya budak-budak nya bermasalah. Diorang lagi baik dari budak-budak 4 USM. Opss. Haha. Gurau. Jangan marah aah.
🌹Urutan kelas mengikut gred kepandaian atau keputusan peperiksaan PT3 🌹
UM ( Universiti Malaya) - paling cemerlang
⬇️
UKM ( Universiti Kebangsaan Malaysia ) - kedua paling cemerlang
⬇️
USM ( Universiti Sains Malaysia ) - ketiga paling cemerlang
⬇️
UTM ( Universiti Teknologi Malaysia , khusus untuk pelajar lelaki saja) - keempat paling cemerlang.
⬇️
UTHM ( Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ) - kelas terakhir paling cemerlang.
Di sini aku ingin menyatakan. Ceh macam ketua pengawas sekolah pulak. Haha. Berbalik pada persoalan aku tadi. Setiap kelas ada subjek tertentu yang diorang perlu ambil. Banyak perbezaan kita dapat tengok kat sini diorang belajar apa dalam kelas diorang. Ni boleh jadi panduan untuk adik-adik yang bakal memasuki tingkatan 4 dan 5 tahun depan. Kecuali silibus Kementerian pelajaran Malaysia dah berubah, aku tak boleh tolong bab mata pelajaran apa korang bakal belajar nanti.
Kelas 4 dan 5 UM
*Subjek asas : BM, BI, Matematik, Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, Sejarah, Bahasa Cina, Bahasa Tamil
*Subjek tambahan yang wajib untuk UM : Luksian kejuruteraan, kimia, Biologi, Matematik Tambahan.
Kelas 4 dan 5 UKM
*Subjek asas : BM, BI, Matematik, Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, Sejarah, Bahasa Cina, Bahasa Tamil
*Subjek tambahan yang wajib untuk UKM : Perniagaan, Matematik tambahan.
Kelas 4 dan 5 USM
*Subjek asas : BM, BI, Matematik, Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, Sejarah, Bahasa Cina, Bahasa Tamil
*Subjek tambahan yang wajib untuk USM : Perniagaan, Pendidikan Seni Visual untuk ( pelajar lelaki) , Sains Rumah Tangga ( untuk pelajar perempuan)
Kelas 4 dan 5 UTM ( pelajar lelaki saja)
*Subjek asas : BM, BI, Matematik, Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, Sejarah, Bahasa Cina, Bahasa Tamil
*Subjek tambahan yang wajib untuk UTM : lukisan kejuruteraan, pendidikan seni visual
Kelas 4 dan 5 UTHM
*Subjek asas : BM, BI, Matematik, Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik, Sejarah, Bahasa Cina, Bahasa Tamil
*Subjek tambahan yang wajib untuk UTHM : pendidikan seni visual saja.
Cikgu Kim, guru Bahasa Melayu kelas 4 UM sedang mengajar. Kalau bertembung waktu dengan Cikgu Kim mengajar, jumpa crush aku, Rashidi, aku memang kena usik lah dengan cikgu tu. Kawan-kawan Rashidi pun dua kali lima jugak.
Tok ! Tok ! pintu kayu kelas 4 UM diketuk. Cikgu Kim menoleh pada susuk manusia amat dikenali : Aisyah Sofea, pelajar , pengawas pss berbaju kuning paling rajin di sekolah. Marker pen diletakkan atas meja guru, dia tersengih-sengih berjalan ke arah Aisyah. Mengetahui tujuan gadis itu datang ke 4 UM.
" Selamat sejahtera, Cikgu. Saya nak jumpa...."
" Rashidi?" Makin lebar senyuman Cikgu Kim sampai nampak gigi putihnya yang cantik itu. Siulan pelajar lelaki, dan sorakkan dari pelajar perempuan berbunyi mengusik Rashidi bertemu aku di luar pintu. Well, ni bukan first time. Berkali-kali aku datang kelas diorang. Haha. Muka dia handsome sangat. Rashidi ni sebenarnya dah ada girlfriend, nama dia Zawanah. Dah pindah Melaka masa kitorang form 3.
Ada terfikir idea licik mengisi kekosongan hati dia cewahh. Rashidi banyak kali jugaklah bagitau aku, aku dan dia cuma kawan. Aku buat-buat macam tak faham. Tetap nak jadi pengganti Zawanah. Hatinya masih menyukai Zawanah. Huhuh." Awak nak cakap apa?"
" Tahun depan saya masuk NILAM" Nadi Ilmu Amalan Membaca peringkat daerah.
Eik?. Tak cakap apa-apa?. Dia tahu kot aku suka baca buku, jadi dia tak kisah aku dapat tempat pencalonan ke Pertandingan NILAM daerah Kluang.
" Saya wakil Bahasa Melayu. Nilam kena ada wakil Bahasa Inggeris.... . Jadi.... awak boleh masuk?"
" Arisa ada?" Pengawas sekolah. Bukan Arisa Sofea. Haha. Tersebut nama penulis.
" Tapi saya selesa dengan awak" mulutku lancang tersebut nama Rashidi.
"Uwuuu sweetnya!" Mereka dah bersorak!.
Diorang sengaja jer. Diorang tahu aku terlalu mengada dengan Rashidi ( perasaan aku jer kot?)
" Okey.... bila Nilam tu?"
" Tahun depan lah"
Rashidi diam, seolah bersetuju mengikuti pertandingan Nilam.
" Oklah. Nanti saya prepare"
Aisyah menarik nafas lega. Kawan-kawan Rashidi pun bertepuk tangan. Tukang ucap tahniah pun ada. Ingat aku main-main?.
**********
AKU sengaja tak diberitahu oleh kawan-kawan aku , kelas aku ada sesi bergambar masa waktu rehat. Diorang bagitau lepas dah habis berposing sana sini.
Aku tak ada dalam gambar ni. Perasan tak ?. Tak ada pelajar pakai baju kuning!. Huhuhu....Masa rehat dah habis. Diorang masih belum masuk kelas. Mana pulak diorang pergi?. Ish. Aisyah tengok pemandangan dari koridor tingkat 4. Foyer mahkota kelihatan meriah. Aisyah mengenal pasti muka-muka ada di situ. Lagu Happy Birthday dinyanyikan suara aku kenal : Meygresia dan Nabilah. Birthday siapa?. Kenapa aku tak dijemput?
Ouh. Aku lupa. Aku tak dialu-alukan dalam kelas 4 USM. Sebab tu diorang cari aku bila diperlukan.
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
RomanceAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...