Bab 18

297 16 0
                                    

AISYAH segera mara ke pintu utama rumah. Mak Siti tertawa kecil Aisyah lama menanti suaminya balik bekerja.  Deruan enjin dimatikan menandakan Iskandar akan keluar dari kereta. Betapa dia risau Iskandar merajuk tanpa sebab.

"Assalamualaikum...."

Aisyah salam tangan Iskandar menunjukkan si isteri menunggu kepulangan suami pulang bekerja. Wajah Iskandar direnungnya. Kenapa kau tak bagitau aku, Is?. Aku isteri kau... . Jangan lah buat aku macam ni. Iskandar terpempan Aisyah secara mengejut salam tangan dia.

" Waalaikumussalam, Is. Petang baru balik. Tak balik makan tengahari. Risau Aisyah" Mak Siti mengenyit mata.  Iskandar menghela nafas perlahan. Dia merapatkan Aisyah ke sisinya kemudian dirangkul sebelah tangan.

"Maafkan Is, Mak. Is busy sikit"

"Mari lah makan. Mak dah siapkan Is makan malam. Is lapar kan?" Iskandar dianggap seperti anaknya. Jadi, Mak Siti akan memanggil Iskandar dengan panggilan 'Is' atau 'nak'. Dia sudah masak dengan perangai anak lelakinya. Setiap kali balik bekerja, dia mesti lapar.

Ikan keli asam pedas, lauk sayur bayam dicedokkan Aisyah. Tugas melayan suami diambil berat setiap perkara. Aisyah berhati-hati melayan suaminya ini. Sebab pertama, dia jauh lebih muda daripada Iskandar. Kedua, Allah hendak menguji bagaimana dalam usia sangat muda melayan suami dengan matang.

Iskandar langsung tidak melihat Aisyah duduk di depannya. Dia hanya melihat Mak Siti yang turut menjamu selera menemani Iskandar yang keseorangan jika tidak makan bersama-sama.

"Mak, esok Is nak bawa Aisyah pindah rumah baru. Is dah beli satu lot banglo lain. Dekat sikit dengan office Is. Mak tak kisahkan?" Secubit isi ikan keli disumbatkan dalam mulut. Sekilas itu, dia mengutarakan hasratnya hendak berpindah. Aisyah bingung dengan Iskandar. Rumah besar ni, rumah siapa?. Mak Siti tidak berkata ya atau sebaliknya. Dia sudah hampir 30 tahun bekerja dengan keluarga Iskandar. Rasanya dia dah boleh pencen.

" Tak apa, Is. Mak juga nak balik kampung. Alang-alang Is pindah, Mak boleh pencen. Aisyah boleh uruskan makan minum Is dekat sana"

Aku pandang Iskandar. Secara mengejut Iskandar nak pindah rumah baru. Tapi, oklah, dia isteri. Kena ikut suami.

Mak Siti mengemas pakaian, dan barang-barangnya. Sesekali dia melihat biliknya itu. Begitu banyak memori dia dan keluarga Iskandar. Tuan mudanya tu sudah dewasa. Mampu urus makan minum sendiri. Tambahan pula, Aisyah dah mengahwini Iskandar. Tak ada apa lagi dia boleh buat untuk Iskandar. Malah, kudratnya juga makin terhad. Cukuplah sampai  usianya 57tahun menjadi tukang masak Iskandar.

Tok! tok!

" Mak.... " Aisyah melangkah perlahan, memeluk Mak Siti. Syahdu. Malam terakhir sebelum Mak Siti berpencen.
Mak Siti tersenyum nipis. Manja betul anak dara ni.

" Jaga Iskandar baik-baik" Pesan Mak Siti seperti ibu-ibu  mahu tinggalkan anak di sekolah asrama penuh.

Aku mengangguk

" Mak nak pencen?. Tak sayang Isyah?" Aku mempamer muka sedih. Mak..... Ecah nak Mak terus jadi 'Mak' Ecah....... . Aku mendongak merenung wajah Mak Siti. Mak Siti membelai kepalaku.

" Mak tetap sayangkan Isyah. Kampung Mak tak jauh mana lah.  Isyah ajaklah Is pergi kampung Mak. Selalu juga Is datang kampung Mak time raya. Sejak Mama dan Papa Iskandar----" Mak Siti menepuk mulutnya. Hampir saja memberitahu status Mama Papa Iskandar pada Aisyah

" Mak?. Sejak Mama Papa???" Aisyah cuba untuk tahu di mana Ibu Bapa mertuanya. Iskandar tak pernah sebut siapa ibu bapanya.

Mak Siti buat-buat ketawa. Rahsia ni tak boleh diceritakan meskipun Aisyah sudah jadi ahli keluarga mereka.

" Isyah nak tolong Mak?. Meh. Lipat baju kurung kedah Mak" Sepasang kurung kedah kuning , kain batik coklat di atas katil yang belum dimasukkan dalam beg, Mak Siti memberikannya pada Aisyah.

" Isyah simpan lah. Buat kenangan bila Isyah dah duduk rumah baru" Mak Siti memeluk ku. Lebih erat daripada tadi. Aisyah menjadi sebak. Bau Mak Siti dibiarkan melekat ditubuhku.

***************

RASHIDI sudah menjangka Megat Iskandar akan menemuinya di sini, iaitu di Restoran Nasi Kandar.  Zawanah tidak sabar-sabar menerima 'gaji' pertamanya. Senang buat duit zaman sekarang. Boyfriend aku pandai cari duit tengah-tengah pokai. Iskandar yang tampan, bergaya itu menarik perhatian Zawanah. Matanya tidak berkedip. Sempurna segala segi. Kewangan, kedudukan, rupa. Rugi Aisyah yang memiliki Megat Iskandar. Aku jadi Aisyah, timbunan duitnya aku buat pergi shopping.

" First time jumpa aku?. Kau memang handsome. Tapi sayang. Aisyah pandang rupa kau je " 

"Kau nak cakap apa lagi?. Kau punca aku bergaduh dengan isteri aku!. Disebabkan kau, aku termakan fitnah kau!" Masa berharga Iskandar terbazir begitu saja Rashidi tidak beri info terbaru siapa sebenarnya Aisyah.
Agak meragui info dikatakannya.  Aisyah gadis sangat suci!. Iskandar mungkin saja sedang dipergunakan dua manusia di depannya. Cari duit sampingan cara haram!. Kita tengok siapa game siapa.

" Megat Iskandar....  kau dah sentuh bini kau?. Atau kau takut Aisyah mandul?. Atau mungkin juga Aisyah sudah hilang kesucian sebab bekas aku?"

"Straight to the point!. What do you want?!" Tengkingnya. Zawanah kaget Iskandar baran orangnya. Tak jadi buat calon teman lelaki nombor 2.  Boring asyik tengok muka Rashidi tak berapa handsome ni. Tukar angin bagus juga. Iskandar panas baran, erm, cari mangsa lain je. Lelaki kaya bersepah luar sana. Rashidi dah pokai. Tak ada guna simpan buat koleksi. Berapa ramai bekas teman lelakinya?. 150 orang termasuk zaman sekolah rendah.  Orang ke-150, Rashidi. Mangsa terakhir aku gunakan duit dia sampai kering.

"Kau sakiti Aisyah. Cukup mudah. Bayarannya RM 3500"

Terbeliak biji mata Iskandar. RM 3500 semata-mata cakap kosong?!. Sah kena scam!. Aku perlu jadi lebih bijak. Jelas sangat lelaki ni nakkan duit dia.

"Aku sakiti isteri aku sendiri, kau pulak buat apa?" Iskandar hendak memancing Rashidi membongkarkan rahsianya tanpa dia sedari.

"Kami..... err..... " Hilang berkata-kata. Iskandar senyum sinis. Niat lelaki ni memang nak hancurkan rumah tangga mereka. Rashidi musuh Aisyah. Ada cerita disebaliknya mengapa Rashidi sangat membenci Aisyah.

" Kitorang tunggu kau buat apa disuruh!. Kau dah buat, aku bagi maklumat baru" Gelabah hendak menipu Megat Iskandar. Orang status tinggi seperti dia, agak tipis untuk menipu.

Let's game begin, Rashidi. Do you want start the game?. Here i game you back.


*************

TERLELAP menunggu Iskandar pulang bekerja. Rutin harian seorang isteri. Dia tidak boleh merungut. Angka jam menunjukkan 11.30 malam. Aisyah terdengar pintu rumah mereka ditutup seseorang, lantas mencari empunya pembuka pintu.

"Abang....." Aisyah hulur tangan. Iskandar tidak endah terus naik tingkat atas.

" Abang tunggu lah...."

Iskandar berhenti. Dia pamer reaksi dingin. Tak boleh percaya dengan budak ni.

"Isyah dah buat makan malam. Abang lapar kan?. Ada lauk favourite abang"

Iskandar diam. Dia mahu membuli gadis itu.

"Abang kenapa diam je ni?. Isyah penat-penat  masak"

" Penat?. Teman abang mandi. Berlengas badan abang kerja kuat." pamitnya. Isteri takkan tolak arahan suami.







Gadis kesunyianWhere stories live. Discover now