Bab 9

270 20 0
                                    

KAKI Aisyah naik lenguh temankan Iskandar pusing sekitar Masjid India. Barang keperluan aku dah beli. Dia nak cari apa lagi?. Huhuhu.

" Awak.... ada nak cari barang lagi ke?" Aku memberhentikan langkah. Mengurut-ngurut kakiku yang lenguh.

Iskandar menoleh belakang. Aisyah dah kepenatan. Terbit rasa kasihan dan simpati.

" Awak okey?"

Boleh pulak dia tanya aku okey ke tak. Kaki aku dah naik lenguh. Beg-beg plastik penuh khazanah, Iskandar mengangkatnya. Berat ya?. Meh aku tolong.

" Iskandar....."

"Barang-barang ni berat. Saya angkatkan"  Dengan gagah, begitu mudah Iskandar membawa 5 beg plastik kedai berjenama di kiri dan kanan tangan di mana bebannya boleh tahan berat. Aisyah cuma disuruh jalan rapat-rapat. Masjid India banyak kes orang hilang. Keselamatan Aisyah dipantau Iskandar. Tidak mahu berlaku apa-apa terjadi pada gadis itu.

Aisyah terharu. Lelaki itu sanggup berkorban apa saja. Seolah-olah, Iskandar sedang menjaganya. Sebuah kedai aksesori wanita menarik Aisyah berhenti seketika di kedai itu. Berkilau-kilauan memancar gelang, loket dan cincin yang cantik pelbagai rekaan. Seorang lelaki Bangladesh mendekati Aisyah daripada belakang. Iskandar yang berdiri sebelah Aisyah, pantas menghalang lelaki Bangladesh itu mengapa-apakan Aisyah. Aisyah tak sedar lelaki Bangladesh itu mahu menyentuh punggung dia.

"Are you asking a death? . Don't you dare touch her" Iskandar memberi amaran, memegang tangan lelaki Bangladesh itu. Lelaki asing tersebut bergelut melepaskan cengkaman. Aisyah terdengar seseorang bergelut dalam bahasa tidak difahami. Terkejut melihat situasi itu apabila menoleh ke arah Iskandar bersama seorang lelaki asing.

" Iskandar!"

Lelaki Bangladesh meronta kuat cengkaman Iskandar. Dia melarikan diri begitu kencang mengyebabkan  Aisyah tertolak  tak sengaja. Aisyah terjatuh. Tapak kaki kanan membengkak. Aisyah terduduk kesakitan. Iskandar begitu membimbangkan Aisyah, lantas pergi ke arahnya. Lelaki Bangladesh tadi sudah lenyap dari pandangan Iskandar. Iskandar berdecit. Cederakan orang, dia lari!. Aku jumpa kau, aku sumbat kau dalam lokap!.

" Aisyah...?" Iskandar mempamer riak kerisauan Aisyah menahan kesakitan. Aisyah menggeleng sambil tersenyum. Begitu risau Iskandar akan dirinya. Dia merona merah lelaki itu menyandarkan tubuh dia pada dada bidangnya.

" Saya okey je lah, Iskandar. Tak sakit pun hehe"

Iskandar mendukung Aisyah. Pantas membawanya ke klinik berdekatan.
Aisyah terjerit. Secara tiba-tiba lelaki itu mendukungnya. Debaran hati Aisyah berkencang hebat. Lelaki itu begitu mengambil berat terhadap dirinya.

*************

PUAN SARIMAH teringat kenangan dengan Aisyah. Mereka berdua dulu selalu pergi membeli barang bersama di Kluang Parade. Anak perempuan dia suka menolong angkat barang walaupun Puan Sarimah tahu barang-barang dibeli mereka, berat dan mungkin membuatkan tangan anak perempuannya pedih.

Ecah... Mama rindukan Ecah...

Puan Sarimah berjalan sekitar kedai  100 Style, menjual aksesori wanita, dan jam tangan. Aisyah selalu memintanya membelikan jam tangan casio. Namun, dia selalu bagi alasan kat Aisyah, duit belanja mereka berbaki RM 5.89 sebenarnya, Puan Sarimah hanya mereka cerita. Tidak mahu Aisyah dapat jam tangan idamannya. Sedangkan Puan Sarimah masih memakai jam lama bertahun-tahun dibeli di Johor. Warna jam Puan Sarimah turut sudah pudar.


Jam idaman AisyahCasio digital  Watch Rose Gold

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jam idaman Aisyah
Casio digital  Watch Rose Gold

Imbas kembali...

3 bulan lalu

Aisyah teringin membeli jam digital casio Rose Gold di kedai 100 Style. Memandangkan duit simpanannya berbaki RM 10.90, hasratnya terpaksa dilupakan. Dia suka mengumpul jam, novel, dan DVD Anime malah DVD Boboiboy The Movie 2 . Puan Sarimah mendengus menunggu anak perempuannya itu masih tak lepas melihat pameran jam tangan di rak kaca kedai.

" Ecah dah ke belum?. Nanti dah waktu puncak Grab" Puan Sarimah dan Aisyah menaiki kereta Grab membeli keperluan keluarga. Satu-satunya pengangkutan mereka ada sekarang kerana Aisyah dan Fattah tiada lesen kereta. Kebiasaan ketika naik Grab, masuk je pukul 12. 00 tengah hari, harga Grab akan menjadi sedikit mahal berbanding harga pukul 8.00 pagi - 11.00 pagi. Harga waktu puncak berharga RM 12.00 - RM 14 mengikut jumlah pemandu Grab pada waktu puncak. Harga waktu bukan puncak pula, RM 6.00 - 8.00 mengikut kapasiti kereta dan jarak destinasi.

" Ma... boleh Ecah beli?" Sinaran mata comel!. Blink!.

" Jam kan dah banyak?. Jimat-jimat lah. Abah dah pencen" Meskipun kata-kata Puan Sarimah ada betulnya, Aisyah berasa sedih. Mamanya langsung tidak memahami dirinya yang begitu meminati pengumpulan jam dan novel cinta genre dewasa.

Gadis kesunyianWhere stories live. Discover now