TOK! tok !
C.E.O MEGAT ISKANDAR SHAHRIZAN
Daun pintu dikuak. Iskandar terlihat merenung tingkap di belakang tempat duduk. Apa je lah kawan aku ni fikir?. Nampak busy je. Firdaus meletakkan sekotak donut Dunkin di atas meja. Favourite Iskandar, black forest dan double chocolate. Favourite aku jugak. Haha.
" Is?. Kau fikir apa?. Share lah dengan aku. Macam lah tak biasa" Selain donut black forest, dan double chocolate, aku ada beli strawberry frost dan boston cream. Jenama Dunkin memang sedap!. Tak cukup beli satu, aku beli banyak tapi tak tamak. Faham tak maksud aku?. Beli secukupnya. Haa... itu lah maksud aku. Tak habis, boleh simpan makan untuk esok. Atau bagi Mak Siti. Tak pun Aisyah. Dia mesti suka makan donut-donut ni. Kerusi diduduki Iskandar dipusing semula ke depan. Silau pulak tengok tingkap lama-lama.
" Daus.... kau ada cakap dengan Mak Siti suruh aku kahwin dengan Aisyah ke?"
Firdaus tersentak. Cepat betul Mak Siti cakap!. Tu cadangan je kot, Mak Siti. Cemas dengan soalan Iskandar. Firdaus sengaja menukar topik memberinya rasa donut baru dibelinya ini. Iskandar menepis. Firdaus tidak mengjawab soalannya. Tidak suka dengan sikap Firdaus merancang sesuatu dengan Mak Siti tentang hal dirinya tanpa berbincang terlebih dahulu. Firdaus begitu takut dengan sikap baran Iskandar tak dijangka. Walaupun aku dan dia berkawan hampir 20 tahun, aku kadang-kadang takut juga Iskandar meletup bila-bila masa.
Meja dihentak kuat. Hilangnya kesabaran Firdaus lambat menjawab soalannya.
" FIRDAUS ZAKARIA!"
Firdaus terkejut. Berdiri tabik hormat umpama ada komander memberi arahan. Ya, Tuan!. Saya bersedia menerima arahan!. Eh, eh. Aku dah terjangkit Mak Siti pulak. Heheh.
" Ya, saya!"
Nafas dikeluh perlahan. Sabar je lah dengan kawan kesayangan aku ni!. Iskandar memicit dahi. Tanya elok-elok. Tak tahu nak jawab. Adui.
" Daus, kau biar betul nak aku kahwin dengan Aisyah?. Dia baru 16 tahun. Tak terfikir dia nak SPM macam mana lepas kahwin dengan aku?" Runsing. Berkahwin bukan perkara mudah. Persediaan mental , fizikal dan kewangan faktor masyarakat Malaysia sebelum melangkah alam perkahwinan.
" Is, kau dengan Aisyah tinggal sebumbung. Korang duduk berdua. Nanti jiran kau cakap apa?. Elakkan zina, Is. Zaman 2020 ni. Macam-macam fitnah" Aku mengunyah sebiji donut Black Forest lagi. Lapar. Iskandar tak nak, rezeki aku lah. Haha. Iskandar terfikir sejenak. Ada kebenarannya di situ ( bukan Papa Zola a.k.a Kapten Kebenaran . Lol ) Aisyah gadis dara, dia pula bujang teruna. Mereka tinggal bertiga.
**********
MAK SITI mengurut tapak kaki Aisyah yang membengkak. Mujur Iskandar bawa Aisyah pergi klinik cepat. Tak lah teruk sangat kaki dia. Aisyah mengaduh Mak Siti tersentuh tempat bengkak sebesar telur ayam.
" Aduh!" Terhinjut bahu Aisyah. Eeii... mahu seminggu kaki aku baru baik. Tak sekolah lah lusa nanti.
" Maaf. Mak tak sengaja" Minyak Gamat disapu lembut-lembut. Panas beraroma menyelesakan kaki Aisyah. Kesakitan kian berkurangan. Bengkak tidak semerah awal-awal seperti di klinik. Iskandar je terlebih risau sangat. Aisyah terharu Iskandar begitu.... nak cakap sayang ke?. Nanti perasan pulak.
" Isyah, Mak nak cakap sikit. Isyah dengan Is kan duduk sebumbung. Jiran-jiran Mak tu mulut diorang boleh tahan" Mak Siti meneruskan urutan. Aisyah mengambil masa menghadam maksud tersirat kata-kata Mak Siti. Bantal tidur dijadikan penyandar di kepala katil. Mengelakkan belakang badan Aisyah sakit. Kasih sayang Mak Siti membuai perasaan Aisyah. Terasa rindu dengan Mama. Macam mana dengan Mama sekarang?. Rindukah dia seperti dirinya?. Adakah Mama sudah membenci ku?.
"Mak nak Isyah kahwin dengan Is " Kata Mak Siti tanpa berselindung rahsia daripada Aisyah. Aisyah diam seribu bahasa.
*************
SEMINGGU kemudian
"AL-FATIHAH" Tok kadi membaca doa sejurus usai pernikahan aku dan Iskandar di pejabat Agama Kuala Lumpur. Ringkas berpakaian baju kurung kepunyaan Mak Siti , manakala Iskandar memakai baju Melayu biru gelap bercekak musang bersamping bunga tabur. Firdaus saksi pernikahan kami. Sungguhpun aku dan Iskandar sudah bergelar suami isteri, aku harus perlu memberitahu Mama, Abah dan Abang Fattah. Tok Kadi Haji Mukmin meminta kami berdua agar bernikah sekali lagi di depan keluarga aku. Abah tidak tahu berita pernikahan aku. Abah wali aku.
" Kamu kena bernikah sekali lagi berwalikan Bapa Aisyah" Pesan Tok kadi Haji Mukmin. Iskandar hanya mengangguk.
Kami berjalan keluar dari pejabat agama. Termeterai lah ikatan aku dengan Iskandar. Demi mengelakkan fitnah, Iskandar meminta aku menjadi isterinya. Dia juga mengambil nasihat dari Ustaz. Bagi aku, sungguhpun aku masih muda, aku boleh belajar menjadi isteri yang taat kepada suami walaupun realitinya sukar.
Aisyah membuka dan menutup pintu Range Rover diikuti Iskandar. Mak Siti pula dihantar Firdaus menaiki Honda Harrier. Mereka berdua mahu memberi peluang kepada aku cuba memenangi hati Iskandar. Aku beranggapan, Iskandar mungkin rasa terkejut seperti aku.
" Iskandar.... bulan depan, kita pergi rumah saya dekat Kluang?" Cadang Aisyah. Iskandar tunjuk reaksi dingin. Dia tak selesa dengan aku lagi kot?.
" Ok " balasnya pendek. Range rover perlahan-lahan meninggalkan perkarangan pejabat agama. Kami melayan perasaan masing-masing sampai rumah.
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
RomanceAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...