KELAS 4 USM sedikit berbeza. Tak kurang, tak lebih. Perasaan anak-anak murid je kot?. Sesi pembelajaran tetap macam biasa. Cikgu-cikgu silih berganti mata pelajaran. Cuma.... ada satu tempat duduk kosong. Bukan diorang ingat siapa tak hadir pada hari ni. Buku log kehadiran ditanda 'hadir' nama-nama pelajar 4 USM. Meygresia sebagai ketua kelas, takkan buat kesilapan menanda kehadiran kawan-kawannya. Tanggungjawab ketua kelas perlu melaksanakan dengan cekap tanpa kesilapan.
" Sunyi pulak" Soal Seri Nur Aisyah pada Intan dan Amira. Sunyi?. Biasalah. Hari Selasa memang sunyi sikit. PJ ( pendidikan Jasmani ) cikgu tak datang, diganti Cikgu Anita Awang, mesti lah mood blur.
"Tahu pun sunyi. Dah buat kerja Math tu". Amira mengarahkan Seri fokus pada tugasan diberi Cikgu Anita.
Mati lah nak!. Kecuali pelajar cina dan Suhana, pelajar-pelajar Melayu lain ada sikit masalah ya dekat sini. Suhana mahir subjek Matematik. Dia okey je. Cikgu Anita Awang meminta murid-muridnya bersedia menulis jawapan mereka di papan hitam."Okey masa dah tamat. Angkat tangan anda ke atas" Cikgu Anita tersengih.Wah, macam polis.
Takutnya. Pelajar-pelajar akur arahan cikgu. Pen berwarna 3 batang dikeluarkan dari beg tangan. Tradisi pembelajaran tingkatan 4 dan 5, para cikgu akan menguji kemahiran menjawab soalan pelajarnya. Siapa belum faham, buat-buat faham atau tak faham langsung masa sesi penerangan dan pembelajaran, hurm, kena soal. So, belajar rajin-rajin okey?.
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
RomanceAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...