SEBULAN kemudian
Rumah beralamat 43 Jalan Muhibbah Taman Emas, Kluang seperti lama tidak berpenghuni. Berkerut dahi Iskandar, Aisyah menggelabah mencari keluarganya. Mama... Abah Along... Ecah dah balik... . Air mata Aisyah mencurah. Pagar automatik bercorak emas diketuk Aisyah. Kereta Saga FLX berrwarna biru tua juga tiada diparkir. Sayur-sayuran ditanam Mama juga layu kekuningan. Pintu rumah dimangga.
" Mama! Abah!"
Sunyi sepi. Tiada nyahutan. Aku cuba menghubungi Mama.
Mama
Tutt... tutt.... tutt... titt!
Nombor anda hubungi tiada dalam perkhidmatan
Pelik. Mama dah tak guna nombor ni?. Aku menghubungi Abang Fattah dan Abah pula. Harap ada respon!.
Abah
Tutt... tutt.... tutt.... titt!
Nombor anda hubungi tiada dalam perkhidmatan
Along
Tutt.... tutt... tutt... titt!
Nombor anda hubungi tiada dalam perkhidmatan
Mama... Abah... Along... mana semua orang pergi?. Alat kawalan jauh pagar automatik ditekan. Aisyah masih menyimpan alat kawalan jauh simpanan jika ada kecemasan. Abah memberi kami remote ni kalau kitorang keluar pergi mana-mana. Sebulan aku tak balik, tak tahu apa jadi.
" Isyah ada kunci rumah?"
" Ada.... "
Cuba je. Bismillah dibaca sebelum aku membuka mangga pintu. Ambil berkat. Iskandar berdiri di belakang Aisyah. Pulas-pulas. Tak dapat dibuka. Mama dah tukar agaknya. Sampai hati mereka buat aku macam ni.
" Isyah?. Dapat buka mangga tak?"
Aku menggeleng. Hampa. Mangga ditukar sewaktu aku tiada di sisi mereka. Jiran sebelah rumah aku, Aunty Meng , 56 tahun menyapa ramah aku dan Iskandar . Aunty Meng je memahami situasi aku tak berapa dilayan sangat keluarga aku, lepas Abah menjalani pembedahan.
" Helo Ecah. Kamu apa khabar?. Sudah lama tak jumpa" Aunty Meng mencium kedua pipi aku. Iskandar sekadar melempar senyum menghormati Aunty Meng.
" Aunty Meng, Aunty tahu family Ecah pergi mana?"
Wajah Aunty Meng bertukar pilu. Aku pandang Iskandar. Iskandar diam membisu. Memberi isyarat supaya aku tunggu saja apa mahu dikatakan Aunty Meng.
"Family Ecah dah meninggal dunia bulan lepas. Mereka accident dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail. Ayah Ecah ada dekat temu janji rawatan di sana"
Bagai kalbu ditusuk, Aisyah tersungkur ke belakang. Iskandar menyambut Aisyah daripada jatuh.
"Tak... tak mungkin....." Along.... Mama... Abah..... aku menutup mataku. Menangisi kehilangan keluargaku.
" Aisyah? Aisyah!!!"
Aisyah jatuh pengsan kerana tidak dapat menerima hakikat.
***********
RASHIDI mencari nama Aisyah di laman Instagram. Setelah mendapat cari namanya di Instagram, skrin dileret anak panah laptop. Gambar Aisyah dan Iskandar terpapar banyak malah menunjukkan mereka bahagia. Bergambar di tasik Titiwangsa, makan di Starbucks KLCC, menikmati makan malam di Sky View Restaurant berharga RM 250 seorang. Ternyata lelaki dikahwini Aisyah bukan calang-calang. Terlintas rancangan jahat meminta Aisyah memberinya RM 4000 menampung kehidupannya dan Zawanah. Tumpang sekaki!.
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
RomanceAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...