RASHIDI
Hai, Wanah. Awak macam mana dekat sana?
Zawanah
Hai ☺️. Okey jer. Saya dengar Aisyah datang kelas awak. Dia nak apa?. Dia tak kacau awak?
Rashidi
Tak lah. Dia just bagitau saya , tahun depan dia dengan saya kena wakil sekolah pergi pertandingan nilam
Zawanah
Hahaha 😂 . Nilam?. Serius?. Cakap jer lah awak tak nak. Tak payah jaga hati dia sangat. Awak tetap sukakan saya kan?. Awak masih setia pada saya?. Ya lah sebab dekat Kluang sana, Aisyah selalu kacau awak
Rashidi
Pasal Aisyah tu, kita ketepikan dulu ye?. Saya chat dengan awak sebab saya rindukan awak 😏
Zawanah
Nah . Merepek je awak ni 😂. So, awak masih setia pada saya kan?
Rashidi
Of course. Hati saya milik awak. Biar kan lah si Aisyah tu.
Zawanah
Tapi kan, Aisyah tu rajin tau. Hari-hari dia bertugas kat Library. Ameera Syasya citer kat saya. Awak tak suka perempuan yang rajin macam dia?. Dia struggle ambik hati awak
Rashidi
Wanah......
Zawanah
Opss. Sorry
Rashidi mematikan handphone setelah abangnya, Rashid memanggilnya turun makan malam. Aisyah.... dia berbanding Zawanah, aku lagi suka Zawanah.
Ganapathi
Shidi. You macam mana nak handle Aisyah Sofea?. Dia macam suka kan you lah
Rashidi
Sibuk 🤪. Aku tahu lah nak handle. Aku dengan dia cuma kawan. Tak lebih daripada tu
Ganapathi
Saya selalu nampak you pergi Library sama Ashwin, Aaron Raj, Kashwin. You buat apa dekat sana kecuali you ambil berat pada Aisyah?
Panjangnya dia taip................. . Rashidi menggaru dahi Ganapathi taip macam tulis karangan Bahasa Melayu+ Sejarah kertas 3 .
Rashidi
You patut jadi cikgu
Ganapathi
Apa pasal?. Jangan tukar topik okay 🤪
Lagi sikit termakan umpan Rashidi. Aiyoo.
*********
Keesokan hari.....
Mendung pagi hari. Mood aku tak berapa okey. So, jangan kacau aku. Abah pagi-pagi dah buat hal. Suruh cuti, cuti dan cuti.......... . Tahun depan SPM. Orang lain dapat cuti tanpa merengek, meraung kat mak ayah, mestilah gembira. Tapi aku, aku tak suka cuti. Aku nak sekolah. Timba ilmu, belajar berdikari. Kan bagus?.
Kelas 4 USM kecoh macam pasar. Isu aku mengurat Rashidi tersebar lagi ke?. Aku dah cakap kat diorang, aku tak ada apa-apa dengan dia! ( padahal ada. Haha)
Farah terus menyoal aku. Aisyah duduk di meja barisan belakang, bersebelahan Suhana dan Amira Hishamudin. Farah tersengih-sengih melihat aku. Shafiqah Sobri, Shafiy Husna turut menunggu aku membuka mulut menceritakan hal yang terjadi padaku.. Atau minggu lepas?. Aku ada buat apa ya?.
" Kau suka Ganapathi?" Lebar senyuman Farah Izuani. Aku?. Suka Ganapathi?. Aisyah memikir sejenak.
" Awak... dengar dari mana?"
"Kitorang tengok kau rapat dengan Ganapathi. Budak lelaki lain kau tak nak layan pulak" Shafiy Husna melihat muka terkejut aku. Aku kebingungan. Bila pulak aku suka Ganapathi?.
" Kau tak payah berpura-pura lah" Farah semakin rancak mengusik aku. Pelajar-pelajar lelaki menulis namaku dan nama Ganapathi, melukis bentuk 'love' ditengah-tengah nama kami berdua di papan hitam.
Aisyah Sofea ♡ Ganapathi
Apa?!!!!. Lantas aku memadam namaku dipapan hitam. Mereka mentertawakan aku aku gelabah memadam namaku cepat-cepat. Mereka sangka aku memadam nama aku dan Ganapathi kerana memang betul aku sukakan Ganapathi. Padahal, aku malu!. Noh memberitahu aku 'benda' ni cuma suka-suka, gurauan. Bagi korang, ni gurauan. Tapi bagi aku, ia satu perkara yang sangat memalukan.
" Uwwuu. Alamak!. Dia malu kita tulis nama boyfriend dia!" Noh melihat Ganapathi yang duduk dalam kumpulan kawan-kawan sebangsanya sambil tersengih.
" Dah lah korang!" Marah Aisyah. Kemarahan aku mereka dibuat main. Aku marah sekali mana pun, mereka takkan takut. Dalam kelas, aku pelajar yang berhati lembut. Tak pernah memarahi kawan-kawanku yang lain. Kawan-kawan aku mengambil kesempatan dengan kebaikan hati aku ni. Aku dipijak-pijak. Mereka ada kelompok kumpulan yang besar. Aku?. Personaliti aku dan diorang bagai langit dan bumi. Kawan-kawan perempuanku bergaya, mengikuti drama Korea terbaru di televisyen, berborak tentang fesyen terkini. Aku pula, kebanyakkan aku berbual dengan diorang hanya berkaitan peperiksaan, belajar dan aktiviti sekolah. Malah, mereka menganggap aku anti-sosial.
Cikgu Nazira, guru Bahasa Melayuku melangkah masuk ke kelas cantik berpakaian baju kurung berwarna hijau emerald berbunga kecil kuning. Sebelah tangannya terdapat seperti himpunan kertas putih di dalam beg tote dijinjing. Muka Cikgu Nazira berseri-seri. Seri Nur Aisyah, Intan Syafiqah dan Alief Akmal yang duduk satu kumpulan, berhadapan meja guru tidak sabar menanti perkhabaran Cikgu Nazira. Ada bau-bau ada program di luar sekolah.
Meygresia, ketua kelas 4 USM mengucap selamat sejahtera sambil berdiri. Kami turut bangun dari kerusi mengulangi ucapannya.
" Selamat sejahtera, Cikgu Nazira!"
" Selamat sejahtera, Cikgu Nazira!"
Cikgu Nazira seperti biasa. Menyapa kami dengan senyuman, sebelum memulakan pembelajaran pada hari Rabu yang penuh aktiviti kokurikulum petang nanti.
" Baiklah selamat sejahtera. Awak semua boleh duduk"
Seri Nur Aisyah menyoal Cikgu Nazira penuh semangat.
" Cikgu, tu borang aktiviti sekolah ke?"
Cikgu Nazira ketawa kecil. Tahu-tahu aje budak sorang ni.
" Ha'ah. Lusa korang wajib pergi pameran pendidikan dekat KL "
" Wahh!!!!" Sorak pelajar 4 USM. Aisyah kurang berminat pameran pendidikan anjuran kementerian pendidikan Malaysia. Dia hanya berminat mendengar maklumat disampaikan Cikgu Nazira.
" Hari Sabtu wajib datang. Pengetua sekolah nak tengok siapa tak datang. Yang tak datang, tak join pameran ni, dia kena panggil"
Pelajar berbisik. Aku terdengar namaku dipetik Seri Nur Aisyah.
" Aisyah Sofea tak nak pergi lah tu. Selalu bagi alasan "tak ada kereta". Dekat rumah dia tidur" Intan ketawa Seri Nur Aisyah berkata sebegitu terhadap aku. Kepalaku aku berasap Seri Aisyah petik nama aku jadi bahan gosip!.
Borang kebenaran ibu bapa diagihkan melalui Meygresia.
" Esok hantar borang ni pada saya. Awak semua boleh bawa handphone. Tapi risiko hilang atau kena curi tanggung sendiri"
" Baik cikgu....."
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
عاطفيةAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...