Nur Siti Sarah binti Ismail
23 Mei 1991 - 22 Mei 2018
BATU nisan bertumbuh lumut dipandang sepi mata hazel Iskandar. Dada terasa sebak tiap kali dia menziarahi kubur arwah tunangnya. Cinta dipateri setelah 3 tahun dijalin bersama, Sarah akhirnya tewas melawan penyakit kanser otaknya. Iskandar menyesal dengan perbuatan Sarah dahulu, tidak memberitahunya sebelum berangkat ke London. Kalau dia tahu masa tu Sarah akan meninggalkannya, dia takkan naik kapal terbang tu. Dia akan terus berada di sisi Sarah buat kali terakhir. Surah Yasin peneman buat Sarah di alam sana. Suara tersekat-sekat menahan sedih disaat membaca surah Yasin menandakan Iskandar masih terasa kehilangan orang paling dicintainya.
I miss you, Sarah....
Pak cik Alaudin, penjaga tanah kubur tersenyum kecil Iskandar rajin menziarah kubur arwah tunangnya. Pemuda-pemuda lain jarang ziarah kubur ahli keluarga mereka. Sikap Iskandar terpuji dijadikan contoh masyarakat. Sibuk sekali mana pun, selitkan hal-hal akhirat dalam detik waktu. Pak cik Alaudin mengyangkung. Wajah pemuda ini masih basah baru lepas menghembur tangisan. Sayang sungguh jejaka ini pada arwah Sarah.
"Lupakan kesedihan tu, Iskandar. Pak cik selalu tengok-tengok kan Sarah di sini" Rumput menumbuh atas tanah dicabut. Suburnya tanah ini. Begitu besar kuasa Allah Maha Esa. Tidak sesekali membiarkan kubur gadis berhati suci ni mengering dan merekah.
" Apa salah saya, Pak cik?. Saya cintakan Sarah. Dia cinta pertama saya.... kenapa dia tinggalkan saya Pak cik???" Tangan meraup muka kemerahan terik matahari. Beribu kali disoal, jawapannya tiada. Allah sayangkan Sarah. Dia insan berhati mulia. Allah ambil orang-orang beriman, suci lebih awal sebab Allah tidak mahu orang-orang beriman itu dihasut Syaitan sehingga mengubah hati suci mereka. Pak cik Alaudin mengusap bahu Iskandar.
"Sudah lah, nak. Is kuat kan?. Cari lah kebahagiaan Is. Pulih kan hati Is. Pak cik sedia dengar apa saja masalah kamu" Tinggalkan kedukaan itu. Kesengsaraan takkan kekal selagi kuat mencari kebahagiaan baru.
Sapu tangan dikeluarkan dari kocek seluar. Iskandar mengesat sisa tangisan.
Menangis kah dia?
Kesiannya.... pasti Iskandar sudah lama memendam kedukaan itu.
*************
STESEN Bas Kluang
Rashidi tidak sabar menanti kepulangan kekasih hatinya daripada Melaka, Zawanah Mohd. Jam digital Rolex kuning dan merah dilirik. Berdebar. Wajah Zawanah terbayang sedang tersenyum manis untuk si dia yang menunggunya ini.
Haih.... Zawanah sayang. Dua tahun tak jumpa, chatting online hari-hari, tetap tak boleh menahan kerinduan buat kamu. Rashidi bersandar di tiang bas dinaiki Zawanah tak tiba semenjak 10 pagi. Bas dari Melaka sepatutnya 11 pagi dah sampai sini. Tak sampai-sampai pun.
Ding! Mesej masuk
Zawanah
Hai sayang, Assalamualaikum 💕. Saya dah sampai kawasan bandar. Awak masih tunggu saya kat stesen bas kan?
Rashidi gelojoh membalas pesanan ringkas Zawanah. Jari-jemari pantas menaip papan kekunci handphone OPPO Reno milik bapanya. Belum ready nak beli handphone sendiri. Masih belajar lagi. Tak perlu sangat. Nak chat dengan Zawanah, pinjam je lah dengan ayah. Haha.
Rashidi
Waalaikumussalam 💕. Saya masih tunggu awak kat stesen. Awak panggil saya apa tadi? Sayang ? 😳
Zawanah
Yahh.... kita kan couple?. Wajib panggil pasangan kita macam tu 😄❤️❤️❤️❤️
Rashidi
So sweet ❤️❤️❤️❤️
Baru saja jari hendak melecet, bas ekspres FIVE STAR membelok memasuki tempat penurunan penumpang. Yeah!. Girlfriend aku dah balik!
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
RomanceAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...