MAMA menilik borang kelulusan ibu bapa diberikan Aisyah. Matanya ralit membaca isi maklumat dan risiko perlu ditanggung ibu bapa. Aisyah berdebar menunggu jawapan Mamanya. Air teh o panas dibiarkan menyejuk. Aku menyisip air teh o bila Mama dah membenarkan aku pergi Kuala Lumpur.
" Sehari je kan?" Mama menyoalku.
Aku mengangguk kepala. Mama membacanya sekali lagi. Mungkin terlepas maklumat penting.
" Kalau Abah tahu Ecah kena pergi KL, semua mesti kena ikut. Lepas tu dah sampai sana pura-pura lupa" Aisyah menoleh arah lain. Merajuk jika Abahnya tidak membenarkannya pergi Kuala Lumpur seorang diri. Nak pergi sorang, syaratnya satu keluarga perlu angkut sekali. Aku bukan tak nak bawa keluarga aku. Bagilah aku cuba berdikari. Umur aku dah 16 tahun. Abah mesti ingat aku masih berumur 3 tahun yang memerlukan jagaan penuh. Kalau sampai ke dewasa anggap aku umur 3 tahun, aku tak kahwin lah jawabnya..... . Dah sampai masa aku kena berdikari.
" Tak pergi nanti Pengetua panggil" Ujar aku nada sayu. Mama menanda tangan borang tersebut tanpa pengetahuan Abah dan Abang Fattah. Sejujurnya, aku tak minat sangat pameran pendidikan ni. Disebabkan nanti kena panggil Pengetua kalau tak pergi, aku sorang kena denda. Kawan-kawan lain terlepas dari dihukum. Bunyi macam tak adil kan?.
Hati Puan Sarimah tidak sedap. Berbelah bagi sama ada boleh atau tidak melepaskan anak perempuannya pergi Kuala Lumpur tanpa pengawasan mereka sekeluarga. Ya Allah, lindungi anak perempuan Hamba.......
*********
Aisyah berjalan-jalan sekitar booth pameran Universiti terkenal di dewan PWTC. Dia tak ada kawan menemaninya. Aisyah keseorangan. Pelajar 4 USM berjalan bersama kawan-kawan mereka dari kelas lain. Mereka meminggirkan aku. Erm. Redha je lah. Booth Universiti The One Academy mempamerkan permainan video interaksi menarik perhatian aku. Kaki aku berjalan ke booth mereka. Petugas booth The One Academy, Miss Yen menyapa aku yang begitu tertarik dengan permainan interaktif itu." Hai adik. Kamu berminat dengan interactive video games : Quest from the Queen?" Mata aku terpandang watak perempuan berpakaian gaun puteri, berambut perang panjang sedang berjalan mencari sesuatu di dalam visual permainan ini. Aisyah mengangguk. Teruja. Miss Yen turut teruja melihat reaksi aku seakan sangat seronok menyaksikan hasil kerja pelajar The One Academy.
" Kalau adik mahu tahu, kami ada sediakan Diploma digital animation. Ini video games pula Diploma digital video game design. Yuran RM 3000 " Miss Yen memberikan brosur bergambar Universiti The One Academy.
Aisyah membuka brosur itu. Miss Yen menerangkan lebih banyak kursus ditawarkan The One Academy. Sedar tak sedar, waktu lawatan sekolah aku telah tamat. Cikgu Amanina , guru penasihat lawatan sambil belajar meminta kami semua berkumpul di ruang legar. Kecuali Aisyah, kawan-kawan lain sudah beratur menaiki bas. Aisyah tidak perasan dia telah ditinggalkan.Sementara itu....
Seri Nur Aisyah membawa banyak brosur dari booth Universiti. Begitu juga Intan dan Amira. Pelajar-pelajar dari kelas lain juga membawa cenderamata diberikan petugas booth pameran. Cikgu Nazira, guru 4 USM memeriksa pelajar-pelajarnya. Mana tahu ada tertinggal?.
4 USM
1. Shafiqah Sobri ✔️
2. Shafiy Husna ✔️
3. Intan Nor Shafiqah✔️
4. Seri Nur Aisyah✔️
5. Nur Nabilah✔️
6. Suhana✔️
7. Meygresia✔️
8. Ullya✔️
9. Farah Izuani✔️
10. Umi Nasrin Nisa✔️
11. Rosita✔️
13. Amira Hishamudin✔️
14. Shree Sangkaree✔️
15. Aisyah Sofea
16. Qudzir✔️
17. Alief Ikmal✔️
18. Alif Akmal✔️
19. Rafiq Syahmi✔️
20. Ganapathi✔️
21. Sujenthran✔️
22. Suriya✔️
23. Daniel Durrany✔️
24. Khairunas✔️
25. Batumalai✔️
26. Muhamad Noh sujan✔️
27. Amir Fahmi✔️
28. Liew Yong Zheng ✔️
29. Sivakahnthan ✔️
30. Sk.Govind ✔️
31. Ajaykumar ✔️
32. Sarveen kumar✔️
33. Arjun ✔️Pelik Cikgu Nazira. Dah disuruh berkumpul, Aisyah Sofea masih belum datang.
" Siapa nampak Aisyah?"
Krik krik. Pelajar semua diam. Tak tahu keberadaan Aisyah. Lantak lah dia nak pergi mana. Kashwin menyiku Rashidi. You ada dengan dia kan?.
" Kitorang tak nampak Aisyah" Jawab Intan Syafiqah. Seri Aisyah dan Amira mengangguk setuju. Aisyah merayau-rayau lah tu. Ikut kitorang tak nak. Jalan sorang-sorang , dia sesat kitorang tak tahu. Pandai-pandai dia lah.
Pak cik Haji Kadir , pemandu bas lawatan SMK Taman Seri Kluang memakir bas berhampiran pintu masuk dewan PWTC. Lawatan ini telah berakhir dengan gembira. Pameran-pameran itu berlangsung hanya di aras LG ( lower ground), memudahkan para guru yang tidak boleh menaiki tangga ke tingkat atas.
" Cikgu, anak-anak murid sudah berkumpul?"
" Err... sudah...." Hatinya resah. Aisyah Sofea masih berada di dalam dewan pameran.
"Awak boleh cari Aisyah?" Cikgu Nazira tanya Umi Nasrin Nisa. Umi menggeleng. Siapa ada masa nak cari dia bagai?. Aku dah penat. Kaki dah lenguh pusing satu dewan ikut kemahuan Shafiqah dan Shafiy.
" Tak nak lah cikgu. Saya penat lah. Biarlah Aisyah dalam tu"
"Kita dah nak balik Kluang ni. Awak nak tinggalkan dia?"
" Cikgu, kitorang bukan rapat sangat dengan Aisyah" Amira mengangkat tangan, meluah perasaan tidak puas hati.
Pin! pin !
Hon bas berbunyi. Ia menandakan Pak cik Kadir sudah bersedia membawa pulang pelajar-pelajar SMK Taman Seri balik ke Kluang. Tanpa berlengah, Cikgu Nazira mengarahkan semua pelajar naik bas, meninggalkan Aisyah.
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
RomanceAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...