Bab 8

291 18 1
                                    

ISKANDAR berselera menjamu rendang ayam bersama sahabatnya, Firdaus. Rancak berborak berkaitan kerja malah zaman percintaan masing-masing ketika Universiti. Rasa rendang ayam berlainan berbanding biasa. Firdaus memuji air tangan Mak Siti semakin sedap.

" Fuh, sedap rendang ayam Mak Siti. Resipi baru?" Sirap laici disisip menghilangkan aroma mulut Firdaus. Alhamdulillah. Sedap makanan dimasak Mak Siti. Iskandar mencedok lagi lauk kegemarannya.

"Bertahun-tahun Mak Siti masak, mesti lah sedap-sedap. Dia bekas chef hotel kot . Haha" Iskandar tertawa. Puas hati dia hari ni. Lauk sedap, air sedap. Rezeki. Mak Siti membawa pencuci mulut Anmitsu , manisan daripada Jepun. Anmitsu diperbuat daripada buah, jelly, ais-krim. Dihidang sejuk , membuka selera sesiapa menyisipnya.

 Dihidang sejuk , membuka selera sesiapa menyisipnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ada pencuci mulut !. Jarang Mak Siti buat untuk kitorang!. Buncit perut aku. Firdaus gembira, nak nangis pun ada. Cantik dihias macam tu!. Iskandar hairan. Selama Mak Siti bekerja dengan keluarganya, dia cukup faham masakan Mak Siti yang hanya memasak lauk Melayu. Pencuci mulut, tak pernah dimasak. Namun, Iskandar tetap merasa masakan baru Mak Siti.

" Jemput lah makan. Dessert bukan Mak Siti yang buat tau"

Firdaus menjilat-jilat aiskrim berperisa daun pudina pada sudu.

"Bukan Mak buat?. Siapa buat?. Isteri Iskandar?. Kau kahwin senyap-senyap ya?" Firdaus menjeling. Ceh. Kahwin tak bagitau kawan baik sendiri.

" Aisyah ! " Bahu Firdaus ditepuk Mak Siti.

" Aisyah?"

Iskandar berdehem. Lupa.

"Daus, aku nak kenalkan kau dengan sorang budak perempuan ni. Kau jangan terkejut. Mak, panggil Aisyah"

Mak Siti mengangguk. Aisyah riang mengelap meja kopi ruang tamu. Seronok menolong orang, terutamanya golongan seperti Mak Siti. Rumah bersih. Allah suka. Kita berganda-ganda dapat rezeki.

" Isyah, Iskandar panggil"

Aisyah termangu. Iskandar panggil aku ?. Buat apa?. Aku mengangguk. Mak siti mengekori aku ke ruang makan. Anak dara tak boleh bersama 2 jejaka. Menimbulkan fitnah bagi yang melihat di luar rumah.

Aku terlihat Iskandar sudah habis makan. Licin lauk dimasak oleh aku. Air tangan aku memang sedap. Lelaki di sebelah Iskandar melihat ke arah dalam perasaan bingung.

" Firdaus, ni Aisyah. Dia tinggal dengan aku sebab Aisyah ditinggalkan kawan-kawannya kat PWTC"

Firdaus melempar senyuman tanda sahabat. Aku membalas senyuman Encik Firadaus.

"Hai adik!. Kesian adik. Adik tak rindu nak balik rumah adik?" Soalan pertama dari Firdaus. Aisyah mati kutu. Boleh tak jangan tanya aku?. Hati aku dah tawar nak balik pada diorang.

"Aisyah, jumpa saya dekat bilik pejabat. Saya ada benda nak bincang"

Firdaus tersengih. Kening Iskandar terangkat Firadaus seolah mengejeknya. Setakat bincang benda biasa je pun. Alahai!. Apa kawan aku fikir?. Apa yang pasti, Iskandar suka masakan Aisyah.

Gadis kesunyianWhere stories live. Discover now