MOCHA dihirup, merenung pemandangan di sebalik pisahan dinding lutsinar. Tiga kanak-kanak berjalan dengan riang bersama ibu bapa mereka menuju kafe yang sama di Megat Holding di aras bawah. Megat Holding bukan saja syarikat korporat. Malah, terdapat sebuah kafe yang terkenal dengan kopi luar negara seperti Macchiato, Espresso, Mocha, Americano, dan Latte. Menjadi bualan hangat, terkenal dalam media sosial, pengunjung tidak berputus-putus datang ke sini.
Firdaus mengambil begitu banyak kek, kuih sedap-sedap untuk sarapan. Mukanya riang ria tangannya penuh dengan segala bermacam kek dan kuih pelbagai warna dan bentuk.
"Kau makan benda tu pagi-pagi?. Tak takut badan gemuk?" Iskandar menyoal tanpa mempedulikan perasaan Firdaus. Sukanya dia makan. Aku depan mata dia, buat tak nampak. Iskandar menggeleng Kebudak-budakkan. Handsome, badan tegap. Suka makan kek?. Well, kita ada hak suka sesuatu makanan. Tak semestinya kek dan manisan tu untuk perempuan.
"Bukan selalu. Aku nanti exercise lah. Nak rasa?"
Iskandar menggeleng. Tangan bertongkat dagu, memikirkan perbuatannya meninggalkan Aisyah begitu saja pagi tadi. Agaknya gadis itu sedang merajuk. Mak Siti tidak menghantar apa-apa mesej. Firdaus menggelap mulutnya. 4 biji kek belum dijamu dibiarkan. Dia hendak sahabatnya itu makan daripada dibiarkan perutnya kosong. Iskandar cuma mengalas perut dengan kopi, dan roti bakar kaya. Apa Firdaus tahu tentang sahabatnya tu, Iskandar akan bersarapankan nasi lemak buatan Mak Siti, air teh o panas atau kopi, kuih tradisional. Pagi ni... Iskandar macam tak ada mood.
" Kau ada masalah dengan Aisyah?"
Iskandar menghela nafas kemudian dilepaskan. Kepalanya dianggukkan. Persahabatan mereka tiada perkara perlu dirahsiakan. Saling menyokong satu sama lain membuatkan Iskandar dan Firdaus sangat rapat serta menganggap masing-masing seperti keluarga. Kopi dikacau perlahan. Fikiran Iskandar melayang seketika. Tangan dia masih bertongkat, namun posisinya berubah di tepi pipi.
"Aisyah.... curang belakang aku. Dia dah kahwin dengan aku. Tapi dia masih simpan nombor lelaki lain dalam handphone dia. Kalau kau jadi aku, kau pun rasa apa aku rasa, Daus" Iskandar menyilang tangan, pandangannya tertumpu pada Firdaus. Firdaus mengurut belakang tengkuk. Bagaimana dia hendak tahu situasi Iskandar?. Dia belum berkahwin.
" Aisyah ada boyfriend lah?. Itu maksud kau?"
"Ya. Aisyah pura-pura suci depan kita!. Padahal, licik!" Iskandar mengetuk meja. Sudu di atas meja hampir saja terpelanting ke Firdaus. Bahu Firdaus menghinjut.
" Mana kau tahu?. Jangan tuduh Aisyah bukan gadis yang baik. Kau sendiri akan menyesal!" Tunding Firdaus. Iskandar melurutkan rambut. Dia sempat menyalin mesej Whatsapp Aisyah dalam handphone nya.
" Kau tengok!"
Rashidi
Apa hak kau guna nombor Aisyah?. Setakat suami, aku tak takut!. Hoi, Megat Iskandar. Aisyah tu perempuan pisau cukur tau. Dia gunakan kau sebab nak duit je. Dengan aku, siap bermanja-manja 😏. Dalam hati dia, dia nak aku balik. Rugilah Megat Iskandar.
Rashidi
Terkejut? 😏. Menyesal kahwin dengan Aisyah?. Dia ada bekas aku. Aisyah dah tak dara lagi!.
Terpempan seketika. Lelaki itu terang-terang ingin menghancurkan rumah tangga Iskandar. Apa kaitannya dia dengan Aisyah?. Siapa lelaki tu?. Oh.... .
"Boyfriend Aisyah?"
"Malas aku nak cakap dengan kau!"
Firdaus seolah-olah tahu Iskandar macam tinggalkan Aisyah dalam keadaan marah pagi tadi. Jika tidak, mengapa Iskandar tiba-tiba menghantar mesej pada dia, katanya nak breakfast sama-sama?. Iskandar selalu ajak breakfast dekat rumah je.
"Kau lari?. Kau tinggalkan Aisyah macam tu je?. Mungkin Aisyah terlupa nak padam nombor dia.
Iskandar terdiam. Hati dia berbelah bagi. Beberapa saat seketika, senyuman sinis terpancar. Iskandar sudah ada cara untuk mengajar
isterinya."Aku tahu aku nak buat apa" Iskandar senyum sinis. Maaf, Aisyah. Kau yang paksa aku buat macam ni.
"Jangan lah kau buat benda bukan-bukan" Iskandar ni, manusia yang sangat bertanggungjawab dan berdisiplin. Kalau dia buat benda tak elok pada Aisyah.... aku sendiri belasah dia. Haha.
***********
INTERNATIONAL HOTEL, Chow Kit.RASHIDI mengetuk bilik Zawanah. Pintu bilik terbuka, Zawanah cantik memakai T-shirt biru laut dipadankan tudung lilit krim. Rashidi terpegun Zawanah begitu arif dalam Korean-fashion. Trend Korean-fashion menjadi pujaan rakyat Malaysia. Terutama kalangan remaja tanpa batasan jantina. Zawanah begitu popular di sekolah mereka. Berpelajaran, sering mendapat tempat pertama dalam kedudukan tingkatan, muka cantik, badan langsing. Pelajar lelaki ingin mendampingi Zawanah agak mencemburui Rashidi. Rashidi antara pelajar bertuah memenangi Zawanah.
Beg comel warna coklat bersilang di dada Zawanah. Penampilan dia sangat trendy malam ni. Tergugat keimanan Rashidi. Rashidi menghulurkan tangan.
" Your look gorgeous, darling. Ready for our night?" Tanpa rasa segan silu, Zawanah mencapai huluran tangan Rashidi. Ala-ala princess dijemput prince charming ditangga istana.
"Ready" Senyuman kecil nipis dilempar. Berkilauan bibir pinkishnya disapu lip balm.
Rashid yang terdengar Rashidi mahu mengajak Zawanah dating malam-malam, menerjah membuka pintu. Ibu bapa mereka tinggal di tingkat bawah. Rashid dan Rashidi tinggal sebilik. Memberi privasi untuk dua anak bujang mereka. Mereka juga ada kehidupan sendiri.
"Shidi nak pergi mana?. Abang bagitau Ayah, baru Shidi kena!" Ugutan Rashid tak berjalan. Zawanah menayang muka tidak senang.
" Biarlah Shidi nak keluar dengan Zawanah. Bukan buat maksiat" Rashidi membalas kata-kata Rashid dengan penuh hina.
"Abang kalau tahu Shidi nak hancurkan rumah tangga orang, Abang takkan lepaskan Shidi!"
Jantung Rashidi berdebar rentaknya. Abangnya hampir tahu apa dia mahu rancangkan.
YOU ARE READING
Gadis kesunyian
RomanceAisyah Sofea ditinggalkan kawan-kawannya ketika di pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Dia kecewa mendapati kawan-kawannya itu sanggup berbuat begitu. Namun, Aisyah akhirnya diselamatkan lalu dijaga Megat Iskandar Shahrizan, pengarah syarikat Megat...