Angin malam ini terasa sejuk daripada biasanya.Izam berdiri sendiri di luar apartmennya.
Merenung jalan raya tar yang masih ada lagi kereta berlalu lalang walaupun jam sudah menunjukkan tengah malam.
Dia berfikir dan gelisah dengan perbincangan kedua orang yang sekarang berada di dalam apartmennya.
Daniel dan anaknya Gio.
Mereka berdua sepakat untuk menceritakan yang sebenarnya kepada Gio.
Lebih tepatnya, hanya Daniel yang mahu.
Izam tidak yakin dengan kesepakatan itu. Lalu terjadilah sedikit argumen mulut yang berakhir dengan pujukkan meyakini daripada Daniel.
Dari situ jugalah menjadi punca mengapa Izam berdiri sendiri didepan apartmennya ditengah malam sunyi bertemani bunyi kereta.
Izam tidak bersedia melihat wajah Gio jika anaknya itu telah mengetahui semuanya. Dia tidak mahu Gio merasa malu terhadapnya.
Oleh itu, hanya Daniel yang masuk kedalam apartmen. Menceritakan semuanya kepada Gio.
Tidak semuanya, hanya seberapa. Kisah yang lain biarkan hanya Daniel dan Izam yang tahu sendiri.
"So, uncle Daniel was my real dad?" Gio bertanya perlahan sambil melihat terus kearah sepasang mata Daniel.
"Mm-hmm." Daniel bergumam sambil menganggukkan kepalanya.
Gio menundukkan kepalanya. Matanya mengeluarkan air yang menitis ke seluarnya sendiri. Mulutnya bergetar. Pipinya merah menahan geram.
Jadi Daniel lah yang selama ini membuat paminya menangis ditengah malam sendiri.
Daniel lah orang yang sentiasa dijanjikan pami nya ketika mereka menyambut hari jadi Gio.
"Why?" Gio bertanya dengan suara yang bergetar.
Daniel menghela nafasnya. Dirinya luluh melihat anaknya menangis.
"Why you leave me and pami alone here?" Gio bertanya kembali. Kepalanya masih menunduk. Air mata masih mengalir.
"I'm so sorry honey. Daddy didn't mean to leave you and pami. Daddy made mistake. Big mistake. That's why I'm here. To fix the mistake and create a new beginning. Please don't cry honey."
"Does pami forgive you?" Gio mengusap air matanya perlahan. Menenangkan dirinya dan melihat kembali kearah Daniel.
"He is. He forgive me and give me chance. Now, daddy just needs your forgiveness."
Daniel dapat melihat mata Gio yang sedikit bengkak akibat menangis. Daniel dengan perlahan mengusap air mata Gio yang masih tersisa.
Gio terlihat berfikir sebentar.
"If pami forgive you. That's mean, I will forgive you too daddy."
Usapan Daniel terhenti. Matanya tidak putus melihat ke mata anaknya.
Hatinya terasa ditusuk. Perasaan bersalah yang berjaya dia pendam tempoh hari muncul semula ketika melihat mata Gio yang memerah.
Dia merasa bersalah telah mencuba melepaskan anaknya yang tidak bersalah ini. Melepaskan kenangan dan meninggalkan kesan pahit di kedua orang tersayangnya.
Daniel tersenyum haru. Tangannya dengan cepat memeluk tubuh Gio. Merangkul tubuh kecil itu seperti tiada hari esok.
Sambil mulutnya terkumat-kamit meminta maaf. Hatinya tidak dapat lagi membendung kesedihan bercampur gembira ini.
__________
Izam semakin merasa gelisah.
Daniel dan anak kesayangannya itu belum lagi keluar daripada apartmennya walaupun sudah lebih 10 minit di dalam.
Berbekalkan fikiran positif. Izam memutar perlahan tombol pintu didepannya.
Dia dapat mendengar suara ketawa Gio dari depan pintu. Menutup kembali pintu tersebut lalu berjalan perlahan kearah bilik tidur nya.
Suara ketawa Gio semakin kedengaran jelas. Izam berhenti seketika berjalan. Beberapa langkah lagi maka dia sudah berada di depan biliknya yang pintunya terbuka.
Izam menghela nafasnya. Memejamkan seketika matanya lalu berjalan kembali.
Langkah Izam terhenti. Disana, dia dapat melihat Gio yang tertawa akibat di geletek oleh Daniel.
"Pami!" Gio turun dari pangkuan Daniel lalu berlari kearah Izam.
Dia memeluk kaki paminya sambil mengadukan Daniel yang tidak berhenti menggeletek dirinya.
Izam tertawa perlahan. Lalu mengusap air mata Gio yang keluar akibat terlalu banyak ketawa. Daniel berdiri dari tempat duduknya.
Tidak lupa mengejek Gio yang katanya lemah sambil tertawa. Gio pula semakin cemberut. Tidak lupa mengadu kembali ke pami kesayangannya.
Izam menatap datar kearah Daniel. Menyuruh untuk berhenti.
Daniel tersenyum tipis.
"Okay, okay. I'm sorry." Sambil tangannya mengendong Gio.
Izam mengubah tatapannya menjadi sendu. Daniel faham.
"Everything is fine sayang." Membawa badan Izam kepelukkannya.
Daniel mengurut perlahan tangan Izam sebagai tanda untuk bertenang.
"Everything is fine, right buddy?" Gio yang ditanya pun mengganggukan kepalanya sambil tersenyum lebar.
Izam tertawa perlahan. Mengusap pipi merah anaknya lalu mencium seketika pipi Daniel.
"Thank you pami for being the best pami ever!" Izam tersenyum.
"Only pami?" Izam kembali tertawa. Dia dapat melihat tatapan cemburu Daniel.
"You too dad." Gio mencubit perlahan kedua pipi Daniel dengan jari mungil nya sambil tertawa.
Daniel tersenyum. Percayalah, pemandangan yang dilihatnya sekarang adalah pemandangan terindah sepanjang hidupnya.
Kedua orang yang dicintainya bersatu di pelukkannya. Izam yang masih memeluk dirinya dan Gio yang berada di gendongannya. Daniel tidak akan membuang masa ini lagi.
Malam ini, ditemani tawaan ceria kedua orang dihadapannya. Dia berjanji kepada tuhan untuk tidak lagi menolak takdir yang telah diberikan.
Menerima, memahami dan menjalani adalah pilihannya sekarang.
Daniel berharap masa depannya tidak akan suram lagi dan sentiasa di warnai dengan tawaan manis kedua insan di pelukkannya.
Mungkin itu sahaja cerita mereka untuk kali ini.
Mari kita sama-sama berharap perjalanan cinta Daniel dan Izam selalu mulus.
Tidak lupa perjalanan cinta Liam dan Aksara yang semakin lama di lamun dengan kasih sayang antara satu sama lain.
[END]
Mari kita berharap juga dengan kisah cinta penulis buku ini yang sudah lama single. (ʘᗩʘ’)
...........................................................................VOTE, COMMENT AND SHARE
Don't be a silent reader ~
Should I end this ? ( ⚈̥̥̥̥̥́⌢⚈̥̥̥̥̥̀) I'm so sad rn.
Should I make sequel for Gio and his love story ? ( ≧Д≦)
Btw, HAPPY NEW YEAR ┏(^0^)┛
(sorry late hahaha)Tahun baru, azam baru (「'・ω・)「 haha
BYE YALL, SEE YOU AGAINN or not hahaha
✧\(>o<)ノ✧
YOU ARE READING
𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓
Fanfiction[𝘨𝘢𝘺 / 𝘣𝘰𝘺𝘴𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺] : "I - I'm em ... I'm pregnant Niel." "You must be kidding me" [ 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙢𝙞𝙭 𝙬/ 𝙚𝙣𝙜𝙡𝙞𝙨𝙝 ] ˜"*°•.˜"*°• Vote and comment •°*"˜.•°*"˜