19

3.8K 173 22
                                    


Ck.

Daniel mendecih sejurus dia membuka matanya. Dia masih mengantuk tetapi mengingatkan bahawa document penting yang dihantar Artz di e-mail nya mulai bertimbun. Dia terpaksa bangun.

Mengusap sebentar matanya lalu berjalan ke bilik mandi. Dia mengambil keputusan untuk berendam seketika didalam bath tub. 

________________

" Niel... Daniel...."

" Daddy... Daddyyy... Come here."

Daniel memusingkan badannya ke belakang. Di sana, dia dapat melihat Izam mengenggam tangan seorang budak lelaki kecil yang Daniel tahu itu adalah Gio. Mereka melambai kearahnya.

Mereka terlihat bahagia. Senyuman yang terbit di muka kedua orang dihadapannya itu begitu manis dan memabukkan.

Daniel juga ikut tersenyum.

Dia ingin berlari kearah mereka. Tapi, badannya terasa kaku. Kaki nya seperti diikat.

Daniel mencuba untuk menggerakkan badannya. Sehingga lah dia melihat seorang lelaki yang berlari kearah Izam dan Gio .

Siapa dia?

Pemuda itu terlihat memeluk Izam dan mengendong Gio. Izam menyandarkan kepalanya di dada lelaki itu. Manakala, Gio pula menyandarkan kepalanya dibahu lelaki itu. Mereka terlihat seperti keluarga yang bahagia.

Tidak ini tidak akan berlaku. Izam milik Daniel .

Daniel semakin meronta ingin terlepas dari benda yang menahannya agar dia dapat berlari dan melihat sosok lelaki yang berani-beraninya memeluk Izam.

"Izam! Gio!" Daniel berteriak memanggil nama orang-orang yang berada dihadapannya.

Tetapi jeritannya tidak dipedulikan. Izam , Gio dan sosok lelaki tidak dikenalinya hanya tersenyum sambil memandang satu sama lain.

Hati Daniel sesak, perasaan nya seperti di robek.

Beginikah sakit yang dirasai Izam ketika Daniel meninggalkannya ?

Dia rasa dikhianati.

________________

"Izam! Gio!"

Daniel membuka matanya.

Huft~ . Dia hanya bermimpi. Semua itu hanya mimpi. Daniel mengawal nafasnya agar kembali normal dan keluar dari bathtub nya.

Dia membilas badannya, memakai bathrobe lalu berdiri di hadapan cermin besar yang berada di dalam bilik mandi hotel itu.

Dia kembali menghela nafas. Dia cuba untuk mengingat kembali muka lelaki yang dia lihat di mimpinya. Lelaki yang cuba merebut kebahagiaannya.

Kebahagiaannya?

Bukannya Daniel sendiri yang sanggup meninggalkan kebahagiaannya hanya untuk kekayaan?

Daniel sedar ini semua kesalahnya. Tapi, dia tetap perlu menghilangkan dahulu orang yang cuba menghalang dirinya untuk membuatkan Izam mencintainya kembali.

Mungkin susah selepas kejadian semalam. Perasaan marah masih membuak didalam dirinya jika mengingat tentang kejadian itu.

Hati Izam sepertinya lebih keras sekarang. Dia juga terlihat tidak mudah lagi memaafkan orang seperti dahulu ketika masih menjadi kekasih Daniel.

Daniel menyesal. Sungguh.

Kring kring ~

Daniel mengerjap kan matanya dan berjalan keluar dari bilik mandi untuk mengambil telefon pintarnya yang berbunyi di atas meja kecil tepi katilnya.

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Where stories live. Discover now