17

4.1K 204 16
                                    


Dua orang lelaki sedang duduk di kerusi meja makan.

Lelaki yang berbadan sedikit kecil dan lebih muda duduk dengan kedua tangannya digenggam. Kepalanya tertunduk. Mata yang sembab menghiasi mukanya yang manis itu.

Lelaki yang dihadapan nya pula hanya mengusap leher belakangnya sambil menghela nafas yang panjang.

"Ehem." Lelaki itu berhenti mengusap leher nya dan mengambil keputusan untuk mengeluarkan suara yang dapat memecahkan sedikit suasana dingin di antara mereka berdua.

"Emm. Do you want to drink? Coffee? Or maybe a cup of tea?"

Izam yang tertunduk menangkat kepalanya untuk menanya jika lelaki di depannya mahu kan apa-apa.

Perasaannya masih sesak, hati nya masih gusar.

Tetapi, dia mengambil keputusan untuk menurunkan sedikit egonya. Mungkin selepas perbualan ini, Daniel boleh pergi jauh dari hidupnya dan juga hidup anaknya.

Ya, mungkin.

________________

Secawan coffee yang memang hanya terisi serbuk coffee dan air panas berpusing-pusing digaul oleh Izam yang sedikit mengelamun.

Izam sedikit melirik ke jam kecil yang terletak di atas countertop nya.

11:20 p.m.

Dia menghela nafas, sepatutnya pada jam-jam sebegini dia perlu segera tidur memandangkan esok dia bekerja. Dia perlu rehat yang cukup agar pekerjaannya tidak terganggu.

Izam memusingkan badannya dengan secawan coffee di tangan. Dia berjalan sambil mengigit bibirnya perlahan dan menundukkan sedikit pandangannya.

Walaupun Izam membiarkan Daniel masuk ke dalam apartmennya. Dia tetap tidak lagi dapat melupakan peristiwa penolakkan Daniel terhadap dirinya dan Gio.

"Thank you." Daniel menyambut huluran Izam dan sedikit menyesap coffee buatan Izam.

Cih. Izam memang faham tentang cita rasanya yang hanya meminum coffee tanpa gula atau sebarang pemanis.

Daniel memang hanya meminum coffee kosong atau flat white coffee sahaja. OB yang ada di syarikatnya selalu sahaja membuatkannya coffee yang dicampur dengan gula atau susu pekat dan perkara itu cukup untuk menimbulkan kemarahan Daniel.

Pada akhirnya, OB itu perlu membuatkan coffee untuk Daniel berulang kali sehingga Daniel berpuas hati dengan rasa coffee itu.

" So, what do you want to talk about? I thought our problem already solved long ago."

"My life is good here and I don't need you anymore since you rejected me and my son back then."

Izam menelan air liur yang terasa amat pahit . Sepahit perasaan nya terhadap Daniel sekarang ini. Dia ingin Daniel segera keluar dari apartmen nya agar dia dapat merehatkan minda dan badannya.

Daniel menghela nafas dan sedikit tertunduk. Perasaannya sedikit perih melihat mata Izam yang berkaca dan mendengar suara Izam yang bergetar ketika mengucapkan kata-kata yang sedikit pedas.

Cukup pedas hingga Daniel ingin memukul dirinya sendiri agar dia dapat merasa kesakitan dan betapa lukanya Izam ketika Daniel pergi begitu sahaja tanpa sebarang rasa manusiawi didalam dirinya.

"You've changed Izam... A lot." Daniel tersenyum tipis dan menganggukkan kepalanya sedikit.

"JUST--- huft~ just say what do you want actually and leave my house."

Izam sangat ingin berteriak di depan muka Daniel sekarang ini. Badannya bergetar , mukanya merah, matanya berkaca menahan api amarah yang sedang marak di dalam tubuhnya.

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Where stories live. Discover now