31

2.8K 152 0
                                    


5:00 a.m.

"Boss, the candy man will be here this morning. 8 a.m. sharp. That man want you to be there welcoming him."

Daniel menggaru sedikit keningnya. Di kedua jari nya terjepit sebatang rokok yang masihlagi bernyala.

Dia menghisap rokok itu lalu menghembuskan asap yang dihasilkan ke udara.

"Hm, send people to pick me up."

Daniel dengan selamba mematikan panggilan itu secara sepihak .Membuang rokok yang baru sahaja dihisapnya ke lantai lalu memijak rokok itu sehingga tidak bernyala.

Dia kembali masuk ke dalam apartmen Izam. Mengambil baju nya yang tergantung di ampaian untuk dia gunakan sebagai baju ganti.

Setelah berganti baju dan seluar. Daniel berjalan perlahan kearah bilik tidur Izam dan anaknya. Keadaan masih gelap kerana masih terlalu awal untuk matahari keluar menyinari bumi.

Dia memusingkan ganggang pintu dengan berhati-hati agar kedua orang tersayangnya yang kelihatan masih tertidur nyenyak di atas katil tidak terganggu.

Daniel mengintip seketika lalu berjalan dengan perlahan ke arah katil tempat kedua orang itu tidur.

Dia mengusap perlahan rambut Izam, lalu mencium kening Izam seketika.

"I love you Izam, always."

Daniel berjalan kembali memutari katil itu untuk pergi ke arah Gio.

Dia juga mengusap rambut dan mencium kening Gio diikuti dengan bisikan..

"Daddy love you sweetheart."

Setelah itu Daniel berjalan untuk keluar daripada bilik itu. Hatinya sedikit berat untuk meninggalkan kedua orang yang dia sangat cintai. Tetapi, tetap kerjanya perlu diselesaikan dahulu sebelum kembali menjalani hari yang baik bersama Izam dan Gio.

Apabila Daniel berjalan keluar daripada lobby bangunan apartmen tersebut, dia sudah dapat melihat William berdiri sambil membukakan pintu kereta untuk Daniel.

Daniel hanya menepuk perlahan lengan William sebelum dia memasuki kereta.

Pekerjaannya menjadi sedikit sukar apabila rakan kongsi gelapnya ingin dijemput secara khas oleh Daniel.

Lelaki tua itu berjaya merosakkan mood Daniel.

_________________

Izam perlahan membuka matanya selepas mendengar pintu rumahnya ditutup dari luar.

Dia tahu semuanya. Dia tidak sengaja terbangun apabila mendengar pintu biliknya terbuka. Tetapi, dia mengambil keputusan untuk tetap menutup matanya.

Dia masih lagi rasakan ciuman hangat Daniel di kening nya. Bisikan Daniel masih melekat dikepalanya. Ayat yang dikeluarkan oleh Daniel untuk Gio juga masih meliar di telinganya.

Semua itu telah memberi sengatan yang dampak nya membuat kupu-kupu diperut Izam berterbangan.

Izam kembali tercampak didalam kisah cinta yang dia hindari sendiri. Kisah cinta yang awalnya manis, pertengahannya pahit dan mungkin rasa manis itu akan kembali lagi di pengakhiran.

Mungkin juga rasa pahit akan mengalahkan kemanisan itu.
_____________

Izam bangun dari baringnya dan mencuba untuk memulakan harinya dengan lebih baik dari sebelumnya.

Gio masih lagi tertidur nyenyak disampingnya. Izam mengusap sebentar rambut Gio lalu mengambil tuala untuk mandi.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 a.m. ketika Izam selesai mandi.

Setelah bersiap, Izam keluar dari biliknya untuk memasakkan sarapan tidak lupa membangunkan Gio sebelum dia ke dapur.

Beberapa minit setelah Izam selesai menyediakan masakannya. Dia dikejutkan dengan suara Gio yang tiba-tiba memeluk kaki kanannya.

"Pami, where is uncle Daniel?"

Izam dapat melihat Gio sudah mandi dan berpakaian rapi.

"He has returned to his home."

"What? When? Why didn't he wake me up first before going home?"

Gio menundukkan kepalanya. Dia menyesal sudah tidur terlalu lama sehingga Daniel pulang pun dia tidak menyedari itu.

"Uncle Daniel didn't want to disturb you from your sleep dear."

Izam berkata apa adanya sambil merapikan rambut anaknya. Dia lalu meletakkan sosej dan mushroom egg yang baru sahaja dibuatnya ke piring Gio.

"Can we invite Uncle Daniel again ?"

Gio kembali membuka suaranya setelah mereka selesai bersarapan. Gio sekarang sedang memakai kasut manakala Izam sedang menyediakan bekal Gio.

"I don't know honey. Uncle Daniel told me that he was busy lately. "

Izam membantu Gio memasangkan beg nya lalu membersihkan sedikit jaket Gio yang terkena kotoran.

"Maybe we shouldn't bother him. Okay?" Izam membuka suara kembali sambil berjalan kearah biliknya untuk mengambil barangannya.

Semestinya Izam sengaja beralasan sebegitu. Dengan harapan agar Gio tidak meletakkan ekspetasi yang tinggi terhadap Daniel.

Gio yang mendengar itu pun memuncungkan mulutnya. Dia mahu Uncle Daniel kembali dan membawanya jalan-jalan mengelilingi kota Manchester ditemani paminya.

Dia tidak pernah merasakan perasaan ini sebelumnya. Uncle Liam memang selalu membawa nya bersiar-siar. Tetapi, perkara itu berbeza apabila Gio bersama Uncle Daniel.

Dia dapat merasakan kesungguhan di mata Daniel manakala Liam pula hanya fokus kepada Izam ketika mereka keluar bersama-sama.

Perbezaan yang luas dimata Gio.

TBC
............................................................................

VOTE,COMMENT AND SHARE

don't be a silent reader~

huaaa 。:゚(;´∩';)゚:。i'm so sorry, if this chapter was too short. I'm trying to constantly upload eventhough i still have paper for next week. Last paper, btw. It was sport science paper. And i'm sucks in sports. So, wish me luck. Doakan saya. Thank you.

And for those yang ambil sport science feel free to message me. Maybe you could help teach me something abt sport science.

(ノ≧∇≦)ノ ミ ┻━┻

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Where stories live. Discover now