34

2.7K 111 11
                                    


"Izam." Izam yang baru keluar dari cafe dikejutkan dengan suara orang yang dia cuba untuk jauhi.

Izam menghela nafasnya dan mengeratkan pegangannya di back pack miliknya.

Dia mencuba untuk berpura-pura tidak mendengar panggilan tersebut dan berjalan kearah bus stop berdekatan seperti biasa.

"Izam." Daniel sedikit berlari mengejar Izam yang baru sahaja berjalan melepasi dirinya.

"Izam please." Daniel menarik perlahan lengan Izam.

Izam sedikit terkejut dan dengan cepat menarik lengannya dari pegangan Daniel.

"What?" Izam mahu ini selesai dengan segera agar dia dapat merehatkan diri. Pelanggan di cafe semakin bertambah memandangkan ini adalah musim yang sesuai untuk berjalan-jalan.

"Where is Gio?" Daniel sebenarnya dari tadi mencari keberadaan Gio di daycare seperti biasa. Tetapi, dia tidak dapat melihat keberadaan Gio di sana.

"Why? What's the problem with you? You don't have to care about Gio. He is my ---"

Belum habis perkataan Izam. Daniel dengan cepat menarik pergelangan tangan kiri Izam ke arahnya.

"He is my son too." Daniel berkata dengan melihat datar kearah mata Izam.

Izam perlahan menelan ludahnya. Dia tidak boleh mengeluarkan suara. Dirinya seperti kaku.

Daniel membuang pandangannya dari mata Izam. Dia menghela nafas sebentar lalu memperlahankan pegangannya di tangan Izam.

"Where is he, Izam?" Daniel mengulang pertanyaannya.

Izam yang masih kaku pun menjawab dengan perlahan.

"At -- at his daycare." Izam kembali menelan ludahnya dan menghela nafas nya.

Daniel yang mendengar jawapan Izam pun mengerutkan keningnya.

"Daycare? I didn't even see him there." Izam pun mengerutkan keningnya. Dia menjadi sedikit panik. Anaknya tidak pernah berkelakuan sebegini.

Sekalipun Izam lambat menjemputnya. Gio akan sentiasa setia menunggu sehingga Izam betul-betul datang.

Izam cuba melepaskan pegangan Daniel dan berjaya.

Dia tergesa-gesa berlari kearah teksi berdekatannya dan menghiraukan Daniel yang terus memanggil dirinya.

" Sunny Daycare. Faster please." Setelah Izam memberitahu destinasinya kepada pemandu tersebut. Pemandu teksi itu pun dengan segera memacu kenderaannya.

Izam dapat melihat Daniel yang kembali berlari kearah kereta miliknya dan mengikuti arah jalan teksi tumpangan Izam.

Izam terus membayar teksi tersebut sejurus ketika dia sampai di depan daycare anaknya. Daniel juga terlihat turun dari keretanya menghampiri Izam yang sedang terlihat berbincang dengan penjaga daycare tersebut.

"Are Gio here?" Izam bertanya kepada Mrs. Jasmine selaku penjaga daycare tersebut.

"Gio? I thought he already go home." Jasmine hanya menjawab apa yang dia tahu.

Kerana, ketika itu dirinya sedikit sibuk dan dia dapat melihat sekilas yang Gio tersenyum sambil menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

"No. I just came back from work. I never ask anyone to fetch Gio."

Jasmine ingin sahaja memukul dirinya sendiri sekarang setelah mendengar ayat Izam.

Dia kesal dengan dirinya yang tidak peka dengan persekitaraannya tadi.

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Where stories live. Discover now