21

3.4K 150 20
                                    


"Time to sleep honey." Izam mengeringkan tangannya menggunakan kain yang tergantung di countertop setelah mencuci peralatan makan mereka.

Mereka sudah selesai makan malam bersama. Menu malam ini adalah instant pot beef and broccoli with rice. Mudah tetapi lazat.

Izam menolehkan kepalanya kebelakang dan melihat Gio sibuk melukis sesuatu diatas kertas lukisan yang bersaiz sederhana di meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Izam menolehkan kepalanya kebelakang dan melihat Gio sibuk melukis sesuatu diatas kertas lukisan yang bersaiz sederhana di meja makan.

Izam mengerutkan keningnya. Sejak bila Gio tertarik untuk melukis dan mewarna?

Izam mengakui bahawa anaknya memang tidak meminati warna dan lukisan.

Perkara itu sememangnya membuat kan Izam risau. Kerana, dia tidak mahu kreativiti Gio terhambat . Tetapi, dia tahu yang dia hanya mampu menasihati dan membimbing anaknya sahaja.

Cara hidup dan minat Gio hanya boleh ditentukan oleh Gio sendiri.

"What are you doing?Hm?" Izam mengusap sedikit kepala anaknya yang masih sibuk dan tekun mewarnai lukisan yang juga di lukis menggunakan warna.

Izam sebenarnya tahu apa yang dilukis oleh Gio. Tetapi, dia mengambil keputusan untuk bertanya sendiri. Gio sekarang sedang mewarnai lukisan keluarga mereka.

Terlihat Gio mengenggam tangan Izam dan seorang lagi lelaki yang Gio namakan sebagai daddy di dalam lukisan itu.

Soalan Izam tidak dipedulikan oleh Gio. Izam hanya tersenyum tipis dan menarik kerusi disebelah Gio untuk diduduki olehnya.

Dia faham, anaknya memang akan fokus jika membuat sesuatu pekerjaan.

Setelah Izam duduk disebelah Gio, anaknya tiba-tiba berhenti dari acara mewarnanya itu. Gio terlihat termenung dan matanya yang seketika memancarkan keseriusan lama-kelamaan bertukar menjadi sendu.

"Pami...." Gio akhirnya mengeluarkan suaranya. Izam yang melihat tingkah aneh anaknya hanya diam dan melihat anaknya dengan tatapan khawatir.

Izam mengangkat kedua belah keningnya. Tangannya yang mengusap rambut Gio tadi berganti untuk menopang dagunya sendiri.

Izam ikut melihat kearah pandang anaknya. Mereka berdua terlihat merenung dapur sekarang.

" Is it true that my daddy is now in America?"

Izam terpengarah. Mata nya sedikit melebar. Dia segera menolehkan kepalanya ke arah anaknya.

Dia tidak sangka, anaknya masih mengingati alasan yang pernah dilontarkan oleh Izam tentang ketiadaan ayah Gio. Gio sempat bertanya kepada Izam tentang sosok ayah dahulu.

Dan Izam yang pada ketika itu masih belum bersedia menceritakan semuanya hanya memberi alasan bahawa ayah Gio sekarang sedang berkerja di Amerika Syarikat.

Izam mengigit sedikit bibir bawahnya. Dia menunduk seketika lalu menolehkan kepalanya ke arah Gio.

"Of course honey." Izam menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Where stories live. Discover now