"Izam, I'm sorry for everything. I know I'm wrong this whole time. I shouldn't just took Gio without your permission. I never meant to make you worry. I'm sorry."Menunduk dan meneruskan langkahnya adalah pilihan Izam. Dia mengabaikan semuanya. Selama beberapa minggu ini diri nya tidak tenteram.
Mimpi kembali mengganggu tidurnya. Mimpi tentang pristiwa itu. Peristiwa yang membawa pahit dan kegelapan di hidupnya kembali menghantui nya. Setiap kali matanya tertutup. Dia tetap memimpikan hal yang sama berulang kali.
Gugurkan kandungan ni.
I don't want to have this baby.
We're still young!
Suka hati kau lah!
Ayat Daniel menghantui dirinya. Menganggu tidurnya yang sepatutnya nyenyak. Bawah matanya semakin hari semakin menghitam. Matanya menyiratkan kepenatan yang terlampau.
Semua ini seperti permainan bagi Izam. Dirinya terus berputar dan berputar tanpa hala tuju. Hidupnya berubah setelah meninggalkan semua nya di belakang. Tetapi, hatinya tidak.
Semakin dia mencuba untuk melupakan, semakin kuat perasaannya. Dia mengaku. Selama ini dia menipu perasaannya sendiri.
Menipu tentang dirinya yang tidak lagi mencintai Daniel. Menipu tentang dirinya yang sudah melupakan Daniel.
Setelah kejadian Daniel memeluk dan mengenggam tangannya, perasaannya terhadap Daniel semakin terkuak. Izam tahu, dia tidak dapat menutup semua ini lagi.
Tetapi dia masih paranoia dengan masa lalunya.
Bagaimana jika Daniel meninggalkannya kembali?
Bagaimana jika Daniel hanya ingin mengambil Gio?
Bagaimana jika Daniel tidak mencintai nya lagi dan hanya bermain-main?Perasaannya itu ditutupi dengan pelbagai pertanyaan yang menakutkan bagi Izam. Dia kekurangan tidur memikirkan semua ini.
Rakan-rakan cafe nya juga sentiasa memprihatinkan keadaan Izam. Mereka tahu kejadian sebenar. Dimana Liam membawa Gio tanpa pengetahuan Izam. Mereka bersetuju, bahawa perkara sebegitu amatlah berbahaya bagi Gio yang masih kecil.
Apa-apa boleh berlaku jika Gio tiba-tiba sahaja menghilang dari pusat penjagaan. Bagaimana jika bukan Liam yang mengambil Gio hari itu? Bagaimana jika Gio di culik?
Perkara sebegitu berpotensi untuk terjadi. Mereka sedikit kecewa dengan aksi bossnya itu. Mereka tahu, Liam teramat ingin memenangi hati Izam. Tapi, bukan begitu caranya.
Liam tetap kukuh meminta maaf. Dia mencuba pelbagai cara untuk meminta maaf. Izam yang selama ini mempunyai hati yang lembut dengan segera memaafkan Liam.
Hanya memaafkan.
Tetapi tidak dengan kedekatan mereka lagi. Izam sedaya upaya menjauhkan dirinya dengan Liam. Menolak semua ajakan Liam dan memujuk Gio agar tidak mendekati Liam.
Gio yang mendengarkan itu pun tidak setuju. Dia menolak perlahan permintaan paminya. Dia tidak boleh berpisah dengan uncle kesayangannya. Liam telah berbuat apa sahaja untuk Gio.
Seperti ayah. Ayah yang sepatutnya menemani anaknya kemana sahaja. Membantu anaknya dalam kesusahan.
Gio hanya terdesak untuk mempunyai sesosok ayah. Panggillah Gio sebagai anak yang tidak bersyukur. Tetapi, apa salahnya jika sekali sahaja Gio bersifat egoistik. Dia hanya ingin ayah. Itu sahaja.
Dia menolak untuk menjauhi Liam. Dengan itu, Liam pun mengambil peluang ini dengan mengambil hati Gio. Dia memberikan mainan baharu, kasut baharu semuanya serba baharu untuk Gio.
YOU ARE READING
𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓
Fanfiction[𝘨𝘢𝘺 / 𝘣𝘰𝘺𝘴𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺] : "I - I'm em ... I'm pregnant Niel." "You must be kidding me" [ 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙢𝙞𝙭 𝙬/ 𝙚𝙣𝙜𝙡𝙞𝙨𝙝 ] ˜"*°•.˜"*°• Vote and comment •°*"˜.•°*"˜